Friday, August 20, 2010

Petua nak jimat wang!

Duit-duit-duit! Tak pernah cukup. Kerana nafsu manusia tidak pernah terhad. Tapi wang terhad, kecuali bagi sekumpulan manusia yang bijak mencari wang. Yang bergantung dengan gaji bulan tu kena pandai jimat-jimat jika tidak 20 haribulan sudah kering! Mengapa perlu jimat?
1) Harga barang yang naik tak menentu
2) Simpanan masa depan
3) Bayaran kepada institusi berkala serta bil-bil yang berduyun2 datang
4) Melunas bil-bil yang tidak dijangka seperti bil hospital, kemalangan dll.
Di sini ada sedikit tip yang saya petik dari internet. Entah berguna entah tidak. Tapi tak rugi baca.
  1. Jangan terpengaruh dengan iklan TV. Tukar stesen tv bila iklan muncul. Mudah. Usah beli kerana brand/jenama tapi cari kualiti. Cuba elak tonton filem di shopping mall. Banyak sangat godaan
  2. Kuasai peraturan-30 hari : Tunggu 30 hari baru beli. Biasanya bila dah sampai 20 hari dah terlupa barang yang ingin dibeli. Bagitu jua bila shopping bersama isteri (shopping ration) saban bulan, cuba amal peraturan 10 saat. Sambil tolak shopping cart tu, fikir 10 saat sebelum mencapai benda tu, tapi jangan berhenti. Untung-untung dah sampai kat kaunter bayaran. Dah tak perlu beli lagi.
  3. Buat senarai belian dan sentiasa patuh kepada senarai tu. ( Kalau ternampak barang yang hendak dibeli semasa menolak shopping cart tu, apply peraturan 30 hari). Baru selamat. Jangan sesekali beli barang yang tiada dalam senarai belian. Baru boleh jimat.
  4. Masak di rumah. Jimat lagi. Jimat kos minuman. Kadang-kadang kos minuman setaraf dengan kos makanan. (Tu tak kira lagi kos parking dan petrol Ron 97).Cuba kaji. Tak pandai masak? Jangan bimbang . Google saja. Nak lauk apa pun boleh. Cuma sedap atau tidak saja. Yang penting jimat.
  5. Lebihkan luang banyak masa bersama anak-anak, menjimatkan wang. Kerja rumah menjadi ringan. Anak lebih terkawal. Boleh kongsi masalah. Boleh main game atau TV game dengan anak.
  6. Kurangkan belanja membeli di super. Mini market dekat rumah dah cukup untuk menampung keperluan sebulan. Kurangkan membeli minuman bergas. Minum saja air bertapis . lebih sihat dan jimat.
  7. Urus bil-bil utiliti: Tutup lampu dan kipas bila  keluar bilik. Tukar lampu yang menjimat tenaga. Yang lebih rendah kuasa. Setereka pakaian 2 kali seminggu!Masak air di dapur. Tak usah pakai cerek letrik. Kecuali kecemasan, bila tetamu bertandang tiba-tiba. Guna thermos yang besar. Tak payah masak air banyak kali.. Jika guna air con, pakai timer untuk 3-4 jam. cukup. Dah sejuk. Guna mesin basuh secara terancang.  Pakai muatan penuh bukan separuh-separuh. Jimat letrik dan air.
  8. Tugas yang bole h dibuat sendiri. Basuh kereta sendiri! Jimat RM3-10. otong rumput sendiri. Cuci rumah sendiri, tak payah pakai pembantu harian. Badan sihat pula tu. Apa salahnya jaga anak sendiri di rumah di hujung minggu. Boleh jimat. tak perlu hantar ke rumah pengasuh.
  9. Pilih pakej termurah untuk internet atau astro. Jimat. Tak perlu jadi ahli banyak kelab. Kurangkan kos ke spas. Gilir-gilir urut. Suami dan isteri. Jimat banyak tu.
  10. Jaga kesihatan:  Buat senaman ringan setiap hari. Jimat bil doktor. Badan sihat, hati senang, tiada rungsing pasal wang. Jangan lupa ambil sarapan, walau sibuk macam mana pun kerana ia murah dan dapat mengurangkan makan masa break.
  11. Jangan pandu laju: memandu pada kelajuan yang dibenarkan menjimatkan petrol, jimat kompaun lebih had laju, dan kurangkan risiko kemalangan.
  12. Bagi wanita: Kurangkan prodeuk kecantikan. Tak semua yang perlu. Tak perlu beli selalu kosmetik yang berjenama. Yang lebih murah kekadang lebih berkesan dan selamat.

Wednesday, August 11, 2010

Rawatan Semula Jadi BPH

Menurut  dapatan Institut Diabetes, Pencernaan dan Penyakit Buah Pinggang  kebangsaan Amerika Syarikat, prostat  yang membesar adalah masalah paling biasa dialami oleh lelaki yang berusia 50 tahun ke atas. Nama lain untuk prostat yang membesar ialah hyperplasia prostatik benigna (BPH).
Apabila prostat membesar, lapisan tisu di bahagian luar kelenjar prostat akan menghalang ia daripada terus berkembang  sehingga menghimpit saluran kencing. Ini kerana kelenjar prostat mengelilingi salur kencing dan  pembesaran prostat akan memberi kesan pada saluran kencing. Dinding  oundi kencing mula menebal dan pundi kencing menjadi lebih sensitif menyebabkan ia akan mula mengecut walau pun hanya mengandungi  sejumlah kecil air kencing di dalamnya,
Lama-kelamaan pundi kencing akan menjadi lemah san hilang keupayaan untuk mengosongkan pundi kencing sepenuhnya.Penyempitan salur kencing dan pengosongan sebahagian pundi kencing akan menyebabkan pelbagai masalah yang dikaitkan dengan BPH.
Pilihan rawatan semulajadi:
Terapi air - mandian stitz,
Mandian stitz adalah bentuk  terapi air, mungkin bermanfaat untuk melegakan simptom BPH. Mandian stitz merehatkan otot-otot licin dalam kelenjar prostat, meredakan pengecutan pada salur kencing san pangkal salur kencing sekali gus meningkatkan aliran darah ke bahagian pelvik.
Prosedur ini amat murah dan hanya mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja bagi memberikan hasil yang memberansangkan dalam masa beberapa hari. Apa yang anda perlukan ialah:
  • 2 takungan besar yang muat untuk anda duduk di dalamnya
  • Garam epsom (magnesium sulfat) - boleh didapati  di kebanyakan farmasi
  • Jangka suhu yang boleh direndah di dalam air
  • Jam- untuk melihat minit.
Prosedur Mandian Stitz Untuk Prostat
Tujuan mandian  Stitz  adalah untuk memberikan peribahan suhu secara berselangseli ke bahagian prostat. Proses  pem,anasan dan penyejukan, digabungkan dengan kesan  yang jelas kepada saluran kecil yang Cterdapat dalam prostat yang membesar.
  • Isikan satu takungan air panas. Gunakan air yang bersuhu sekurang-kurangnya 50Celsius.
  • Campurkan 2 atau 3 sudu garam epsom ke dalam takungan air tersebut.
  • Isikan takungan kedua dengan air yang sejuk
  • Mulakan dengan meletakkan takungan air panas di atas mangkuk tandas dan duduk di dalamnya. Bongkok ke depa dan depangkan kaki  sedikit agar bahagian punggung dan prostat dapat terendam sepenuhnya.
  • Gerakkan air panas tersebut  dengan menggerakkan bahagian bawah badan ke depan dan ke belakang secara perlahan-lahan. tambah air panas jika perlu untuk mengekalkan suhu air.
  • Duduk di dalamnya selama kira-kira 6 minit.
  • Tukarkan air panas tersebut dengan air sejuk dengan menukarkan takungan. Duduk selama selama 1 minit dalam takungan air sejuk kemudian ulang semula proses ini dengan air panas dan air sejuk tiga kali. Tambah lagi air panas ke dalam takungan air panas jika suhu menurun terlalu banyak.
dipetik dari  Mingguan Malaysia, Pancaindera, Ahad, 8  Ogos 2010

Daun Capa

Sebut daun capa, suri-suri rumah di sebelah utara tentulah lebih arif tentang kelebihannya, apa lagi mereka yang tinggal dikampung-kampung( Secara kebetulannya ada sebuah kampung bernama Kampung pulau Capa dalam daerah Kubang Pasu, kedah). Di sebelah Selatan  ia lebih dikenali sebagai daun sembung. Disebut juga telinga kerbau. Nama saintifiknya pula ialah  Blumea Balsamifera, Daunnya agak tebal, berbulu  dan lebar, sebesar 7-15 cm. bergantung kepada kesuburan pokok capa tersebut.Jika digosok baunya seakan-akan kapur barus
Disamping itu pokok capa ini ada yang berdaun merah dan  yang satu lagi berdaun putih.
Apakah kegunaannya?  Air tapisan daun capa  boleh diminum untuk melegakan demam dan batuk. Bukan setakat itu sahaja, ia boleh membantu  membuang angin, menghilangkan senak serta sakit perut dan boleh juga merwat batu karang dan darah tinggi.
Daun capa ini boleh dikeringkan dijadikan seperti  daun teh (tak perlu direbus lagi). Bagi mereka yang sering sakit kepala serta sakit sendi, ambil daun capa yang telah dikisar atau ditumbuk, sapu di dahi dan kawasan sendi-sendi yang selalu sakit. Penyakit kulit seperti panau boleh dirawat dengan menggosok daun capa berulang kali .  Bagi wanita pula, memang daun ini diantara daun yang amat penting digunakan oleh bidan-bidan kampung untuk mandian ibu bersalin dan juga sebagai salah satu daun yang sering digunakan untuk membakar tungku. Daun capa yang ditumbuk bersama sedikit minyak boleh digunakan sebagai rawatan sakit dada.

Wednesday, June 16, 2010

Petua Pantang Larang Penyakit Batu Karang

 Di sebelah Utara kalau kena `kidney stones' dan lain-lain batu kerap 
disebut sebagai kena batu karang. Siapa yang pernah kena tentu 
mempunyai banyak cerita yang terlalu menarik, terutamanya dari 
segi kesakitannya. Aduh. memang sakit yang amat sangat..
(Saya pernah menderita kerananya_ pembedahan melalui saluran
kencing di Pantai Hospital, Sg petani. Tapi tak sampai 6 bulan  
kena lagi. Saya sempat berubat dengan seorang dukun, Ustaz Jamil
di Kampong Gangsa, Dirian Tunggal Melaka. Alhamdulillah! Tiga biji
batu berjaya dikeluarkan dalam tempoh tak sampai lima minit).
       Memang banyak pantang bila dah kena batu karang ni. Tak 
pantang pun tak apa kalau mau sikit lagi. Segala makanan serta minuman
yang sedap-sedap dah tak boleh dijamah lagi. Senarai berikut boleh 
dijadikan panduan:


Minuman :  Tidak boleh minum      :   Kopi, teh, milo, koko
                  Boleh minum/amalkan  :  Air barli, air masak, air buah-buahan
                                                        Seelok-eloknya  3 liter setiap hari.
                                                        Minum segelas seawal sebelum subuh, 
                                                        sebelum gosok gigi.

Makanan :  Tak boleh makan       -   semua jenis sayuran  sejuk seperti
                                                        taugeh, kubis, kangkung, bayam, 
                                                        kacang panjang, tomato.
                                                        Belacan, cencaluk, budu, ikan pekasam,
                                                        udang, ikan kering/masin, 
                                                        sotong,lobak merah, strawberi,  kerang, 
                                                        ketam, pulut  (termasuklah  
                                                        semua jenis kuih yang diperbuat   drpd pulut).
                                                        Daging serta  ayam 
                                                        boleh  dimakan tetapi dalam kuantiti 
                                                        yang sedikit saja.  Kurangkan 
                                                        pengambilan gula dan garam.  Cuba kurangkan 
                                                        mengambil makanan 
                                                        dari  sumber protein haiwan   Elakkan atau 
                                                        hentikan terus memakan 
                                                        buah-buahan  jeruk.
                                                        Jauhi amalan kencing berdiri.






Tuesday, May 11, 2010

SILAP MASAK MEE SEGERA TU

Di Malaysia ni siapa yang tak kenal mee magee. Satu jenama yang menjadi ikon kepada mee mee ramen atau mee segera yang pada awalnya dicipta oleh seorang Jepuni. Kecil, besar, tua, muda semua sudah pasti pernah makan sebungkus mee segera. Yang malas masak, yang tak sempat masak yang nak jimat wang, yang tak cukup wang pasti mee segera jawapannya.

Ok. Tapi memasak mee yang kita dok amal tu betulkah.Selamatkah. Kalau dilihat pada iklan di kaca TV memang mudah , tentu selamat. Belum tentu! Pada kebiasaannya kita memasak mee segera cukup mudah. Masak air sampai mendidih.Ambil gunting, potong, keluarkan mee, Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air panas. Gunting bungkusan serbuk perasa atau supnya.Tuang ke dalam mangkuk tadi. Tunggu 3 atau 4 minit. Balik-balikkan beberapa kali untuk meratakan serbuk perasa.Makan. Kenyang!
Itu cara lama. Dan mengikut kajian para pengkaji makanan, tidak betul. Tidak berfaedah kata mereka. Malah memudratkan pula kepada tubuh badan kita. Mengapa begitu?Ini dia jawapannya.
Memasak mee begini khabarnya akan menukarkan struktur molekul MSG atau Aji no moto (memang tidak dapat dielakkan lagilah) dan menyebabkannya menjadi toksik! Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa mee segera ni sebenarnya disaluti lapisan luarnya dengan lilin semasa pemprosesan di kilang. Dan khabarnya kesan lilin ini memerlukan 4-5 hari barulah ia boleh disingkirkan melalui sistem perkumuhan badan kita. Lamakan!

Cara memasak yang betul:

1. Rebus terlebih dahulu mee segera tu dengan air panas
2. Bila mee masak, keluarkan mee dan sejatkan air. Tuang/buang air rebusan mee tu. (mengandungi lilin).
3. Rebus sekali air hingga mendidih.. Masukkan mee. Tutup api. Pada ketika inilah kita memasukkan perencah sup dan lain-lain bahan penyedap. Lepas tu barulah boleh makan. Susah dan lambat jugak nu. Kalau nak mee tu sedikit kering, atau tidak basah, keluarkan mee tersebut, taburkan perencah sup, kacau rata-rata dan makan. Kalau nak kering lagi, tos mee tu terlebih dahulu.

Sunday, May 9, 2010

ANTOSIANIN UNTUK MATA

Tanpa mengira usia , kesihatan mata perlu dijaga kerana semua dari kita amat memerlukan khidmatnya seumur hidup kita. Bilberi banyak dicadangkan untuk kesihatan mata kerana kandungan antosianinnya yang tinggi.
Kepentingannya kepada mata adalah kerana kebolehannya dalam merangsang peredaran darah dan oksigen yang lebih baik ke mata sangat diperlukan untuk mata yang sihat. Keadaan ini juga memberi kesan dalam melegakan simptom-simptom keletihan dan ketidakselesaan mata. Dengan sebab itulah mereka yang sering mengalami keletihan yang mungkin berpunca daripada penggunaan komputer atau sebarang kerja yang memerlukan penumpuan mata kan memperolehi manfaat daripada pengambilan ekstrak bilberi.
Antosianin merupakan pigmen berwarna merah ungu yang boleh dijumpai dalmtisu-tisu tumbuhan seperti daun, bunga atau buah. Selain memperbaiki penghantaran oksigen dan darah ke mata, ekstrak bilberri banyak disarankan atau kesihatan mata sifat antioksidannya. Antosianin juga melindungi sel endothelial pada membran daripada menjadi tegar dan menjadikan kapilari lebih fleksibel.
Ekstrak bilberi juga dapat mempercepatkan pemulihan rosopsin. (Rodopsin ialah pigmen peka cahaya yang terdapat pada rod retina). Justeru , pengambil supplemen ini membantu penglihatanwaktu siang dan malam. Untuk kesan terbaik, ambillah bilberi dengan kombinasi herba seperti eyebright, lycium dan lutein.
Kesemua makanan ini berfaedah untuk mata kerana mengandungi mineral dan nutrien.
Retina mudah terdedah kepada tekanan oksidatif kerana penggunaan oksigen yang tinggi, nisbah asid lemak poli tak tepu berantai panjang yang tinggi serta terdedah kepada cahaya.
Ambillak makanan yang mengandungi nutrien radikal bebas seperti beta karotena, vitamin A, C, E serta zink dan selenium untuk melindungi mata daripada radikal bebas. Vitamin dan nutrien ini tentunya sesuai untuk kesihatan mata , apatah lagi di kalangan golongan berusia.
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar adalah perlu untuk membekalkan vitamin dan mineral bagi mengekalkan struktur sel mata. Lobak merah, bayam, sayuran hijau serta buah-buahan dan sayur-sayuran perlbagai warna dapat membekalkan pigmenkarotenoid untuk kesihatan mata serta menutralkan radikal bebas.

Meringankan Simptom Kencing tak lawas

Risiko pertambahan saiz kelenjar prostat seringkali meningkat sejajar dengan usia seorang lelaki .
Pertambahan saiz kelejar ini seringkali menimbulkan petanda seperti kencing tak lawas. apayangpenting seseorang perlu membuat pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca yang sebenar.
Pembesaran saiz prostat yang bukan bersifat kanser ini banyak dikaitkan dengan perubahan hormon. Biasanya saiz prostat adalah sebesar saiz kacang walnut, namjn pembesarannya membesar apabila apabila selepas melewati usia 40an.
Pembesar saiz kelenjar ini boleh menjerut atau menyempitkan salur bagialiran air kencing, dengan itu ia memberi kesan kepada proses pembuangan air kencing. Keseriusan masalah kencing ni juga berbeza dan ia boleh dipengaruhi oleh tahap pembesaran.
Sekiranya ia didapati oleh sebab pembesaran kelenjar prostat tau dikenali sebagai benign prostatic hyperplasia (BPH) anda boleh supplemen herba tersebut. Herba tersebut, saw palmetto merupakan herba yang paling popular digunakan untuk melegakan simptom-simptom yang berkaitan dengan dengan pembesaran prostat. Saw palmetto mengandungi fitosperol dan banyak digunakan sebagai herga tradisi untuk meringankan simptom-aimptom kencing tak lawas.
Baji labu pula digunakan oleh ahli herba dan ahli naturopati untuk merawat masalah prostat. Manfaat herba ini adalah dikaitkan dengan kandungan asid-asid lemak perlu, zink dan sterol tumbuhannya.
(dipetikdari Majalah pancaindera)