Wednesday, August 11, 2010

Rawatan Semula Jadi BPH

Menurut  dapatan Institut Diabetes, Pencernaan dan Penyakit Buah Pinggang  kebangsaan Amerika Syarikat, prostat  yang membesar adalah masalah paling biasa dialami oleh lelaki yang berusia 50 tahun ke atas. Nama lain untuk prostat yang membesar ialah hyperplasia prostatik benigna (BPH).
Apabila prostat membesar, lapisan tisu di bahagian luar kelenjar prostat akan menghalang ia daripada terus berkembang  sehingga menghimpit saluran kencing. Ini kerana kelenjar prostat mengelilingi salur kencing dan  pembesaran prostat akan memberi kesan pada saluran kencing. Dinding  oundi kencing mula menebal dan pundi kencing menjadi lebih sensitif menyebabkan ia akan mula mengecut walau pun hanya mengandungi  sejumlah kecil air kencing di dalamnya,
Lama-kelamaan pundi kencing akan menjadi lemah san hilang keupayaan untuk mengosongkan pundi kencing sepenuhnya.Penyempitan salur kencing dan pengosongan sebahagian pundi kencing akan menyebabkan pelbagai masalah yang dikaitkan dengan BPH.
Pilihan rawatan semulajadi:
Terapi air - mandian stitz,
Mandian stitz adalah bentuk  terapi air, mungkin bermanfaat untuk melegakan simptom BPH. Mandian stitz merehatkan otot-otot licin dalam kelenjar prostat, meredakan pengecutan pada salur kencing san pangkal salur kencing sekali gus meningkatkan aliran darah ke bahagian pelvik.
Prosedur ini amat murah dan hanya mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja bagi memberikan hasil yang memberansangkan dalam masa beberapa hari. Apa yang anda perlukan ialah:
  • 2 takungan besar yang muat untuk anda duduk di dalamnya
  • Garam epsom (magnesium sulfat) - boleh didapati  di kebanyakan farmasi
  • Jangka suhu yang boleh direndah di dalam air
  • Jam- untuk melihat minit.
Prosedur Mandian Stitz Untuk Prostat
Tujuan mandian  Stitz  adalah untuk memberikan peribahan suhu secara berselangseli ke bahagian prostat. Proses  pem,anasan dan penyejukan, digabungkan dengan kesan  yang jelas kepada saluran kecil yang Cterdapat dalam prostat yang membesar.
  • Isikan satu takungan air panas. Gunakan air yang bersuhu sekurang-kurangnya 50Celsius.
  • Campurkan 2 atau 3 sudu garam epsom ke dalam takungan air tersebut.
  • Isikan takungan kedua dengan air yang sejuk
  • Mulakan dengan meletakkan takungan air panas di atas mangkuk tandas dan duduk di dalamnya. Bongkok ke depa dan depangkan kaki  sedikit agar bahagian punggung dan prostat dapat terendam sepenuhnya.
  • Gerakkan air panas tersebut  dengan menggerakkan bahagian bawah badan ke depan dan ke belakang secara perlahan-lahan. tambah air panas jika perlu untuk mengekalkan suhu air.
  • Duduk di dalamnya selama kira-kira 6 minit.
  • Tukarkan air panas tersebut dengan air sejuk dengan menukarkan takungan. Duduk selama selama 1 minit dalam takungan air sejuk kemudian ulang semula proses ini dengan air panas dan air sejuk tiga kali. Tambah lagi air panas ke dalam takungan air panas jika suhu menurun terlalu banyak.
dipetik dari  Mingguan Malaysia, Pancaindera, Ahad, 8  Ogos 2010

Daun Capa

Sebut daun capa, suri-suri rumah di sebelah utara tentulah lebih arif tentang kelebihannya, apa lagi mereka yang tinggal dikampung-kampung( Secara kebetulannya ada sebuah kampung bernama Kampung pulau Capa dalam daerah Kubang Pasu, kedah). Di sebelah Selatan  ia lebih dikenali sebagai daun sembung. Disebut juga telinga kerbau. Nama saintifiknya pula ialah  Blumea Balsamifera, Daunnya agak tebal, berbulu  dan lebar, sebesar 7-15 cm. bergantung kepada kesuburan pokok capa tersebut.Jika digosok baunya seakan-akan kapur barus
Disamping itu pokok capa ini ada yang berdaun merah dan  yang satu lagi berdaun putih.
Apakah kegunaannya?  Air tapisan daun capa  boleh diminum untuk melegakan demam dan batuk. Bukan setakat itu sahaja, ia boleh membantu  membuang angin, menghilangkan senak serta sakit perut dan boleh juga merwat batu karang dan darah tinggi.
Daun capa ini boleh dikeringkan dijadikan seperti  daun teh (tak perlu direbus lagi). Bagi mereka yang sering sakit kepala serta sakit sendi, ambil daun capa yang telah dikisar atau ditumbuk, sapu di dahi dan kawasan sendi-sendi yang selalu sakit. Penyakit kulit seperti panau boleh dirawat dengan menggosok daun capa berulang kali .  Bagi wanita pula, memang daun ini diantara daun yang amat penting digunakan oleh bidan-bidan kampung untuk mandian ibu bersalin dan juga sebagai salah satu daun yang sering digunakan untuk membakar tungku. Daun capa yang ditumbuk bersama sedikit minyak boleh digunakan sebagai rawatan sakit dada.