Wednesday, August 11, 2010

Daun Capa

Sebut daun capa, suri-suri rumah di sebelah utara tentulah lebih arif tentang kelebihannya, apa lagi mereka yang tinggal dikampung-kampung( Secara kebetulannya ada sebuah kampung bernama Kampung pulau Capa dalam daerah Kubang Pasu, kedah). Di sebelah Selatan  ia lebih dikenali sebagai daun sembung. Disebut juga telinga kerbau. Nama saintifiknya pula ialah  Blumea Balsamifera, Daunnya agak tebal, berbulu  dan lebar, sebesar 7-15 cm. bergantung kepada kesuburan pokok capa tersebut.Jika digosok baunya seakan-akan kapur barus
Disamping itu pokok capa ini ada yang berdaun merah dan  yang satu lagi berdaun putih.
Apakah kegunaannya?  Air tapisan daun capa  boleh diminum untuk melegakan demam dan batuk. Bukan setakat itu sahaja, ia boleh membantu  membuang angin, menghilangkan senak serta sakit perut dan boleh juga merwat batu karang dan darah tinggi.
Daun capa ini boleh dikeringkan dijadikan seperti  daun teh (tak perlu direbus lagi). Bagi mereka yang sering sakit kepala serta sakit sendi, ambil daun capa yang telah dikisar atau ditumbuk, sapu di dahi dan kawasan sendi-sendi yang selalu sakit. Penyakit kulit seperti panau boleh dirawat dengan menggosok daun capa berulang kali .  Bagi wanita pula, memang daun ini diantara daun yang amat penting digunakan oleh bidan-bidan kampung untuk mandian ibu bersalin dan juga sebagai salah satu daun yang sering digunakan untuk membakar tungku. Daun capa yang ditumbuk bersama sedikit minyak boleh digunakan sebagai rawatan sakit dada.

No comments:

Post a Comment