Friday, July 3, 2009

Bahan awet dalam makanan

Di Malaysia industri makanan masih terkawal khususnya dari segi penggunaan bahan pengawet dalam makanan. Namun begitu kita sebagai pengguna perlu peka serta tahu serba sedikit tentang jenis-jenis pengawet yang digunakan dalam makanan yang disajikan kepada kita saban hari!-
1) Asid benzoik dan benzoat _ Asid benzoikdikenali dengan nama kimianya sebagai karboksibenzena atau asid benzena karboksilik atau asid fenilfromik. Asid ni wujud secara asli dsalam tumbuhan; pokok styrax dalam bentuk damar (resin). Banyak terdapat di Asia Tenggara serta Sumatra.. Selain itu asid ni boleh juga didapati tetapi dalam jumlah yang kecil dari pokok kranberi, prun, kayu manis, bungacengkih, plum greengage,epal, dan plum Reine-clude. asid bernzoikjuga ditemui dalamkeju yang berpunca dari pencemaran daripada bahan bungkusan dan asid hipurik yang wujud secara asli dalam keju. Sebenarnya nya asid ini telah lama digunakan dalam makanan, sejak seawal tahun 1900 lagi.. Kesan sampingan asig ini jika dimakan dengan banyak boleh menyebabkan loya, sakit perut, dan juga memeri kesan alahan.
Terdapat 5 jenis atau kumpulan makanan yang boleh mengandungi asid benzoik saaja tanpa awt lain. Contohnya ialah (dalam kandungan ialah jumlah maksimum dlm mg/kg yang dibenarkan).
a) Rempah kari (350)
b) Pes ikan, belacan,cencaluk, otrakudang,, pekasam (750)
c) Cili sluri atau cili boh (750)
d) Hasil kacang soya fermentasi (1000)
e) Pekatan minumanberperisa yg memerlukan pencairan lebih 50 kali
dan penambahan gula (1000)
Hanya 2 jenis makanan yang dibenarkan mengandungi asid benzoik dan
sulfur dioksida, iaitu:
a) Sos lain (750)
b) Sos kacang soya, sos protein sayuur hidrolisis
sos protein tumbuhan hidrolisis, sos tiram
dan sos ikan (1000)

Had maksimum yang diberikan ini hanya jika asid benzoik sahaja digunakan tanpa sulfur dioksida. Jika kedua-dua digunakan amaun ini akan kurang mengikut peratusan tiap-tiap bahan awet yang digunakan tidak boleh melebihi 100%.
Hanya satu jenis makanan yang boleh mengandungi gabungan asid benzoik serta asid sorbik, iaitu marjerin dalam kadar 1000mg/kg. Has maksima inidiberikan jika asid benzoik sahaja digunakan tanpaasid sorbik. Jika gabungan kedua-dua bahan awet digunakan, amaun ini akan berkurangan mengikut peratusan yang digunakan.
Terdapat 14 kumpulan makanan yang boleh mengandungi gabungan asid benzoik,sulfur dioksida dan asid sorbik,iaitu:


Makanan Kadar maksimum(mg/kg)jika
asid benzoik shj

1. Jus buah uth diminum terus 350
2. Buah-buahan diawet yang tidak dinyatakan
selainnya dalam jadual ini 550
3. Minuman ringan untuk diminum terus
(tidak termasuk airmineral) 350
4. Sayur-sayuran kering,asin,jeruk asin kering
jeruk kering 750
5. Esen dan emulsi perisa 350
6. Buah-buahan yahng dibuat halwa kering,
(termasuk kundur,kulit dan buah pala
bersalut gula. 350
7. Jeruk buah (termasuk dalam bentuk ditoskan) 550
8. Jem,jeli buah, marmalad 450
9. Jem,jeli buah, marmalad sebagai makanan tenaga
rendah 450
10.Jus buah pekat 800
11.Minuman ringan yang memerlukan pencairan 800
12.Toping 800
13.Pulpa buah untuk pengilangan 1000
14.Pulpa buah 1000
15.Jeruk selain jeruk buah dan jeruk sayur 350

Thursday, July 2, 2009

Kondisioner makanan

Jangan terkeliru dengan hair conditioner. Tapi fungsinya taklah jauh sangat bezanya. Sebenarnya kondisioner makanan ni mengikut takrifnya ialah apa-apa bahan yang ditambahkan pada makanan bagi tujuan teknologi untuk mendapatkan makanan yang dihasratkan.Jenis -jenis kondisioner makanan adalah seperti pengemulasi dan agen antibuih, penstabil, pemekat,kanji diubahsuai dan agen penggelan, pengawal asid,pelarut, agen antikempal.Di antara beberapa fungsi kondisioner makanan:

1) Agen antibertali _ mnghalang doh roti menjadi berlendir (basi) atau bertali.
2) Agen antibuih _ mengawal atau mengurangkan pembentukan buih semasa proses memasak, fermentasi dan pembotolan
3) Agen antilekat _ menghalang makanan seoerti roti daripada melekat pada bekas pembakar
4) Agen antipemerangan _ menghalang makanan daripada berubah warna menjadi perang atau birat terutamanya dalamm buah-buahan atyau sayuran dipotong segar.
5) Agen antikempal _ menghalang makanan daripada menyerap lembapan lalu kmenjadi keras
6) Agen jasad _ memberikan 'jasad' dalam sesuatu makanan cecair seperti sup dan minuman
7) Agen pemejal _ menghalang buah-buahan atau sayuran proses daripada menjadi lembut dan menambahkan keranggupannya.
8) Agen penaik _ menjadikan tekstur makanan lebih ringan
9) Agen penimbal _ pengawal pH semasa pemprosesan makanan seperti keju dan dalam proses fermentasi supaya dapat mengoptimum pertumbuhan mikrooraganisma. Semasa proses fermentasi, asid akan terhasil dan pH akan berubah. tetapi dengan adanya agen penimbal pH ini, pH akan tetap sama.
10)Agen pengeruh _ mengeruhkan minuman supaya nampak seperti perhanan asli. bahan ini menghalang zarah halus daripada mendak
11)Agen penghalus _ Membantu memendakkan zarah halus dalam cairan supaya mudah ditapis keluar
12)Agen pengekaL LEMBAPAN _ mengekalkan lembapan makanan daripada menjadi kering supaya tetap kelihatan baik
13)Agen pengilat _ mengilatkan makanan sepertiyang dapat dilihat dalam geguli cokelat
14)Agen penjernih _ (sama seperti agern penghalus
15)Agen pengkelat _ Mengikat logam supaya tidak memangkin tindakbalas pengoksidan yangmenyebabkan minyak tengik atau perubahan warna dalam buah-buahan dan sayuran
16)Agen propelan _ gas yang digunakan untuk pembentukan buih dan sebagai penyembur makanan dalam tin bertekanan tinggi seperti whipped cream
17)Bahan alkali _ mengubah darjah alkali makanan seperti meneutralkan krim masam
18)Bahan isian _ ditambahkan supaya dapat memberikan berat atau saiz yang lebih
19)Bahan pengawal asid _ pengawal asid ialah asid (kebanyakan asid organik) yang digunakan untuk mengubah darjah kemasaman makanan
20)Bahan pengawet _ bertindak sebagai bahan awet dengan mengurangkan atau merencatkan pertumbuhan bakteria.Keadaan yang berasid menghalang pertumbuhan mikroorganisma.
21)Kondisioner doh _ untuk mendapatkan hasil doh yang kering, lebih kenyal dan senang dimesin supaya mutu yang sama diperoleh.
22)Makanan yis _ digunakan dalam fermentasi arak dan makanan bakar supaya proses fermentasi oleh yis dapat dikawal mengikut kehendak pengusaha
23)Pembantu perisa _ bahan yang membantu atau mengubahsuai sifat bahan perisa utama dalam makanan. Contohnya asidasetik dalam cuka, asid sitrik dalam minuman sitrus, asid malek dalam minuman epal, asid tartarik dalam anggur, dan asid karbonik dalam minuman ringan berkarbonat
24)Pengemulsi _ digunakan untuk menyebarkan atau mencampurkan zarah butir yang halus dari satu cecair ke dalam satu cecair yanglain, untuk mencampurkan minyak dengan air untuk menghasilkan marjerin atau cuka dengan minyak dalam sos salad (salad dressing). Pengemulsi asli terdiri dari lesitin dalam kacang soya dan telur, susu dan mentegaBahan ini berguna dalam memberikan tekstur yanglicin kepada aiskrim, memanjangkan jangka hayat halwa dipasaran dan menghalang coklat drpd menjadi putih atau bloom(mentega koko berpisah dari coklat). Dalam krim bukan susu, bahan ini berguna untuk memastikannya tersebar ke dalam minuman. Kos pengemulsi asli adalah mahal.
25)Penstabil _ digunakan untuk memastikan sesuatu campuran makanan tidak terasing contohnya dalam minuman kordial supaya tiada mendakan berlaku. "Dalam aiskrim, bahan ini menghalang pembentukan hablur ais yangf merosakkan aiskrim. Biasanya bahan ini digunakan bersama-sama bahan pengemulsi. Pemekat juga ialah penstabil kerana pemekatannya menghalang sebatian daripada terasing.
26)Pensinergi pengantioksida _ kehadiran bahan ini akan meningkatkan keberkesanan sesuatu penggantioksida untuk mengurangkan ketengikan dan perubahan warna (pemerangan)
27)Pemekat,kanji ubahsuai dan agen penggelan _ bahan ini digunakan untuk mengelokkan lagi tekstur dan konsistensi dalammakanan seperti aiskrim, puding, minuman, sos salad, yogurt, sup, makanan dan rumusan bayi dan makanan lain.
di samping itu, pemekat juga dapat membaiki kestabilan sesuatu emulsi (pembauran).Pemekat juga dapat mengawal pembentukan ais dalam aiskrim, menghalang minyak dan cukaterasing daripada sossalad dengan menyerap sebahagian air.
28)Pengeemulsi dan agen antibuih _ Kumpulan addtif yang paling banyak digunakan sebagai pengemulsi ialah monogliserida dan digliserida. Gliserida ialah ester gliserol (gliserol ialah alkohol polihidrik yang wujud secara asli untuk pembentukan lelemak) dan asid lemak yang mempunyai satu kumpulan hidroksil ataulebih dalam gliserol digantikan oleh radikalasid. Gliserida ialah komponen utama dalamlemak, minyak makanan dan tubuh manusia sebagai trigliserida. gliserida disediakan secara sintetik.

8)

Pencelup dan pigmen dalam makanan

Sedari dahulu lagi, sejak zaman berzaman, makanan mana yang tidak ada pewarna? Masuklah Tesco, Giant atau Carrefour kah, sedikit sangat makanan yang tanpa pewarna atau pigmen. Bahayakah atau selamatkah? Nanti dulu. Mari kita dapat info sedikit tentang kedua-dua item ini.
Pencelup ialah hasil organik tiruan yang larut ke dalam bahan yang digunakan. Pencelup akan bercantum secara kimia dengan bahan yang dicelup dan menjadi sebahagian bahan tersebut. Apabila dilarutkannya dalam makanan, warnanya tersebar bersama-sama makanan tersebut dan sukar dipisahkan.
Kebanyakan pigmen pula ialah bahan yang tidak larut sama ada dalam pelarut organik atau air, kecuali pigmen asli seperti klorofil. Pigmen mewarnai makanan dengan penyebaran ke dalam makanan tersebut.Pigmen tidak melekat pada makanan dann kerana itu mudah terpisah daripada makanan.
Pewarna tiruan atau pun pencelup tiruan telah tercipta secara tidak sengaja oleh ahli sains bernama Perkin pada tahun 1856 lagi. Hanya pada tahun 1900 pencelup tiruan digunakan dalam makanan. antara pencelup makanan yang terdapat di Malaysia ialah Brilliant Black PN (hitam), Brilliant blue FCF (Biru), Carmoisine (Merah), Chocolate brown HT ( Coklat), Erythrosin BS (Merah), Fast Green FCF(Hijau), Indigotine (Biru), Ponceau 4R (Merah), Sunset Yellow FCF( Merah), Tartrazina (Kuning), Allura Red AC(Merah), Quinoline Yellow(Kuning), Amaranth (Merah), Green S ( Hijau), Red 2G (Merah). Kurang pasti yang manakah telah diharamkan!
Pigmen pula terbahagi kepada 2 jenis : organik dan tak oraganik.
Pigmen organik terdiri daripada sumber haiwan (karmina), sayuran (klorofil, xantofil, litmus, flavon, karotena) dan sintetik (laka) iaitu pencelup tiruan yang dibenarkan. Pigmen tak organik pula terdiri daripada oksida logam (ferum oksida, titanium dioksida)
a) Pigmen haiwan - karmina: bahan iniialah laka/penceluip daipada pigmen kokineal yang memberikan warna merah
b) pigmen sayuran - klorofil : jenis a,b ,c, pigmen warna hijau dan merupakan porfirin yang mengandungi magnesium secara teknikalnya dianggap sebagai lilin mikrohablur, karotenoid : pigmen yang berwarna kuning dan jingga - 2 jenis iaitu karotena dan xantofil, Flavanoid: pigmen yang berwarna merah, kuning, biru, jingga dan ivori
c) Laka (pencelup tiruan - dihasilkan dengan mencantumkan pencelup tiruan dengan laka
d) Pigmen tak organik
Ferum oksida (hitam kebiruan atau kehitaman)
Titaniumdioksida- pigmen berwarna putih.
Bagaimana pula makanan yang dibenarkan mengandungi pewarna atau pencelup tiruan. Makanan tersebut ialah seperti pes, serbuk penaik, hasil susu. bahan pemanis, konfeksi, daging kilangan, hasil ikan seperti pes ikan, cencaluk, belacan, keropok, pekasam, lemak makan seperti marjerin, vanaspati, minyak masak, hasil sayuran seperti sayur kering atau dehidrat, pes tomato, supdan stok sup, hasil buah-buahan seperti buah kering, glis buah, atau halwa buah, buah berkaling, koktel, puri buah, atau pes buah, jam, marmalad dan serikaya, sos cili, sos tomato, ketchup tomato dan jeruk, minuman ringan seperti sirap bua, kordial buah, atau skuasy buah, sirap berperisa atau kordial berperisa, minumamn jus buah, minuman buah, minuman berperisa, bes minuman ringan, dan minuman botani, minuman beralkohol seperti wain koktel, vermouth atau aperitif dan arak.
Terdapat 3 jenis makanan yang boleh mengandungi bahan pewarna daripada sumber sayuran sahaja iaitu pes keju, keju sapuan, atau keju campuran, keju kub dan keju luncheon. Juga terdapat 3 jenis makanan yang boleh mengandungi bahan pewarna yang dibenarkan sebagai penggred atau pengenalan iaitu buah-buahan segar, daging segar dan ikan segar sahaja. Terdapat 16 jenis makanan yang boleh mengandungi karamel sebagai bahan pewarna iaitu gula perang muda, sos ikan, otak udang, petis atau heko, protein sayuran hidrolisis atau protein tumbuhan hidrolisis, bir, lager ale atau stout, brandi, rum, brandi buah, wiski, cuka suling, cuka, cuka sebatian, cuka buatan atau cuka tiruan, sos soya, sosprotein hidrolisis atau sos protein tambahan, cutni.

Wednesday, June 17, 2009

ECPI hf technology

Kita sering `take for granted' bila sebut tentang air minuman. Di Malaysia kita boleh dapat air di mana-mana saja, di rumah, kedai, 7-eleven, kilang, kedai kopi. Sama ada yang berperisa atau simply air mineral atau pun yang turun dari paip. Tapi yang mana lebih selamat, paling berkhasiat ? air ECPI bukan sekadar air minuman. Lebih daripada itu. Ia halus ( 0.001-0.004 mikron) atau 2500 kali ganda dari saiz sel darah merah, bersih, suci ( orang Islam yang bikin), tahap alkali ( pH 7.3-8.5), mengandungi kandungan oksigen 20% melebihi air biasa, mengandungi nano koloid, mengandungi 1732 caj tenaga ERF (125000 kali ganda berbanding saiz nano (1/1000 3.
Khabarnya air ECPI ini mempunyai banyak khasiat.Wow.Hebat. Antaranya,
a) boleh membantu mengawalgula dalam darah
b) membantu mengembalikan keseimbangan _ bertindakbalas cepat terhadap sebarang permasalahan kesihatan.
c) Cepat merangsang tenaga _ merangsang tambahan tenaga serta menghilangkan keletihan dengan cepat
d) Gangguan makhluk halus _ beri minum dan sapu kepala dengan air ECPI dan berdoa untuk kesembuhan
e) Mengeluarkan toksid _ Rokok akan berubah rasa selepas diletak di atas sebotol ECPI selama 15-20 minit.
f) Melancarkan perjalanan darah _ tapak tangan anda akan menjadi lebih kemerahan selepas beberapa minit meminum air ECPI
g) kecantikan kulit _ amalkan mencuci muka dengan air ECPI. Kulit kelihatan bertambah muda dan segar
h) Obesiti _ ECPI mampu mengatasi masalah obesiti, satu kaedah yang mudah dan selamat. Minum saja.
Lain-lain kelebihan air minuman ECPI.

> merangsang sistem imun
> bertindak sebagai pelarut/bendalir untuk membantu proses penghadaman
> meningkatkan kemampuan sel darah merah mengumpul oksigen
> memnbantu mengeluarkan sis-sisa toksid kjeluar dari badan
> bertindak melincirkan kawasan sendi dan menghindar sakit bahagian belakang dan sendi
> membina kekuatan tulang rangka
> membantu mengatasi masalah serangan jantung dan angin ahmar
> membekalkan tenaga elektrik bagi merangsang fungsi otak
> menghindar serta mengatasi sindrom kurang perhatian
> antu mengurangkan masalah stres dan kemurungan
> mampu mengatasi masalah tidur
> membantu memperbaiki tahap penglihatan
> membnantu mengatasi masalah glaucoma
> mengatasi masalah senggugut
> meningkatkan kemampuna tubuh menghasilkan hormon seks dan mengatasi masalah lemah syahwat
> memisahkan sensasi lapar dan dahaga
> mengatasi masalah berat badan
> mengurangkan kesihatan sewaktu kehamilan
> membantu mengurangkan masalah keguguran
> mengkoordinasi seluruh tubuh badan bagi meningkatkan kecekapan berfikir dan bertindak
> mampu mengatasi masalah alzheimer, multiple sclerosis, parkinson
> memulihkan ketagihan berkaitan kafein, alkohol dan beberapa jenis dadah.
dan banyak lagi ...
Ini adalah minuman sahaja. Boleh cuba untuk membuktikan bahawa yang didakwa baik tu memang benar-benar berfaedah/berkhasiat.

Saturday, April 11, 2009

a vo c a do

Avocado atau apulkat ( Indon), nama yang kurang popular di kalangan peminat buah-buahan di Malaysia. Mungkin kerana harganya atau kerana fizikalnya atau mungkin kerana tiada promosi besar-besaran. Anehnya buah yang berbulu, yang kelihatan tidak menarik yang diterbangkan jauh dari New Zealand, buah kiwi pun mendapat tempat di perut penduduk Malaysia.
Sebenarnya ramai orang kurang maklumat atau tidak mengenali buah ini. Buah avocado ni selain dari nama inggerisnya , avocado, dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai buah susu. Nama-nama lain ialah palta, butter pear, alligator pear, aguacate,polta. Asal usulnya dari Selatan Mexico. Persea ialah nama botaninya. Yang hebatnya tentang buah susu ni ialah mengandungi 25 nutrien!. Banyak tu.
ada `nutrient booster', ada `phytonutrients'. Kaya pula dengan vitamin K, serat,vitamin C, Vitamin B6, folate, Kuprum dan Kalium ( Kandungan Kalium atau potassium dalam melebihi buah pisang!).Disamping itu ia mengandungi banyak lemak. (monounsaturated dan polyunsaturated)_ difahamkan lemak-lemak ini membantu mengurangkan risiko penyakit cardiovascular.
Jelas amalan memakan buah ini dapat membantu mengurangkan risiko penyakit-penyakit berikut: (selain dari yang tersebut di atas)
= strok
= kanser payudara
= mengurangkan tekanan darah tinggi
= merendahkan kandungan kolestrol.

Buah avocado dewasa ini telah berjaya ditanam di Malaysia ) Kawasan kati, Kuala Kangsar) rujuk blog gurubashid.com. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan/membeli/benih/buah boleh menghubungi blog ini.
Buahnya yang masak sedap dimakan. Kalau yang berminat/rajin boleh layari web-web tentang avocado - banyak disajikan cara membelah buah avocado serta resepi yang menarik.

Saturday, March 21, 2009

Buah Manggis

Sekarang ni tentu ramai budak-budak sekolah dah tak kenal buah manggis. Yang besar-besar tu pun dah tak lalu nak makan. Agaknya manggis dah jadi buah NADIR. Buah nya pun bagi sesetengah orang bukan sedap pun apatah lagi kalau dibesarkan di bandar-bandar. Pokok manggis pun dah tak kenal macam mana.
Tiba-tiba buah manggis disebut-sebut pula. Apa pasal. Tak lain tak bukan, pasal khasiat perubatannya. Kononnya buah manggis mengandungi banyak antioksidan atau lebih dikenali sebagai xanton. Dah sekarang ni orang sibuk pula menanam semula pokok manggis. Dah jadi ubat kanser! Kononnya xanton kini dianggap sebagai sebagai sebahagian daripada super antioksidan yang paling mujarab! Selain dari xanton bahan -bahan lain yang terdapat dalam buah manggis ialah cathechins dan polyphenois, polisakinada (antibakteria/antikulat, vitamin C, zat besi, niasin, protin, Vitamin B1 dan B2, dan serat! Hebatkan. Berikut ialah di antara khasiat-khasiat buah manggis.
1) kanser/tumor
2) kencing manis
3) darah tinggi
4) jantung/saluran darah
5) gout/athritis
6) sakit sendi /sengal badan
7) migrin, sakit kepala
8) strok/penyakit parkinson
9) masalah saraf
10)nyanyuk (alzheimer)
11)sembelit/cirit birit/buasir
12)gastrik
13)menurunkan kadar kolestrol
14)asma/lelah/penat/semput
15)stress
16)mencantik serta melicinkan kulit
17)mengawal hiv
18)masalah senggugut/PMS
19)kulit bermasalah/alahan/jerawat
20)menopaus, ketidakseimbangan hormon
21)alergi makanan laut/resdung
22)susah hendak tidur/insomnia
23)buah pinggang
24)jangkitan pundi-pundi kencing
25)penyakit gusi/demam
26)masalah tidur/kelesuan
27)jangkitan virus/parasit/bakteria

Pokok ajaib Malaysia! Yalah , dulu, kalau dah tak larat nak makan, ibu-ibu dikampung buat jem. M A N G O S T E E N!

Friday, March 20, 2009

POKOK AJAIB

Nama pun ajaib! Kalau dilihat pokoknya tidak nampak tanda-tanda ajaib pun. Namun begitu pokok ajaib ni atau pun disebut jua beri ajaib sebenarnya bukan berasal di bumi kita,malahan jauh sekali nun di benua Afrika, Afrika Barat. ( Lebih khusus lagi Ghana serta Nigeria. Pokoknya sekali pandang seperti pokok samak ( di sebelah utara, daunnya dibuat ulam laksa, perencah kuah laksa), tapi taklah tinggi sangat, mungkin tidak melebihi 20 kaki ketinggiannya. Di negara asalnya dikenali sebagai taami, asaa. leolidi. Di negara Barat ia semakin popular sekarang, di US orang sebut pokok miracle berry, magic berry, flavor berry. Nama botaninya pula ialah synsepalum dulcifucum.
Daun pokok ajaib ni berbentuk lonjong,tidak besar, berwarna hijau tua. Buahnya apabila masak bertukar menjadi warna merah. Sebenarnya khasiat buah ini pernah dikaji dalam tahun 1725 oleh seorang ahli sains Perancis bernama Chevalier des Marchais .
Yang ajaibnya ialah selepas kita makan buah ajaib ni , buah-buah lain yang masam terasa manis sehingga 1-2 jam. Dipercayai rasa manis berpunca dari sejenis bakan kimia yang terdapat dalam buahnya yang dikenali sebagai miraculin.
Apakah khasiatnya?
buahnya: jika dimakan sebiji sehari boleh mengurangkan kesan-kesan ketuaan, menghilangkan keletihan, membunuh sel-sel leukemia.
daunya: jika dimakan sehelai sehari, dapat mengurangkan berat badan serta kolestrol.Jika sakit gigi, ambil dua /tiga helai daunnya,kunyah. pasti sakit gigi berkurangan. Daun ini juga membantu meredakan luka dalam usus/ulcer. Daun yang direbus jika diminumbolehmembantu menyembuh kencing manis, darah tinggi, kesan gigitan serangga, penyakit gatal kulit, resdung, jerawat, jeragat, ulser perut dan buasir.
Selain itu, dipercayai produk pokokajaib ini boleh membantu melega kencing manis, kesan darah tinggi serta kolestrol tinggi.