Friday, March 20, 2009

POKOK AJAIB

Nama pun ajaib! Kalau dilihat pokoknya tidak nampak tanda-tanda ajaib pun. Namun begitu pokok ajaib ni atau pun disebut jua beri ajaib sebenarnya bukan berasal di bumi kita,malahan jauh sekali nun di benua Afrika, Afrika Barat. ( Lebih khusus lagi Ghana serta Nigeria. Pokoknya sekali pandang seperti pokok samak ( di sebelah utara, daunnya dibuat ulam laksa, perencah kuah laksa), tapi taklah tinggi sangat, mungkin tidak melebihi 20 kaki ketinggiannya. Di negara asalnya dikenali sebagai taami, asaa. leolidi. Di negara Barat ia semakin popular sekarang, di US orang sebut pokok miracle berry, magic berry, flavor berry. Nama botaninya pula ialah synsepalum dulcifucum.
Daun pokok ajaib ni berbentuk lonjong,tidak besar, berwarna hijau tua. Buahnya apabila masak bertukar menjadi warna merah. Sebenarnya khasiat buah ini pernah dikaji dalam tahun 1725 oleh seorang ahli sains Perancis bernama Chevalier des Marchais .
Yang ajaibnya ialah selepas kita makan buah ajaib ni , buah-buah lain yang masam terasa manis sehingga 1-2 jam. Dipercayai rasa manis berpunca dari sejenis bakan kimia yang terdapat dalam buahnya yang dikenali sebagai miraculin.
Apakah khasiatnya?
buahnya: jika dimakan sebiji sehari boleh mengurangkan kesan-kesan ketuaan, menghilangkan keletihan, membunuh sel-sel leukemia.
daunya: jika dimakan sehelai sehari, dapat mengurangkan berat badan serta kolestrol.Jika sakit gigi, ambil dua /tiga helai daunnya,kunyah. pasti sakit gigi berkurangan. Daun ini juga membantu meredakan luka dalam usus/ulcer. Daun yang direbus jika diminumbolehmembantu menyembuh kencing manis, darah tinggi, kesan gigitan serangga, penyakit gatal kulit, resdung, jerawat, jeragat, ulser perut dan buasir.
Selain itu, dipercayai produk pokokajaib ini boleh membantu melega kencing manis, kesan darah tinggi serta kolestrol tinggi.

No comments:

Post a Comment