Thursday, July 9, 2009

Pelbagai Khasiat Pokok Pisang

Pisang sebenarnya pokok makanan. Apa tidaknya buah pisang bukan saja enak dimakan malah dikatakan makanan yang lengkap. Pisang muda dari jenis pisang emas memang sedap dibuat masak kuning dengan bilis.Jantungnya sedap dibuat kerabu atau ulam rebus /mentah. Umbutnya pula kalau di sebelah utara sana,khususnya daerah Baling memang lazat dikarikan bersama tulang atau daging. Daunnya pula memang tidak asing lagi bagi penggemar kuih-kuih tradisional_ seperti kuih lepat, koci, tapai, pulut udang, dan bermacam-macam lagi.
Bagaimana pula dengan khasiat perubatan? Ya. Getah pisang boleh mengubati/menyembuh luka. Caranya mudah saja: potong anak pisang, ambil getahnya dan sapukan pada bahagian badan anda yang luka. Kesannya darah akan berhenti mengalir, dan kawasan luka akan cepat kering. Kudis juga boleh diubati dengan menggunakan kulit pisang kapas. Caranya ambil kulit pisang kapas, gosokkan pada kudis. Ulangi 2 kali sehari sehingga sembuh.
Anda sembelit? Minum air pisang masak boleh melegakannya. Caranya: ambil 2 pisang lemak manis yang ranum, buang kulitnya, kisar bersama segelas air. Setelah itu minumlah pada kadar 2 kali sehari. Ulangi sehingga sembuh.

No comments:

Post a Comment