Thursday, July 2, 2009

Pencelup dan pigmen dalam makanan

Sedari dahulu lagi, sejak zaman berzaman, makanan mana yang tidak ada pewarna? Masuklah Tesco, Giant atau Carrefour kah, sedikit sangat makanan yang tanpa pewarna atau pigmen. Bahayakah atau selamatkah? Nanti dulu. Mari kita dapat info sedikit tentang kedua-dua item ini.
Pencelup ialah hasil organik tiruan yang larut ke dalam bahan yang digunakan. Pencelup akan bercantum secara kimia dengan bahan yang dicelup dan menjadi sebahagian bahan tersebut. Apabila dilarutkannya dalam makanan, warnanya tersebar bersama-sama makanan tersebut dan sukar dipisahkan.
Kebanyakan pigmen pula ialah bahan yang tidak larut sama ada dalam pelarut organik atau air, kecuali pigmen asli seperti klorofil. Pigmen mewarnai makanan dengan penyebaran ke dalam makanan tersebut.Pigmen tidak melekat pada makanan dann kerana itu mudah terpisah daripada makanan.
Pewarna tiruan atau pun pencelup tiruan telah tercipta secara tidak sengaja oleh ahli sains bernama Perkin pada tahun 1856 lagi. Hanya pada tahun 1900 pencelup tiruan digunakan dalam makanan. antara pencelup makanan yang terdapat di Malaysia ialah Brilliant Black PN (hitam), Brilliant blue FCF (Biru), Carmoisine (Merah), Chocolate brown HT ( Coklat), Erythrosin BS (Merah), Fast Green FCF(Hijau), Indigotine (Biru), Ponceau 4R (Merah), Sunset Yellow FCF( Merah), Tartrazina (Kuning), Allura Red AC(Merah), Quinoline Yellow(Kuning), Amaranth (Merah), Green S ( Hijau), Red 2G (Merah). Kurang pasti yang manakah telah diharamkan!
Pigmen pula terbahagi kepada 2 jenis : organik dan tak oraganik.
Pigmen organik terdiri daripada sumber haiwan (karmina), sayuran (klorofil, xantofil, litmus, flavon, karotena) dan sintetik (laka) iaitu pencelup tiruan yang dibenarkan. Pigmen tak organik pula terdiri daripada oksida logam (ferum oksida, titanium dioksida)
a) Pigmen haiwan - karmina: bahan iniialah laka/penceluip daipada pigmen kokineal yang memberikan warna merah
b) pigmen sayuran - klorofil : jenis a,b ,c, pigmen warna hijau dan merupakan porfirin yang mengandungi magnesium secara teknikalnya dianggap sebagai lilin mikrohablur, karotenoid : pigmen yang berwarna kuning dan jingga - 2 jenis iaitu karotena dan xantofil, Flavanoid: pigmen yang berwarna merah, kuning, biru, jingga dan ivori
c) Laka (pencelup tiruan - dihasilkan dengan mencantumkan pencelup tiruan dengan laka
d) Pigmen tak organik
Ferum oksida (hitam kebiruan atau kehitaman)
Titaniumdioksida- pigmen berwarna putih.
Bagaimana pula makanan yang dibenarkan mengandungi pewarna atau pencelup tiruan. Makanan tersebut ialah seperti pes, serbuk penaik, hasil susu. bahan pemanis, konfeksi, daging kilangan, hasil ikan seperti pes ikan, cencaluk, belacan, keropok, pekasam, lemak makan seperti marjerin, vanaspati, minyak masak, hasil sayuran seperti sayur kering atau dehidrat, pes tomato, supdan stok sup, hasil buah-buahan seperti buah kering, glis buah, atau halwa buah, buah berkaling, koktel, puri buah, atau pes buah, jam, marmalad dan serikaya, sos cili, sos tomato, ketchup tomato dan jeruk, minuman ringan seperti sirap bua, kordial buah, atau skuasy buah, sirap berperisa atau kordial berperisa, minumamn jus buah, minuman buah, minuman berperisa, bes minuman ringan, dan minuman botani, minuman beralkohol seperti wain koktel, vermouth atau aperitif dan arak.
Terdapat 3 jenis makanan yang boleh mengandungi bahan pewarna daripada sumber sayuran sahaja iaitu pes keju, keju sapuan, atau keju campuran, keju kub dan keju luncheon. Juga terdapat 3 jenis makanan yang boleh mengandungi bahan pewarna yang dibenarkan sebagai penggred atau pengenalan iaitu buah-buahan segar, daging segar dan ikan segar sahaja. Terdapat 16 jenis makanan yang boleh mengandungi karamel sebagai bahan pewarna iaitu gula perang muda, sos ikan, otak udang, petis atau heko, protein sayuran hidrolisis atau protein tumbuhan hidrolisis, bir, lager ale atau stout, brandi, rum, brandi buah, wiski, cuka suling, cuka, cuka sebatian, cuka buatan atau cuka tiruan, sos soya, sosprotein hidrolisis atau sos protein tambahan, cutni.

No comments:

Post a Comment