What Are the Signs and Symptoms of a Heart Attack?
Not all heart attacks begin with the sudden, crushing chest pain that often is shown on TV or in the movies. In one study, for example, one-third of the patients who had heart attacks had no chest pain. These patients were more likely to be older, female, or diabetic.
The warning signs and symptoms of a heart attack aren't the same for everyone. Many heart attacks start slowly as mild pain or discomfort. Some people don't have symptoms at all. Heart attacks that occur without any symptoms or very mild symptoms are called silent heart attacks.
Chest Pain or Discomfort
The most common heart attack symptom is chest pain or discomfort. This includes new chest pain or discomfort or a change in the pattern of existing chest pain or discomfort.
Most heart attacks involve discomfort in the center or left side of the chest that often lasts for more than a few minutes or goes away and comes back. The discomfort can feel like uncomfortable pressure, squeezing, fullness, or pain. The feeling can be mild or severe.
Heart attack pain sometimes feels like indigestion or heartburn.
The symptoms of angina (an-JI-nuh or AN-juh-nuh) can be similar to the symptoms of a heart attack. Angina is chest pain that occurs in people who have coronary heart disease, usually when they're active. Angina pain usually lasts for only a few minutes and goes away with rest.
Chest pain or discomfort that doesn't go away or changes from its usual pattern (for example, occurs more often or while you're resting) can be a sign of a heart attack.
All chest pain should be checked by a doctor.
Other common signs and symptoms of a heart attack include new onset of:
- Upper body discomfort in one or both arms, the back, neck, jaw, or upper part of the stomach
- Shortness of breath, which may occur with or before chest discomfort
- Nausea (feeling sick to your stomach), vomiting, light-headedness or sudden dizziness, or breaking out in a cold sweat
- Sleep problems, fatigue (tiredness), or lack of energy
Not everyone having a heart attack has typical symptoms. If you've already had a heart attack, your symptoms may not be the same for another one. However, some people may have a pattern of symptoms that recur.
The more signs and symptoms you have, the more likely it is that you're having a heart attack.
Act Fast
Know the warning signs of a heart attack so you can act fast to get treatment for yourself or someone else. The sooner you get emergency help, the less damage your heart will sustain.
Call 9–1–1 for help right away if you think you or someone else may be having a heart attack. You also should call for help if your chest pain doesn't go away as it usually does when you take medicine prescribed for angina.
Do not drive to the hospital or let someone else drive you. Call an ambulance so that medical personnel can begin life-saving treatment on the way to the emergency room.
Monday, December 17, 2012
Sunday, February 6, 2011
Kutip sana sini: Buah Delima
Rahsia penciptaan buah delima
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah SWT yang bermaksud, "Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima." (Surah al-Rahman ayat 68)
Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayat-Nya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa a.s. lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaan-Nya sebagaimana yang termaktub dalam firman-Nya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.
Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung-kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.
Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.
Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah-buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman."
Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.
Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan Melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional Melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah-olah dibiarkan begitu sahaja.
Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia.
Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.
Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah Taala.
Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakan-Nya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.
Semoga bermanafaat!
Wednesday, January 26, 2011
Lagi petua kencing tak lawas
Cuba petua ini:
1. Ambil 2 potong nenas yang kurang masak. Kisar dengan 2 gelas air bertapis menggunakan blender yang bersih (tanpa ada kesan makanan lain). Tapis dan minum 2kali sehari.
2. Ambil secekak daun pegaga. Bersihkan. Rebus menggunakan air bertapis.. Biarkan sejuk. Minum.
1. Ambil 2 potong nenas yang kurang masak. Kisar dengan 2 gelas air bertapis menggunakan blender yang bersih (tanpa ada kesan makanan lain). Tapis dan minum 2kali sehari.
2. Ambil secekak daun pegaga. Bersihkan. Rebus menggunakan air bertapis.. Biarkan sejuk. Minum.
Lagi Petua rawatan Batu Karang
Ambil sebiji kelapa muda yang masih hijau. Buang kulitnya. Bakar selama lebih kurang 15 minit.. Ambil air bersama isinya lalu dibancuhkan dengan 3 biji telur ayam kampung.. Minum sampai habis. Boleh cuba.
Habbatussauda
Apa itu Habbatussauda?
Nama biologinya adalah Nigella Sativa. Di Eropah ia dikenali sebagai “black seed” atau “black cumin”. Di Malaysia dan Indonesia pula, ia dikenali sebagai “jintan hitam”. Manakala di Mesir, ia lebih dikenali sebagai “Habbah Barakah”(kerana keupayaannya mengubati berbagai jenis penyakit, Barakah di dalam bahasa melayu bermaksud rahmat). Ramai yang mengatakan habbatussauda adalah penawar bagi segala penyakit di mana ia boleh merawat lebih daripada 50 jenis penyakit. Ia juga telah digunakan secara meluas sebagai ubat untuk merawat berbagai jenis penyakit semenjak 2000 tahun yang lalu.
Benarkah Habbatussauda merupakan penawar bagi segala jenis penyakit?Terdapat banyak kajian perubatan lama dan moden telah dibuat untuk mencari sejauh mana kebenaran kenyataan ini. Di dalam Kitab At Tibbun Nabawi (Pengubatan Cara Nabi yang ditulis oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah), menyebut bahawa habbatussauda dapat mengubati 50 jenis penyakit tanpa memberi kesan sampingan.The Journal of American Scientist melaporkan Habbatussauda bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotic (pembunuh kuman), antimycotic (antikult) dan bancho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan. Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati habbatussauda atau Habbah Sauda mengandungi betasitosterol iaitu bahan untuk anti kanser yang berkesan.Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa habbatussauda berfungsi untuk mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid.
Seterusnya, terdapat sebanyak 14 hadis sahih yang menceritakan kehebatan dan kelebihan Habbah Sauda antaranya adalah: Dari kitab As Shahihain dari Abu Salamah RA dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “gunakan Habbah Sauda kerana di dalamnya terdapat ubat dari segala macam jenis penyakit kecuali As sam (maut)” HR Bukhari.“Sesungguhnya, Habbatussauda dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam. “Saya bertanya: “Apakah as-sam itu ?” Baginda menjawab: ‘As-sam iaitu maut !” ( Riwayat Bukhari )“Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasullah S.A.W telah bersabda : ‘Pada Habbah Sauda terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam.” Adakah Habbatussauda itu penawar bagi segala penyakit? Melalui pengalaman para pengguna pula yang menggunakan habbatussauda sebagai ubatan tambahan, mereka mendapati habbatussauda dapat mengubati bermacam-macam penyakit antaranya :-
• anticancer (pencegah kanser yang berkesan)
• antihistamine (pencegah alahan)
• antioxidant (pencegah kerosakan sel)
• antibiotic (pembunuh kuman)
• antimycotic (antikult)
• bancho-dilating effect (pengembang saluran pernafasan)
• masalah buah pinggang - batu karang, bengkak buah pinggang
• memperlancarkan keluarnya kencing
• memperlancarkan darah haid
• melancarkan pengeluaran susu ibu.
• masalah angin ahmar - merawat penyakit stroke / lumpuh sebelah badan
• mengeluarkan angin dari perut
• menambahkan ghairah seks
• masalah seksual - mati pucuk, kurang ransangan seks
• masalah dalaman wanita - fibroid, menopause, keputihan, jangkitan kulat
• masalah penafasan - asma, batuk berkahak, bronchitis
• masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi / rendah
• masalah mental - meningkatkan kecergasan minda
• masalah tulang / sendi - gaout, arthritis dan reumatima
• kencing manis, alergi, migrain dan lain-lain
Rasulullah S.A.W telah mengesahkan kehebatan dan keajaiban habbatussauda dan menyarankan kita menggunakan habbatussauda untuk merawat bermacam jenis penyakit. Pembongkaran yang dilakukan oleh ahli ilmuwan dan ahli perubatan juga mengesahkan keajaiban dan kebaikan habbatussauda. Oleh itu, tidak perlu untuk kita mempertikaikan lagi tentang kebenaran dan kesahihan bahawa habbatussauda adalah penawar segala penyakit.
Petua minum air.
Ini petua saja. Janganlah diguna pakai dengan anggapan bahawa ia amalan sejagat. Tak rugi tak cuba. Ini pun saya dapat dari satu web TimurTengah.
Amalan meminum air yang baik untuk memaksimumkkan keberkesanannya terhadap tubuh kita:
1) Minum segelas air 30 minit sebelum makan adalah baik untuk penghadaman
2) Miunm segelas air selepas bangun tidur membantu merangsang organ-organ dalaman kita
3) Minum segelas air sebelum masuk tidur dapat membantu mengurangkan atau mengelakkan strok atau
serangan jantung lewat tengah malam
4) Minum segelas air selepas mandi dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
SELAMAT MENCUBA
Amalan meminum air yang baik untuk memaksimumkkan keberkesanannya terhadap tubuh kita:
1) Minum segelas air 30 minit sebelum makan adalah baik untuk penghadaman
2) Miunm segelas air selepas bangun tidur membantu merangsang organ-organ dalaman kita
3) Minum segelas air sebelum masuk tidur dapat membantu mengurangkan atau mengelakkan strok atau
serangan jantung lewat tengah malam
4) Minum segelas air selepas mandi dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
SELAMAT MENCUBA
Thursday, September 30, 2010
Lagi Petua Kencing Tak lawas
Orang muda mungkin tak kisah nak baca artikel-artikel macam ni. Badan masih kuat antibodi pun jugak masih utuh. Tapi bila usia melewati 50 an maka macam-macam penyakit datang bertandang. Antaranya penyakit kencing tak lawas(KTL). Yang serius tu nak solat pun susah, kerana kejap keluar. Setaip penyakit ada ubatnya. begitulah jua dengan KTL ni. Banyak-banyak ubat ini sering terdapat di sekeliling rumah kita. Malah pokok bunga pun jadi. Berikut diperturunkan serba sedikit pokok/bunga yang boleh dijadikan ubat KTL.
1) Agav amerika (pokok hiasan daun berduri - cecair daunnya diminum
2) Akar sebiak,kelemai merah, kacang akar atau juga dikenali sebagai sambung nyawa.
Rebus daunnya yang segar atau kering. Boleh merawat KTL dan juga batu karang.
3) Banat, atau colok cina - minum air rebusan eizomnya
4) Besaram/daun ulat sutera atau bebesaram - minum air rebusan buah .ranting atau kulitnya.
5) Bunga butang - minum air rebusan jambak bunganya.
6) Bunga cina, bunga susu, sang kelapa - minum air rebusan buahnya yang dikeringkan.
7) Bunga matahari - minum air rebusan biji bunganya!
8) Bunga raya - (yang berwarna putih)- Tumbuk lumat akarnya, masukkan ke dalam air mendidih,bila sejuk
minum.
9) Bunga telang/bunga biru/kacang telang/Kelang/kembang telang - Minum air rebusan akarnya
10) Ekor kucing/buntut kucing - minum air rebusan bunganya
11) Kemunting cina/Kembang tapak dara/Kembang tembaga/bunga serdadu - minum air rebusan daun dan
rantingnya .
12) Bunga kerak nasi - minum air yang direndam dengan daun bunganya.(air mendidih)
13) Kiambiang/kambiang - Seluruh bahagian pokok direbus. Minum airnya.
14) Laki pukul bini/Bru landak/botan/bunga waktu besar/mati laki mati bini - air rebusan dan bunganya boleh
membantu mengurangkan sakit semasa buang air kecil dan tidak boleh buang air kecil
15) Mawar/ros - buahnya direbus atau diremdam dalam air mendidih dan kemudian diminum.
16) Misai kucing/kumis kucing - Rebus daunnya yang muda atau masukkan daunnya kedalam air yang
mendidih. Minum airnya.
17) Pokok Mondo - Minum air rebusan ubinya.
18) Bunga ramat emas - minum air rebusan daunnya.
19) Seri pagar jalar - Bunga, daun, serta rantingnya direbus. Minum airnya.
20) Setawar/Setawar padang/sedingin/kerencong/Raja bangun/tumbuh daun - minum air rebusan daunnya
21) Setawar kampung/Sedingin/Cakar bebek/cakar itik/Tapak itik - cecair yang diperah daripada daun boleh
merawat baru karang
22) Siku keluang - air ebusan daunnya diminum untuk menyingkir batu karang/KTL
23) Tasbih/daun tasbih/pisang tasbih /pisang sebiak/sebih/sigi-sigi - minum air rebusan rizomnya.
24) ubi garut/ubi sakut/berolu/sagu belanda - minum air rebusan ubinya
25) Ubi gereda - minum air rebusan rizomnya
26) Tinjal tasik/timba tasik/Tambun tasik/lampin budak/mata kesang- minum air dari daunnya yang direbus
atau pun direndam di dalam air mendidih
1) Agav amerika (pokok hiasan daun berduri - cecair daunnya diminum
2) Akar sebiak,kelemai merah, kacang akar atau juga dikenali sebagai sambung nyawa.
Rebus daunnya yang segar atau kering. Boleh merawat KTL dan juga batu karang.
3) Banat, atau colok cina - minum air rebusan eizomnya
4) Besaram/daun ulat sutera atau bebesaram - minum air rebusan buah .ranting atau kulitnya.
5) Bunga butang - minum air rebusan jambak bunganya.
6) Bunga cina, bunga susu, sang kelapa - minum air rebusan buahnya yang dikeringkan.
7) Bunga matahari - minum air rebusan biji bunganya!
8) Bunga raya - (yang berwarna putih)- Tumbuk lumat akarnya, masukkan ke dalam air mendidih,bila sejuk
minum.
9) Bunga telang/bunga biru/kacang telang/Kelang/kembang telang - Minum air rebusan akarnya
10) Ekor kucing/buntut kucing - minum air rebusan bunganya
11) Kemunting cina/Kembang tapak dara/Kembang tembaga/bunga serdadu - minum air rebusan daun dan
rantingnya .
12) Bunga kerak nasi - minum air yang direndam dengan daun bunganya.(air mendidih)
13) Kiambiang/kambiang - Seluruh bahagian pokok direbus. Minum airnya.
14) Laki pukul bini/Bru landak/botan/bunga waktu besar/mati laki mati bini - air rebusan dan bunganya boleh
membantu mengurangkan sakit semasa buang air kecil dan tidak boleh buang air kecil
15) Mawar/ros - buahnya direbus atau diremdam dalam air mendidih dan kemudian diminum.
16) Misai kucing/kumis kucing - Rebus daunnya yang muda atau masukkan daunnya kedalam air yang
mendidih. Minum airnya.
17) Pokok Mondo - Minum air rebusan ubinya.
18) Bunga ramat emas - minum air rebusan daunnya.
19) Seri pagar jalar - Bunga, daun, serta rantingnya direbus. Minum airnya.
20) Setawar/Setawar padang/sedingin/kerencong/Raja bangun/tumbuh daun - minum air rebusan daunnya
21) Setawar kampung/Sedingin/Cakar bebek/cakar itik/Tapak itik - cecair yang diperah daripada daun boleh
merawat baru karang
22) Siku keluang - air ebusan daunnya diminum untuk menyingkir batu karang/KTL
23) Tasbih/daun tasbih/pisang tasbih /pisang sebiak/sebih/sigi-sigi - minum air rebusan rizomnya.
24) ubi garut/ubi sakut/berolu/sagu belanda - minum air rebusan ubinya
25) Ubi gereda - minum air rebusan rizomnya
26) Tinjal tasik/timba tasik/Tambun tasik/lampin budak/mata kesang- minum air dari daunnya yang direbus
atau pun direndam di dalam air mendidih
Subscribe to:
Posts (Atom)