Saturday, April 11, 2009

a vo c a do

Avocado atau apulkat ( Indon), nama yang kurang popular di kalangan peminat buah-buahan di Malaysia. Mungkin kerana harganya atau kerana fizikalnya atau mungkin kerana tiada promosi besar-besaran. Anehnya buah yang berbulu, yang kelihatan tidak menarik yang diterbangkan jauh dari New Zealand, buah kiwi pun mendapat tempat di perut penduduk Malaysia.
Sebenarnya ramai orang kurang maklumat atau tidak mengenali buah ini. Buah avocado ni selain dari nama inggerisnya , avocado, dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai buah susu. Nama-nama lain ialah palta, butter pear, alligator pear, aguacate,polta. Asal usulnya dari Selatan Mexico. Persea ialah nama botaninya. Yang hebatnya tentang buah susu ni ialah mengandungi 25 nutrien!. Banyak tu.
ada `nutrient booster', ada `phytonutrients'. Kaya pula dengan vitamin K, serat,vitamin C, Vitamin B6, folate, Kuprum dan Kalium ( Kandungan Kalium atau potassium dalam melebihi buah pisang!).Disamping itu ia mengandungi banyak lemak. (monounsaturated dan polyunsaturated)_ difahamkan lemak-lemak ini membantu mengurangkan risiko penyakit cardiovascular.
Jelas amalan memakan buah ini dapat membantu mengurangkan risiko penyakit-penyakit berikut: (selain dari yang tersebut di atas)
= strok
= kanser payudara
= mengurangkan tekanan darah tinggi
= merendahkan kandungan kolestrol.

Buah avocado dewasa ini telah berjaya ditanam di Malaysia ) Kawasan kati, Kuala Kangsar) rujuk blog gurubashid.com. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan/membeli/benih/buah boleh menghubungi blog ini.
Buahnya yang masak sedap dimakan. Kalau yang berminat/rajin boleh layari web-web tentang avocado - banyak disajikan cara membelah buah avocado serta resepi yang menarik.