Friday, August 21, 2009

H1N1

Apakah itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1.
Berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkiti ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia.
Dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkiti dari manusia kepada manusia.

Jangka hayat virus:

Oleh kerana ia adalah virus yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja.
Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik akan ‘bersih’ daripada virus tersebut.

APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU?

Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO.
Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di Mexico.

Virologi virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 – 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.
Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh.
Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan:

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan.
Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal. Ia hanya pada ‘trakea’ jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’
Ia amat berbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi

Siapa yang berisiko:

1 Orang yang ada masaalah ‘obesiti atau gemok
2 Perempuan yang mengandung
3 Orang yang ada astmatic
4 Orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani‘operation yang besar)
5 Kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi
6 Golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV, dll)

*kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan di atas

Hari 1 Rasa kurang sihat, tak bermaya
Hari 2 Selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Hari 3 Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Hari 4 Sakit dada yang teruk-jumpa doktor dengan segera
Hari 5 dan ke atas lung collapse @ koma

Langkah Kawalan:

1 Golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan yang padat dengan orang ramai)
2 Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 Elakkan diri jika terdapat‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’
4 Jika kurang sihat, elakkan diri daripada melakukan aktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 Jika kurang sihat dan ada ILI (influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurang-kurangnya 3 ply mask)
6 Untuk orang yang sihat,elakkan dari kawasan yang padat.
7 Jika ada tanda-tanda simptom di atas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 Jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9 Tidak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kepada vaksin atau ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan.Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
10 Vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal-awalnya pada Oktober dan hanya utk ‘frontliner’ sahaja.dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.
11 Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di dua makmal sahaja di Malaysia. mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tidak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12 Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbreak ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.

Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pacific KLIA pada 01.08.2009.

No comments:

Post a Comment