Saturday, March 21, 2009

Buah Manggis

Sekarang ni tentu ramai budak-budak sekolah dah tak kenal buah manggis. Yang besar-besar tu pun dah tak lalu nak makan. Agaknya manggis dah jadi buah NADIR. Buah nya pun bagi sesetengah orang bukan sedap pun apatah lagi kalau dibesarkan di bandar-bandar. Pokok manggis pun dah tak kenal macam mana.
Tiba-tiba buah manggis disebut-sebut pula. Apa pasal. Tak lain tak bukan, pasal khasiat perubatannya. Kononnya buah manggis mengandungi banyak antioksidan atau lebih dikenali sebagai xanton. Dah sekarang ni orang sibuk pula menanam semula pokok manggis. Dah jadi ubat kanser! Kononnya xanton kini dianggap sebagai sebagai sebahagian daripada super antioksidan yang paling mujarab! Selain dari xanton bahan -bahan lain yang terdapat dalam buah manggis ialah cathechins dan polyphenois, polisakinada (antibakteria/antikulat, vitamin C, zat besi, niasin, protin, Vitamin B1 dan B2, dan serat! Hebatkan. Berikut ialah di antara khasiat-khasiat buah manggis.
1) kanser/tumor
2) kencing manis
3) darah tinggi
4) jantung/saluran darah
5) gout/athritis
6) sakit sendi /sengal badan
7) migrin, sakit kepala
8) strok/penyakit parkinson
9) masalah saraf
10)nyanyuk (alzheimer)
11)sembelit/cirit birit/buasir
12)gastrik
13)menurunkan kadar kolestrol
14)asma/lelah/penat/semput
15)stress
16)mencantik serta melicinkan kulit
17)mengawal hiv
18)masalah senggugut/PMS
19)kulit bermasalah/alahan/jerawat
20)menopaus, ketidakseimbangan hormon
21)alergi makanan laut/resdung
22)susah hendak tidur/insomnia
23)buah pinggang
24)jangkitan pundi-pundi kencing
25)penyakit gusi/demam
26)masalah tidur/kelesuan
27)jangkitan virus/parasit/bakteria

Pokok ajaib Malaysia! Yalah , dulu, kalau dah tak larat nak makan, ibu-ibu dikampung buat jem. M A N G O S T E E N!

Friday, March 20, 2009

POKOK AJAIB

Nama pun ajaib! Kalau dilihat pokoknya tidak nampak tanda-tanda ajaib pun. Namun begitu pokok ajaib ni atau pun disebut jua beri ajaib sebenarnya bukan berasal di bumi kita,malahan jauh sekali nun di benua Afrika, Afrika Barat. ( Lebih khusus lagi Ghana serta Nigeria. Pokoknya sekali pandang seperti pokok samak ( di sebelah utara, daunnya dibuat ulam laksa, perencah kuah laksa), tapi taklah tinggi sangat, mungkin tidak melebihi 20 kaki ketinggiannya. Di negara asalnya dikenali sebagai taami, asaa. leolidi. Di negara Barat ia semakin popular sekarang, di US orang sebut pokok miracle berry, magic berry, flavor berry. Nama botaninya pula ialah synsepalum dulcifucum.
Daun pokok ajaib ni berbentuk lonjong,tidak besar, berwarna hijau tua. Buahnya apabila masak bertukar menjadi warna merah. Sebenarnya khasiat buah ini pernah dikaji dalam tahun 1725 oleh seorang ahli sains Perancis bernama Chevalier des Marchais .
Yang ajaibnya ialah selepas kita makan buah ajaib ni , buah-buah lain yang masam terasa manis sehingga 1-2 jam. Dipercayai rasa manis berpunca dari sejenis bakan kimia yang terdapat dalam buahnya yang dikenali sebagai miraculin.
Apakah khasiatnya?
buahnya: jika dimakan sebiji sehari boleh mengurangkan kesan-kesan ketuaan, menghilangkan keletihan, membunuh sel-sel leukemia.
daunya: jika dimakan sehelai sehari, dapat mengurangkan berat badan serta kolestrol.Jika sakit gigi, ambil dua /tiga helai daunnya,kunyah. pasti sakit gigi berkurangan. Daun ini juga membantu meredakan luka dalam usus/ulcer. Daun yang direbus jika diminumbolehmembantu menyembuh kencing manis, darah tinggi, kesan gigitan serangga, penyakit gatal kulit, resdung, jerawat, jeragat, ulser perut dan buasir.
Selain itu, dipercayai produk pokokajaib ini boleh membantu melega kencing manis, kesan darah tinggi serta kolestrol tinggi.