Friday, August 20, 2010

Petua nak jimat wang!

Duit-duit-duit! Tak pernah cukup. Kerana nafsu manusia tidak pernah terhad. Tapi wang terhad, kecuali bagi sekumpulan manusia yang bijak mencari wang. Yang bergantung dengan gaji bulan tu kena pandai jimat-jimat jika tidak 20 haribulan sudah kering! Mengapa perlu jimat?
1) Harga barang yang naik tak menentu
2) Simpanan masa depan
3) Bayaran kepada institusi berkala serta bil-bil yang berduyun2 datang
4) Melunas bil-bil yang tidak dijangka seperti bil hospital, kemalangan dll.
Di sini ada sedikit tip yang saya petik dari internet. Entah berguna entah tidak. Tapi tak rugi baca.
  1. Jangan terpengaruh dengan iklan TV. Tukar stesen tv bila iklan muncul. Mudah. Usah beli kerana brand/jenama tapi cari kualiti. Cuba elak tonton filem di shopping mall. Banyak sangat godaan
  2. Kuasai peraturan-30 hari : Tunggu 30 hari baru beli. Biasanya bila dah sampai 20 hari dah terlupa barang yang ingin dibeli. Bagitu jua bila shopping bersama isteri (shopping ration) saban bulan, cuba amal peraturan 10 saat. Sambil tolak shopping cart tu, fikir 10 saat sebelum mencapai benda tu, tapi jangan berhenti. Untung-untung dah sampai kat kaunter bayaran. Dah tak perlu beli lagi.
  3. Buat senarai belian dan sentiasa patuh kepada senarai tu. ( Kalau ternampak barang yang hendak dibeli semasa menolak shopping cart tu, apply peraturan 30 hari). Baru selamat. Jangan sesekali beli barang yang tiada dalam senarai belian. Baru boleh jimat.
  4. Masak di rumah. Jimat lagi. Jimat kos minuman. Kadang-kadang kos minuman setaraf dengan kos makanan. (Tu tak kira lagi kos parking dan petrol Ron 97).Cuba kaji. Tak pandai masak? Jangan bimbang . Google saja. Nak lauk apa pun boleh. Cuma sedap atau tidak saja. Yang penting jimat.
  5. Lebihkan luang banyak masa bersama anak-anak, menjimatkan wang. Kerja rumah menjadi ringan. Anak lebih terkawal. Boleh kongsi masalah. Boleh main game atau TV game dengan anak.
  6. Kurangkan belanja membeli di super. Mini market dekat rumah dah cukup untuk menampung keperluan sebulan. Kurangkan membeli minuman bergas. Minum saja air bertapis . lebih sihat dan jimat.
  7. Urus bil-bil utiliti: Tutup lampu dan kipas bila  keluar bilik. Tukar lampu yang menjimat tenaga. Yang lebih rendah kuasa. Setereka pakaian 2 kali seminggu!Masak air di dapur. Tak usah pakai cerek letrik. Kecuali kecemasan, bila tetamu bertandang tiba-tiba. Guna thermos yang besar. Tak payah masak air banyak kali.. Jika guna air con, pakai timer untuk 3-4 jam. cukup. Dah sejuk. Guna mesin basuh secara terancang.  Pakai muatan penuh bukan separuh-separuh. Jimat letrik dan air.
  8. Tugas yang bole h dibuat sendiri. Basuh kereta sendiri! Jimat RM3-10. otong rumput sendiri. Cuci rumah sendiri, tak payah pakai pembantu harian. Badan sihat pula tu. Apa salahnya jaga anak sendiri di rumah di hujung minggu. Boleh jimat. tak perlu hantar ke rumah pengasuh.
  9. Pilih pakej termurah untuk internet atau astro. Jimat. Tak perlu jadi ahli banyak kelab. Kurangkan kos ke spas. Gilir-gilir urut. Suami dan isteri. Jimat banyak tu.
  10. Jaga kesihatan:  Buat senaman ringan setiap hari. Jimat bil doktor. Badan sihat, hati senang, tiada rungsing pasal wang. Jangan lupa ambil sarapan, walau sibuk macam mana pun kerana ia murah dan dapat mengurangkan makan masa break.
  11. Jangan pandu laju: memandu pada kelajuan yang dibenarkan menjimatkan petrol, jimat kompaun lebih had laju, dan kurangkan risiko kemalangan.
  12. Bagi wanita: Kurangkan prodeuk kecantikan. Tak semua yang perlu. Tak perlu beli selalu kosmetik yang berjenama. Yang lebih murah kekadang lebih berkesan dan selamat.

No comments:

Post a Comment