Sunday, May 9, 2010

ANTOSIANIN UNTUK MATA

Tanpa mengira usia , kesihatan mata perlu dijaga kerana semua dari kita amat memerlukan khidmatnya seumur hidup kita. Bilberi banyak dicadangkan untuk kesihatan mata kerana kandungan antosianinnya yang tinggi.
Kepentingannya kepada mata adalah kerana kebolehannya dalam merangsang peredaran darah dan oksigen yang lebih baik ke mata sangat diperlukan untuk mata yang sihat. Keadaan ini juga memberi kesan dalam melegakan simptom-simptom keletihan dan ketidakselesaan mata. Dengan sebab itulah mereka yang sering mengalami keletihan yang mungkin berpunca daripada penggunaan komputer atau sebarang kerja yang memerlukan penumpuan mata kan memperolehi manfaat daripada pengambilan ekstrak bilberi.
Antosianin merupakan pigmen berwarna merah ungu yang boleh dijumpai dalmtisu-tisu tumbuhan seperti daun, bunga atau buah. Selain memperbaiki penghantaran oksigen dan darah ke mata, ekstrak bilberri banyak disarankan atau kesihatan mata sifat antioksidannya. Antosianin juga melindungi sel endothelial pada membran daripada menjadi tegar dan menjadikan kapilari lebih fleksibel.
Ekstrak bilberi juga dapat mempercepatkan pemulihan rosopsin. (Rodopsin ialah pigmen peka cahaya yang terdapat pada rod retina). Justeru , pengambil supplemen ini membantu penglihatanwaktu siang dan malam. Untuk kesan terbaik, ambillah bilberi dengan kombinasi herba seperti eyebright, lycium dan lutein.
Kesemua makanan ini berfaedah untuk mata kerana mengandungi mineral dan nutrien.
Retina mudah terdedah kepada tekanan oksidatif kerana penggunaan oksigen yang tinggi, nisbah asid lemak poli tak tepu berantai panjang yang tinggi serta terdedah kepada cahaya.
Ambillak makanan yang mengandungi nutrien radikal bebas seperti beta karotena, vitamin A, C, E serta zink dan selenium untuk melindungi mata daripada radikal bebas. Vitamin dan nutrien ini tentunya sesuai untuk kesihatan mata , apatah lagi di kalangan golongan berusia.
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar adalah perlu untuk membekalkan vitamin dan mineral bagi mengekalkan struktur sel mata. Lobak merah, bayam, sayuran hijau serta buah-buahan dan sayur-sayuran perlbagai warna dapat membekalkan pigmenkarotenoid untuk kesihatan mata serta menutralkan radikal bebas.

No comments:

Post a Comment