Sunday, July 5, 2009

Selsema Khinzir/Swine flu

Apakah selsema khinzir?
_ penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada khinzirdan disebabkan oleh virus
influenza A. Di kalangan khinzir, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan
secara langsung atau tidak langsung. Ia juga tersebar melalui khinzir yang
asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus selesema
khinzir)
Jenis-jenis virus selsema khinzir.
_ Virus selsemakhinzir sentiasa berubah seperti virus influenza lain. Terdapat 4
subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu:
1. H1N1 (virus yg biasa ditemui pada khinzir)
2. H1N2
3. H3N1
4. H3N2

_ Khinzir boleh dijangkiti virus Avian influenza( selsema burung), virus selsema
bermusim manusia, serta swine influenza.

_ KHinzir boleh dijangkiti lebih daripada satu virus pada satu masa. Ini menyebabkan
gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi
gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant)

_ Walau pun virus selsema Khinzir pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan
hanya menjangkiti khinzir, namun virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan
manusia

_ Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada khinzir telah dikenalpasti
sebagai virus H1N1.

Tanda dan Gejala Selsema Khinzir Pada Manusia:

* Demam kuat melebihi 38 C
* Batuk teruk, tidak berkahak pada peringkat awal.
* Sakit tekak
* Sakit-sakit badan
* Sakit kepala
* Badan berasa sejukdan lesu
* Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti selsema khinzir melalui hubungan langsung dengan khinzir atau persekitaran yang diuangkiti virus selsema khinzir. Terdapat juga kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah kepada hubungan secara langsung.

Adakah terdapat Vaksin Bagi Melindungi Manusia Daripada
Jangkitan Selsema Khinzir?

Tiada.

Tempoh masa Jangkitan Selsema
Khinzir Diantara Sesama Manusia

_ Mereka yang dijangkiti virus selsema khinzir boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset)
_ Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

Perlindungan Diri Dari Selsema Khinzir.

* Jika batukatau bersin,
a) lindungimulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan
b) buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
c) basuh tangan dengan sabun serta air bersih.

* Amalkan kebersihan diri.Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air,
terutamanya selepas anda batuk.Pembersih tangan berasaskan alkohol sangat berkesan
* Cuba elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit
* Jika anda sakit kerana selsema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang
lain bagi memastikan anda tidakmenjangkiti mereka.
* Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
* Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami
tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti
Selsema Babi.

KETAHUI SUHU BADAN YANG NORMAL

Mulut (celsius) 35.5 ke 37.5
Telinga 35.8 ke 38.0
Ketiak 34.7 ke 37.3
Rektum(dubur) 36.6 ke 38.0

TINDAKAN SEGERA YANG PERLUANDA LAKUKAN
SEKIRANYA ANDA MENGALAMI TANDA DAN GEJALA INFLUENZA

* makan ubat seperti paracetamol
* banyakkan minum air
* berehat secukupnya
* elakkan mengambil alkohol dan merokok
* jangan mengunjungi tempat awam atau majlis keramaian untuk mengelakkan jangkitan
kepada orang lain
* tutup hidung dan mulut dengan tisu atau sapu tangan bilabatukatau bersin
* maklum kepada pihak berkuasa perubatan.

AWASI TANDA-TANDA KECEMASAN YANG BOLEH MENGANCAM KANAK-KANAK

_ mengalami masalah kesukaran bernafas
_ bibir bertukar menjadi biru-kebiruan
_ tidak bermaya atau tidak boleh bergerak
_ tidakaktif, kurang bertindak balas atau sukar untuk bangun dari tidur
_ mengalami ketegangan di tengkuk
_ kelihatan keliru
_ mengalami sawan
_ tidak kencing dalamtempoh 12 jam

AWASI GEJALA YANG BOLEH MENGANCAM ORANG DEWASA

_ mengalamidemam berpanjangan melebihi 5 hari
_ sukar bernafas walau pun semasa berehat
_ bibir bertukar menjadi kebiru-biruan
_ sakit dada apabila menarik nafas
_ batuk tanpa kahak
_ walaupun rasa sudah pulih, tiba2 kembali demam dan sukar bernafas
_ kelihatan keliru
_ tidaksedarkan diri
_

No comments:

Post a Comment