Saturday, October 10, 2009

Buah Nona Seri Kaya


nona

Tentu anda biasa lihat buah ini.. tetapi pernahkah anda merasai buah ini? Buah Nona atau nama sainsnya Annona squamosa berasal dari Amerika Selatan, merupakan sejenis buah yang berbonggol dan mempunyai banyak biji. Terdapat pelbagai jenis Nona, antaranya yang mempunyai kulit bewarna hijau atau merah. Buah yang ranum atau betul-betul masak memang sedap dimakan. Tapi entahlah, orang-orang sekarang ni mungkin kurang lagi berminat dengan buah yang berbiji (banyak pula tu)

Dari segi khasiat buah nona mengandungi protein, kalsium, serat, zat besi, vitamin dan mineral. Kandungan yang paling ketara ialah niacin yang dikatakan dapat mengatasi masalah sindrom saraf.

Di Malaysia mungkin ia tidak popular tetapi di Amerika Syarikat ia mendapat pasaran yang besar dan dijual dengan harga yang mahal. Kalau anda ada pokok ini di rumah cubalah menyemai bijinya, mana tahu pada masa akan datang buah nona ini mendapat permintaan.

Tambahan: Pinjam dari blog:bambu nature (indon)


SRIKAYA - SARIKAYA, BUAH NONA

Serikaya - Srikaya atau buah nona adalah tanaman tropis yang banyak tumbuh di Nusantara walaupun sebenarnya tanaman ini berasal dari kawasan Hindia Barat.Buah dengan bentuk dasar bulat,berkulit buah dengan bentuk sisik cembung dan rasa daging buahnya manis adalah cirikhasnya, meski varietas tertentu sisiknya ada yang tidak cembung.Dia di sebut buah nona karena buah ini adalah termasuk famili Annonaceae.

SARIKAYA, MANFAAT SERTA KHASIAT.
Akar rasanya pahit, sifatnya dingin. Berkhasiat antiradang, antidepresi. Daun rasanya pahit, kelat, sifatnya sedikit dingin. Berkhasiat astringen, antiradang, peluruh cacing usus (anthelmintik), serta mempercepat pemasakan bisul dan abses. Biji berkhasiat memacu enzim pencernaan, abortivum, anthelmintik, dan pembunuh serangga (insektisida). Kulit kayu berkhasiat astringen dan tonikum. Buah muda dan biji juga berkhasiat antiparasit.

EFEK BIOLOGI DAN FARMAKOLOGI.
Infusa biji buah srikaya berefek larvasida terhadap Aedes aegypti; sedangkan ekstrak biji berefek larvasida terhadap Culex quinquevasciatus, tetapi tidak berpengaruh pada kemampuan bertelur dan daya tetas nyamuk. Ekstrak biji A.squamosa yang larut dalam air pada konsentrasi 1,0%--2,0% dan juga minyak yang diperoleh dari hasil pengepresan langsung biji menyebabkan kematian serangga uji. Isolasi senyawa asetogenin dari ekstrak yang larut dalam metanol biji Annona muricata dan Annona cherimola (Annonaceae) mempunyai aktivitas penting pada infeksi larva Molinema dessetae. Ekstrak daun Annona squamosa mampu membunuh Ascaridia galli, sebaliknya infusa daun Annona squamosa tidak mempunyai kemampuan membunuh Ascaridia galli. Air perasan daun sirsak (Annona muricata) 1:1 dan daun srikaya (Annona squamosa) 1:2 berefek sebagai antifertilitas dan embriotoksik terhadap janin apabila diberikan pada masa mulai kebuntingan sampai selesainya masa organogenesis, tetapi tidak menimbulkan cacat bentuk luar janin (cacat makroskopis). Kekuatan air perasan daun srikaya ternyata bersifat relatif lebih embriotoksik bila dibandingkan dengan air perasan daun sirsak. Daun Annona squamosa mempunyai efek antifertilitas dan embriotoksik pada tikus betina; serta berpengaruh pada daya reproduksi Sitophillus ori zae. Senyawa insektisida yang terdapat dalam biji Annona squamosa mempunyai daya bunuh ektoparasit. Tetrahidroisokinolin mempunyai aktivitas kardiotonik. Higenamin (p--hidroksibenzil6,7--dihidroksi-- 1,2,3,4--tetrahidroisokinolin) berinteraksi dengan adrenoreseptor, menghasilkan aktivitas inotropik positif pada otot jantung. Senyawa poliketida dan bistetrahidrofuran mempunyai efek antitumor .

TOKSISITAS.
Dapat mengiritasi mata dan jaringan lunak, serta kemungkinan sebagai penyebab konjungtivitis dan inflamasi.

PEMANFAATAN.
Bagian yang digunakan : Bagian tanaman yang dapat digunakan sebagai obat, yaitu daun, akar, buah, kulit kayu, dan bijinya.

INDIKASI.
Daun digunakan untuk mengatasi: batuk, demam, reumatik, menurunkan kadar asam urat darah yang tinggi, diare, disentri, rectal prolaps pada anak-anak, cacingan, kutu kepala, pemakaian luar untuk borok, luka, bisul, skabies, kudis, dan ekzema.
Biji digunakan untuk mengatasi: pencernaan lemah, cacingan, dan mematikan kutu kepala dan serangga.
Buah muda digunakan untuk mengatasi : diare, disentri akut, dan gangguan pencernaan (atonik dispepsia).
Akar digunakan untuk mengatasi: sembelit, disentri akut, depresi mental, dan nyeri tulang punggung.
Kulit kayu digunakan untuk mengatasi: diare, disentri, dan luka berdarah.

CARA PEMAKAIAN.
Untuk obat yang diminum, lihat cara pemakaian. Untuk pemakaian luar, rebus daun dan airnya, lalu gunakan untuk mencuci luka dan borok. Selain itu, dapat juga dilakukan dengan menggiling bijinya menjadi bubuk, gunakan untuk membasmi kutu kepala, kutu anjing, dan serangga. Gunakan buah masak untuk mengobati bengkak karena memar dan abses.

CONTOH PEMAKAIAN.
Borok, bisul keras
Cuci daun segar secukupnya, lalu giling sampai halus. Tambahkan sedikit garam, lalu gunakan ramuan ini untuk menurap borok atau bisul dan balut. Dalam sehari, ganti 2--3 kali.

Mematangkan bisul
Ambil isi buah yang sudah masak, lalu giling halus. Tambahkan sedikit garam sambil diaduk merata, turapkan pada bisul, lalu balut dengan kain kasa.

Tiba-tiba pingsan, menenangkan penderita histeris
Cuci daun segar secukupnya, lalu tumbuk sampai halus. Dekatkan gilingan daun tadi pada hidung penderita agar baunya terhisap oleh penderita.

Membasmi kutu anjing
Mandikan anjing yang berkutu dengan air rebusan daun atau biji srikaya. Caranya, tumbuk halus daun atau biji srikaya, tambahkan air secukupnya, lalu saring airnya dan gunakan untuk memandikan anjing.

Mematikan kutu kepala
Cuci biji srikaya (10 butir) dan daun srikaya segar (1 genggam), lalu giling sampai halus. Tambahkan sedikit minyak kelapa, lalu aduk merata. Turapkan pada kulit kepala, lalu bungkus dengan kain. Setelah tiga jam, buka dan cuci sampai bersih. Jangan sampai bilasan air masuk ke mata karena dapat menyebabkan iritasi dan meradang.

Cacingan pada anak
Cuci daun srikaya segar (15 lembar), lalu rebus dengan lima gelas air sampai tersisa tiga gelas. Setelah dingin, saring dan minum tiga kali sehari, masing-masing satu gelas.

Gangguan pencernaan
Cuci daun srikaya segar secukupnya, giling sampai halus, lalu tambahkan minyak kelapa secukupnya. Tempelkan pada perut.

Diare
Cuci kulit batang srikaya (6--10 g), potong kecil- kecil, lalu tambahkan gula merah secukupnya. Rebus dengan empat gelas air sampai tersisa separuhnya. Setelah dingin, saring dan minum dua kali sehari, masingmasing satu gelas.

Kudis
Cuci daun srikaya segar (15 lembar), lalu giling sampai halus. Remas dengan air kapur sirih sebanyak satu sendok teh dan gunakan untuk menggosok kulit yang kudis. Lakukan sehari dua kali.

Catatan :
Ibu hamil dilarang minum rebusan biji buah srikaya. Hati-hati jika minum rebusan biji, kulit kayu, dan akar srikaya karena mengandung racun. Hanya digunakan dibawah pengawasan herbalis berpengalaman.

Bambu Kuning Nature - Runy garden baru mengembangkan 4 jenis Srikaya antara lain :
1. Srikaya New Varietas
2. Srikaya jumbo Australia
3. Srikaya Attemoya Pink Mammoth
4. Srikaya merah


Srikaya - srikaya tersebut rasanya manis bahkan terkadang manis sekali.Untuk jenis New Varietas, daging buahnya lembut serasa bertepung dan biji buahnya jarang, aromanya wangi dan terkuar campuran wangi mangga harummanis.Besar buahnya bisa mencapai hampir 1 kg.Srikaya jumbo Australiapun tak kalah menawanya dengan new varietas.Srikaya - srikaya ini cocok untuk di kebunkan ataupun sekedar untuk koleksi tanaman di rumah.



Thursday, October 8, 2009

S E R B A N K A K I

Aiii... serban apa pula dikaki? Sebenarnya istilah ini kerap digunakan di Kelantan dan juga Baling ( pelusuk2 kampung yang mana penduduk asal dari Patani). Serban di sini bermaksud kebas-kebas atau semut-semut di kawasan tapak kaki.
  1. Bahasa kebanyakan ialah kebas-kebas kaki. Biasanya warga-warga tuan, emas yang lama mendengar ceramah agama sambil duduk bersila atau pun bertahlil sambil bersila akan mengalami gejala ini. Taklah memudaratkan, tapi seksa juga dibuatnya sebelum boleh betul bangun dengan stabil. Adalah beberapa petua yang sering diamalkan untuk mengatasinya: 1) Picit ibu jari kaki sekerap mungkin semasa mengikuti ceramah, 2) ' dan apabila serban kaki (sengal-sengal atau merasa semut-semut) maka hendaklah menyebut akan yang terlebih kasih kepadanya, iaitu katanya." Muhammad Rasullullah Shallalahu 'alaihi wasallam". di petik dari Al Jauhar Al Mauhub Wa Munabbihat Al Qulub

Wednesday, October 7, 2009

B I S U L

Bisul

Walaupun kebanyakan masalah kulit tidak membahayakan nyawa tetapi ia boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan mengganggu emosi pesakit. Lebih-lebih lagi jika keadaan itu berinflamasi seperti bisul dan karbunkel – ketulan sakit dan bernanah yang terbentuk di bawah kulit apabila bakteria menjangkiti satu atau lebih folikel rambut anda.

Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.
Menurutnya, bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel


Walaupun sesiapa sahaja boleh menghidap jangkitan yang menyakitkan ini, mereka yang mempunyai diabetes, sistem imun tertekan, akne/jerawat atau lain-lain masalah kulit lebih berisiko tinggi. Selalunya, pesakit boleh menjaga seketul bisul di rumah sahaja tetapi anda dinasihatkan tidak memicitnya kerana ia akan merebakkan jangkitan. Antibiotik atau penyaliran surgikal diperlukan untuk membuang jangkitan itu.

Simptom-simptom

Bisul selalunya timbul seperti ketulan menyakitkan yang berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya juga akan kelihatan merah dan bengkak. Dalam masa 24 jam, ketulan ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah. Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit.

Karbunkel merupakan satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih-lebih lagi di kalangan lelaki dewasa. Ia menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk daripada bisul tunggal. Ia juga berkembang dan sembuh dengan lebih perlahan serta meninggalkan parut. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku.

Punca-Punca

Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus.
Bakteria-bakteria ini selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung.

Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda.
Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan ‘meluru’ ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk – satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati.
Faktor-Faktor Risiko
Walaupun sesiapa sahaja termasuk mereka yang kelihatan sihat boleh dijangkiti bisul atau karbunkel, faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko anda:

  • Jika anda mempunyai kesihatan yang lemah, ia bertambah sukar untuk sistem imun anda melawan jangkitan.
  • Diabetes menyukarkan tubuh melawan jangkitan. Malah, bisul yang sering timbul semula kadangkala menunjukkan tanda-tanda diabetes, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun.
  • Pakaian yang ketat atau melecetkan. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.
  • Keadaan kulit yang lain. Disebabkan ia merosakkan lapisan kulit anda, masalah kulit seperti akne dan dermatitis menjadikan anda lebih senang dijangkiti bisul dan karbunkel.Ubat-ubatan sistem imun yang tertekan. Penggunaan jangka panjang kortikosteroid seperti prednisone atau ubat-ubat lain yang akan menekan sistem imun anda yang boleh meningkatkan risiko terkena jangkitan bisul atau karbunkel ini.

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan Perubatan

Selalunya, anda boleh menjaga seketul bisul dengan sendiri. Tetapi anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika bisul itu timbul di muka, tulang belakang atau jika anda mempunyai:

  • Bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan
  • Bisul yang besar dan tidak sembuh dalam masa dua minggu atau diiringi demam panas
  • Bisul yang kerap timbul
  • Terdapat garisan merah daripada bisul anda, yang merupakan tanda jangkitan telah memasuki salur darah anda
  • Keadaan yang menekan sistem imun anda, seperti transplan organ atau jangkitan HIV. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai satu atau lebih bisul dinasihatkan untuk mendapatkan penjagaan perubatan.

Penyaringan Dan Diagnosis
Para doktor selalunya akan mendiagnosis bisul hanya dengan melihat kulit anda, tetapi kadangkala mereka akan mengambil sampel nanah untuk memeriksa jenis bakteria. Jika mempunyai jangkitan berulang, anda dikehendaki menjalani ujian untuk diabetes atau lain-lain penyakit yang boleh melemahkan sistem imun anda.
Rawatan
Doktor mungkin akan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar atau karbunkel dengan membuat insisi/torehan kecil di hujungnya. Ini akan mengurangkan rasa sakit, mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengurangkan parut. Jangkitan yang dalam tidak boleh dihilangkan secara keseluruhannya. Ia akan ditutup dengan kain kasa yang telah disteril agar nanah boleh terus dikeluarkan. Kadangkala, doktor akan menetapkan antibiotik untuk membantu menyembuhkan jangkitan yang teruk atau berulangkali.
Pencegahan

  • Bersihkan luka-luka dan geseran kecil dengan sabun serta air dan sapukan ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi.
  • Pakaian ketat mungkin nampak anggun tetapi pastikan ia tidak melecetkan kulit anda.
  • Pilihlah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sejumlah kecil protein tidak berlemak. Elakkan makanan berlemak atau bergula.

Tip Penjagaan Sendiri

  • Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.
  • Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut.
  • Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan.
  • Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti.

Rawatan Alternatif

  • Minyak tea-tree. Minyak asas ini telah digunakan untuk berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Minyak ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan. Berhenti jika masalah timbul.
  • Ubat homeopati. Ubat homeopati untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris dan silica.
  • Herba. Teh herba seperti dandelion dan red clover dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria. Ubat salap lain yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan.
Rawatan Nenek Moyang
  1. Tumbuk ubi keledek, dan tempek dibisul
  2. Ambil kulit mempelan (dari batang), asah di pasu atau tempat yang kasar. Ambil air/hampasnya dan bubuh di bisul
  3. tumbuk bawang merah dan tampal di bisul tu
  4. beli bunga rumput (ada dijual di kedai ubat Tionghua) basahkan dan tampal di bisul (seelok2nya dilakukan pada waktu malam.)
  5. sapu dengan kapur sirih
  6. upar dengan daun bunga raya dan tampal di bisul
  7. tampal bedak sejuk
  8. ambil daun cili, lumatkan dan tampal dibisul
  9. Ambil botol kaca yang sederhana besar. Nyalakan sekeping kertas di dalamnya. Biarkan sehingga semua kertas terbakar. Kemudian tekupkan betul-betul di atas punat bisul. Tekan kuat sikit. Tahan sakit. Nanah akan keluar seperti orang berbekam!

Tuesday, October 6, 2009

D E M E N T I A

Dementia (nyanyuk)

Pengenalan

Dementia adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Ia boleh membawa kepada penurunan dalam menjalankan aktiviti harian dan boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan masa panjang.

Sebahagian dari pesakit dementia kurang/tidak berupaya melakukan aktiviti-aktiviti harian. Mereka juga sukar untuk menyelesaikan masalah atau mengawal emosi.



Berapa kerap berlakunya dementia?

Kadar kekerapan dementia berlaku adalah di antara 2% hingga 20%. Ianya berganda setiap 5 tahun peningkatan usia bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Lebih dari separuh pesakit dementia mengalami penyakit Alzheimer.



Siapakah yang mempunyai lebih tinggi risiko mendapat dementia?

  • Setengah jenis dementia lebih tinggi di kalangan wanita.
  • Mereka yang mengalami masalah tekanan darah yang tak terkawal, penyakit kencing manis, penyakit jantung, paras lemak dalam darah yang tinggi
  • Pesakit yang mengalami penyakit Parkinson.
  • Mereka yang terencat akal atau tahap pembelajaran yang rendah.

Ada juga terdapat fakta genetik/ keturunan yang didapati meninggikan risiko tanpa menyebabkan penyakit berlaku.


Tanda-tanda dan gejala

  • Hilang daya ingatan yang menyebabkan masalah dalam pekerjaan atau perjalanan kehidupan harian.
  • Masalah dengan aktiviti yang biasa dilakukan, seperti memasak, mandi dan mengenakan pakaian.
  • Sukar mencari perkataan yang mudah, sukar menerangkan sesuatu, atau kerap mengulangi percakapan (echolalia).
  • Masalah dalam orientasi, contohnya kerap hilang arah walaupun di kawasan yang biasa dilalui
  • Hilang keupayaan membuat penilaian
  • Masalah dalam pemikiran abstrak, misalnya mengalami masalah menentukan apa yang ingin di beli semasa keluar membeli belah.
  • Meletak barang di tempat lain atau kerap tertinggal barang.
  • Perubahan emosi secara tiba-tiba, biasanya dengan tidak bersebab. Mereka mungkin mengalami perubahan dalam tingkah laku.
  • Perubahan dalam perwatakan, daripada seseorang yang peramah kepada seseorang yang cepat marah, cemburu atau penakut (timid)
  • Hilang minat dan kecenderungan dalam pekerjaan dan hobi mereka.

Anda boleh mencuba ujian ini (SDS, Mundt et al,) untuk mendapati adakah anda atau mana-mana ahli keluarga anda mungkin mengalami dementia



Komplikasi

Jika dementia tidak dikesan awal, beberapa akibat mungkin terjadi, seperti:

  • Peningkatan dalam penyakit fizikal atau penyakit mental
  • Peningkatan dalam kadar kematian.
  • Dementia boleh membawa kepada kemasukan dalam institusi penjagaan dengan lebih awal.
  • Ia boleh menimbulkan tekanan kepada penjaga dan menimbulkan penyakit fizikal dan mental di kalangan penjaga.
  • Ia boleh menyebabkan penderaan ke atas pesakit.

Bolehkah dementia dirawat?

Pada masa ini dementia tidak boleh diubati, tetapi pembelajaran dan sokongan kepada pesakit dan penjaga pesakit dementia dapat membantu dalam mengawal sesetengah gejala penyakit.

Ada terdapat beberapa jenis ubatan yang boleh menolong dalam mengawal gejala dan meningkatkan fungsi kognitif. Ada juga ubatan yang digunakan untuk merawat psikosis, kemurungan dan masalah emosi.



Pencegahan

Kajian mendapati bahawa aktiviti yang merangsang intelek seperti bermain catur, membaca dan sebagainya dapat mengurangkan risiko berlakunya dementia. Amalan cara hidup sihat boleh juga mengurangkan risiko mendapat dementia.



Rehabilitasi

Terdapat banyak terapi psikososial yang memberi manfaat kepada pesakit dementia. Ini termasuk memberi sokongan kepada pesakit dalam menjalani aktiviti harian mereka, menggalakkan aktiviti yang merangsang fungsi mental dan pancaindera mereka serta banyak lagi

Kumpulan sokongan yang berdekatan anda dapat membantu anda dalam memberi cadangan tentang aktiviti yang berkesan.


Kumpulan sokongan

Alzheimer's Disease Foundation of Malaysia

Johor Bahru Alzheimer's Disease Association (JOBADA)

Dementia (nyanyuk)

Pengenalan

Dementia adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Ia boleh membawa kepada penurunan dalam menjalankan aktiviti harian dan boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan masa panjang.

Sebahagian dari pesakit dementia kurang/tidak berupaya melakukan aktiviti-aktiviti harian. Mereka juga sukar untuk menyelesaikan masalah atau mengawal emosi.



Berapa kerap berlakunya dementia?

Kadar kekerapan dementia berlaku adalah di antara 2% hingga 20%. Ianya berganda setiap 5 tahun peningkatan usia bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Lebih dari separuh pesakit dementia mengalami penyakit Alzheimer.



Siapakah yang mempunyai lebih tinggi risiko mendapat dementia?

  • Setengah jenis dementia lebih tinggi di kalangan wanita.
  • Mereka yang mengalami masalah tekanan darah yang tak terkawal, penyakit kencing manis, penyakit jantung, paras lemak dalam darah yang tinggi
  • Pesakit yang mengalami penyakit Parkinson.
  • Mereka yang terencat akal atau tahap pembelajaran yang rendah.

Ada juga terdapat fakta genetik/ keturunan yang didapati meninggikan risiko tanpa menyebabkan penyakit berlaku.


Tanda-tanda dan gejala

  • Hilang daya ingatan yang menyebabkan masalah dalam pekerjaan atau perjalanan kehidupan harian.
  • Masalah dengan aktiviti yang biasa dilakukan, seperti memasak, mandi dan mengenakan pakaian.
  • Sukar mencari perkataan yang mudah, sukar menerangkan sesuatu, atau kerap mengulangi percakapan (echolalia).
  • Masalah dalam orientasi, contohnya kerap hilang arah walaupun di kawasan yang biasa dilalui
  • Hilang keupayaan membuat penilaian
  • Masalah dalam pemikiran abstrak, misalnya mengalami masalah menentukan apa yang ingin di beli semasa keluar membeli belah.
  • Meletak barang di tempat lain atau kerap tertinggal barang.
  • Perubahan emosi secara tiba-tiba, biasanya dengan tidak bersebab. Mereka mungkin mengalami perubahan dalam tingkah laku.
  • Perubahan dalam perwatakan, daripada seseorang yang peramah kepada seseorang yang cepat marah, cemburu atau penakut (timid)
  • Hilang minat dan kecenderungan dalam pekerjaan dan hobi mereka.

Anda boleh mencuba ujian ini (SDS, Mundt et al,) untuk mendapati adakah anda atau mana-mana ahli keluarga anda mungkin mengalami dementia



Komplikasi

Jika dementia tidak dikesan awal, beberapa akibat mungkin terjadi, seperti:

  • Peningkatan dalam penyakit fizikal atau penyakit mental
  • Peningkatan dalam kadar kematian.
  • Dementia boleh membawa kepada kemasukan dalam institusi penjagaan dengan lebih awal.
  • Ia boleh menimbulkan tekanan kepada penjaga dan menimbulkan penyakit fizikal dan mental di kalangan penjaga.
  • Ia boleh menyebabkan penderaan ke atas pesakit.

Bolehkah dementia dirawat?

Pada masa ini dementia tidak boleh diubati, tetapi pembelajaran dan sokongan kepada pesakit dan penjaga pesakit dementia dapat membantu dalam mengawal sesetengah gejala penyakit.

Ada terdapat beberapa jenis ubatan yang boleh menolong dalam mengawal gejala dan meningkatkan fungsi kognitif. Ada juga ubatan yang digunakan untuk merawat psikosis, kemurungan dan masalah emosi.



Pencegahan

Kajian mendapati bahawa aktiviti yang merangsang intelek seperti bermain catur, membaca dan sebagainya dapat mengurangkan risiko berlakunya dementia. Amalan cara hidup sihat boleh juga mengurangkan risiko mendapat dementia.



Rehabilitasi

Terdapat banyak terapi psikososial yang memberi manfaat kepada pesakit dementia. Ini termasuk memberi sokongan kepada pesakit dalam menjalani aktiviti harian mereka, menggalakkan aktiviti yang merangsang fungsi mental dan pancaindera mereka serta banyak lagi

Kumpulan sokongan yang berdekatan anda dapat membantu anda dalam memberi cadangan tentang aktiviti yang berkesan.


Kumpulan sokongan

Alzheimer's Disease Foundation of Malaysia

Johor Bahru Alzheimer's Disease Association (JOBADA)

Sunday, October 4, 2009

Herba Pahit Membantu Membersihkan Darah Anda

' Ini ialah hasil terjemahan'
Artikel asal ' Bitter herbs help purify your blood' ditulis oleh
Datuk Dr Rajen M, dalam Sunday Times, Oktober 4, 2009.

Anda mungkin pernah mendengar terafi warna, bunyi dan terafi sentuhan. Adakah 'terafi rasa' satu perkara yang baru bagi anda? .Sebenarnya terafi rasa sudah lama wujud. Sejak zaman berzaman. Sebenarnya 'pelbagai rasa' boleh membantu mencuci serta menyembuh badan kita.
Contohnya, jika kita makan makanan yang sedap kita akan merasa puas serta sihat. Disebaliknya makanan yang tidak sedap menjadikan kita geram dan pastinya menyekat selera makan kita..
Lidah kita dapat membezakan lima jenis rasa; manis, masam, masin dan pahit. Ada satu lagi yang ditulis dalam kitab-kitab kuno.
Pada tahun 1908, seorang penyelidik Jepun bernama Kikunae Ikeda mendapati sejenis 'glutamate' yang terkandung dalam sos lumutlaut mencetus satu rasa baru yang dipanggil ' umami' (istilah Jepun). Dapatan ini mengukuhkan lagi kepercayaan mengenai lima rasa ini.
Rasa baru ini sukar digambarkan. Ada yang mengatakan ia seolah-olah ' sedap, berperisa dan seolah-olah ada rasa 'daging'. Sebenarnya lebih dari itu........ ia adalah satu rasa yang sukar dibandingkan dan ada pula yang mengatakan bahawa ia ada persamaan dengan nikmat seks.hebat. Penyelidik
di Universiti Miami berjaya membuktikan bahawa reseptor rasa untuk 'umami' memang wujud. ini bermaknan teori lima rasa akan mendapat pengiktirafan antarabangsa. Dibandingkan dengan rasa lain, pahitlah yangkitapaling tidak gemari. Tetapi, sebenarnya rasa inilah yang paling penting sekali_ terutamanya jika kita kaitkan dengan fungsi mencuci darah serta penyembuhan.
Rasa pahit yang asli menjadi ciri utama sistem pengubatan tradisional.Perubatan serta diet Cina dan India
sentiasa mengutamakan sayuran pahit serta herba pahit. Sebab itulah jugalah makanan India yang amat terkenal , disebut 'thali' memerlukan semua hidangan/sajian mempunyai kelima-lima rasa.
Perubatan Eropah tidak terkecuali menggunakan rasa pahit dalam perubatan mereka; contoh yang baik ialah ' Swedish bitters'
Herba yang pahit juga dikenali sebagai ' pembersih darah'. Mereka membantu menguatkan hati yang kebetulanny sejenis organ yang bersifat pahit. Saya pasti ramai yang pernah merasai hati.
Herba pahit menguatkan hati. Peranan hati ialah mencuci darah yang mengalir menerusinya sambil membuang toksin di dalamnya. Pada dasarnya, pencuci darah mengandungi sejenis 'sabun asli' yang dikenali sebagai 'saponin'.
Begitu juga, banyak larutan pembersih darah biasanya akan membentuk buih seperti sabun bila digoncang. Saponin membantu hati mengeluarkan racun. Di samping itu, saponin juga berfungsi menyerap nutrein melalui dinding usus. Kita boleh menanggap saponin sebagai sabun pencuci untuk darah kita.
Kadangkala kita sebut pencuci darah sebagai 'alternatif' kerana mereka mengubah kandungan kimia dalam darah.
'Alternatif' membantu kebolehan badan kita menyingkir toksin melaui buah pinggang.
Di sebaliknya mereka tidak menunjukkan apa-apa tindakan laksatif..
Dr Henry Binder menulis dalam bukunya ' Food Is Your Best Medicine' ' tentang hati, menerangkan bahawa organ hati bersifat alkali. Hati mengeluarkan hempedu, sejenis cecair/rembesan yang amat pahit. Hati bertindak menutralkan racun/toksin menggunakan sifat alkalinya dan seterusnya ,menyingkirkannya melalui cecair hempedu. Cecair hempedu amat pahit, bersifat alkali tinggi yang akhirnya membantu memecahkan lelemak menjadi larut supaya kita dapat menghadamkannya.
Sabunmencuci pinggan mangkuk bersifat pahit/alkali yang membantu memecahkan lemak pada pinggan mangkuk supaya mudah dibersihkan dengan air. Begitu jugalah caranya kandungan pencuci darah yang pahit membantu hati membasuh toksin dalam darah kita.
Kita perlu ingat bahawa apabila kita mengambil pencuci darah mereka akan menyebabkan badan kita memproses dan menyingkir toksin. Maka dengan sebab itulah kita sering dapat mengesan air kencing kita berbau lebih busuk (pungent) dan warnanya kelihatan lebih gelap. Najis kita pun akan kelihatan tidak seperti kebiasaannya.
Kesan sebegini seolah-olah seperti memburukkan lagi keadaan sedangkan kita sedang mencuba mengubati 'penyakit' kita. Sebenarnya kita boleh menanggap keadaan ini sebagai satu proses badan kita seang mencuci segala kesan-kesan negatif dalam badan. Lebih banyak toksin di singkirkan maka badan kita akan merasa lebih cergas dan bersemangat. Oleh itu, jangan sekali-kali menyerah diri.
Daun mambu di kenalpasti sebagai salah satu pencuci darah ayurvedik yang terbaik ketika ini. Ia membiak dengan mudah di negara kita. Orang Cina menyebutnya sebagai 'chin sou chin, dan bagi orang India ia dikenali sebagai veeplai. Ia kerap digunakan untuk mengubat sakit demam campak dan ruam-ruam. Orang India menggunakannya untuk mencuci darah dan racun dalam badan.
Herba pahit memang sesuai untuk penyakit ruam-ruam serta campak. Ia juga berkesan untuk merawat panau dan gatal-gatal badan. Pengidap kencing manis juga boleh menggunakan daun ini untuk menstabilkan kandungan glukosa dalam badan. Daun mambu didapati mempunyai sifat antibakteria, antifungus dan antivirus.
Herba pahit bersifat alkali. Ia membantu mengurangkan kadar asid dalam darah. Makanan sekarang banyak mengandungi gula (manis) yang menyebabkan darah lebih berasid. Ternyata kesan alkali dalam herba pahit bertindak menutralkan atau mengurangkan tahap keasidan dalam darah.
Makanan segera yang banyak terdapat dalam pasaran dewasa ini mengandungi banyak unsur tumbuhan dan haiwan yang tercemar dengan hormon, antibiotik, perasa dan pewrana tiruan serta preservatif. Tugas hati memproses segala racun-racun ini ternyata amat berat sekali. Berpuasa, meminum jus buah segar serta rawatan dengan cara mengambil herba pahit amat membantu fungsi hati menyingkirkan bahan-bahan toksin ini.
Bila mengambil daun mambu kita harus berpandukan kepada norma-norma tertentu kerana biokimia tumbuhan berbeza dari satu pkok ke satu pokok, dari satu tempat ke satu tempat malah dari bahagian pokok yang sama. Musim juga mempengaruhi kekuatan 'pahit' daun mambu.
Justeru ,kita perlu tentukan piawai yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa sebelum kita mengambil ubat 'pahit' dalam bentuk pil atau kapsul. Pada kebiasaannya piawai yang telah ditetapkan ialah 3 peratus jumlah kepahitan. Ini bermakna pil/tablet 100mg daun mambu yang dipiawaikan kepada 3 peratus jumlah kepahitan mempunyai kesamaan dengan 1 tablet kepahitan yang didapati dalam buah peria.
Ubat dos detok ialah 1 tablet, diambil 3 kali sehari; menyamai mengambil 3 biji buah peria sehari.
Walau bagaimana pun bukanlah banyak mana daun mambu yang diambil setiap hari, tetapi yang terlebih penting banyak manakah kepahitan itu dapat diserapkan ke dalam hati dan darah kita.