Wednesday, July 15, 2009

Turmeric/Kunyit

Kunyit adalah sejenis tumbuhan yang mudah hidup di kawasan tropika. Di Malaysia, Indonesia, Thailand, India ia adalah makanan dan ubat. Dalam perubatan ayuverdik ia dinamakan sebagai 'emas hidup dari bumi'Begitulah hebatnya kunyit di kalangan masyarakat India. Kunyit amat berkesan untuk merawat atau mengurangkan kesan kesakitan serta bengkak yang disebabkan oleh arthritis. bagi masyrakat Asia yang menggemari kari, maka serbuk kunyit merupakan bahan utama untuk menyedapkan rasa kari yang tulin.
Minyak yang dihasilkan dari kunyit mengandungi sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai curcumin; bahan ini yang bersifat anti- radang membantu dipercayai bertanggungjawab mengurangkan kesan kesakitan pesakit arthhritis. Selain dari tiu curcumin juga bersifat antioxidants_ sebagai antioxidant ia dipercayai mampu menutralkan radikal bebas yang bertanggungjawab merosakkan sel-sel sihat serta 'sel membranes'. Maka dengan sebab sifat curcumin yang anti_radang serta antioxidantlah maka ramai pesakit arthritis yang kerap menggunakan tumbuhan ini sebagai perubatan alternatif mendapati ia membantu mengurangkan kesakitan serta serentak merawat penyakit ini.
Pengambilan kunyit mentah sebagai makanan serta ubat perlu dilakukan secara konsisten kerana kadar penyerapan kunyit dalam badan hanyalah satu peratus sahaja.

No comments:

Post a Comment