Leptosprosis berlaku di seluruh dunia tetapi lebik kerap berlaku di negara-negara beriklim sederhana dan tropika. Ia adalah satu wabak zoonosis berpunca daripada jangkitan beberapa spesis dari jenis genus leptopira berbentuk lingkaran. Terdapat dua spesis yang didapati di Malaysia setakat ini iaitu leptospira hardjo dan leptospira pomona. Tanda-tanda klinikal ialah kekuningan dan kencing berdarah dalam jangkitan yang berpunca oleh leptospira pomona. Walau bagaimana pun jangkitan oleh leptospiran hardjo tidakmenunjukkan tanda-tanda tersebut menyebabkan diagnosis penyakit agak sukar.
Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit weil, demam Icterohemorrage, demam pesawah, deman swamp, atau demam lumpur.
Jangkitan berlaku kepada manusia secara kebetulan apabilamereka terdedah kepada kencing haiwan seperti tikus, lembu, kambing, khinzir, anjing dan sebagainya. Penyakit ini tidak berjangkit dari manusia kepada manusia. Zoonosisitu sendiri bermaksud jangkitan yang berasal hari haiwan. Kuman leptospirosis memasuki badan manusia melalui lukadi badan atau terminum air yangtelah dicemari dengan kuman leptospira.
Banyak haiwan boleh menjadi perumah kepada kuman leptospira ini. Ia boleh menjangkiti haiwan liar atau peliharaan terutamanya tikus, lembu, anjing, kambing, khinzir dan sebagainya. Perumah yang paling utama ialah rodent dan tikus. Penyakit ini jarang berlaku pada kucing. Jika haiwan dijangkiti oleh kuman ini haiwan tersebut ada yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda jangkitan sehingga menyebabkan kematian kepada haiwan tersebut.
Haiwan yang dijangkiti oleh kuman ini akan mengeluarkan kuman tersebut melalui air kencingnya secara berkala atau berterusan sepanjang hidup haiwan tersebut. Ini menyebabkan pencemaran kepada persekitaran dan organisma ini boleh hidup dari hari hingga berbulan lamanya di dalam tanah dan air.
Langkah Pencegahan:
- Orang ramai perlu mengelakkan diri daripada menggunakan air semula jadi seperti air sungai dan tasik yang telah tercemar
- menjaga kebersihan rumah serta persekitaran adalah langkah pencegahan yang utama untuk membendung populasi tikus
- penjagaan kebersihan makanan juga penting dengan sentiasa memastikan bahawa makanan bersih dan ditutup
- tin mengandungi makanan seperti sardin dan sebagainya perlu dicuci semula sebelum ia dibuka. Ini bagi mengelakkan kuman leptospirosis memasuki makanan ketika dibuka.
- membaiki sistem saliran dan kemudahan tandas agar sentiasa bersih dan tidakmudah menjadi sarang tikus
- sekiranya orang ramai melakukan aktiviti sukan air, maka adalah perlu untuk mereka mandi dengan air bersih selepas melakukan aktiviti tersebut.
- pengambilan ubat antibiotik doxycycline dengan dos 200 miligram setiap minggu selama dua hingga tiga minggu boleh membantu mencegah penyakit ini terutama kepada mereka yang berisiko tinggi seperti tentera yang akan menjalani latihyan hutan atau veterinarian yang terkena air kencing haiwan yang dijangkiti kuman leptospirosis. rawatan sebegini hanyalah untuk jangka pendek sahaja
No comments:
Post a Comment