Wednesday, October 21, 2009

Sambung Nyawa

frames
Pengelasan saintifik

Banyaknya nama atau panggilan tentang herba ini. Daun dewa, leaves of God, Googoolipid , Mallucan spinach, Dawn dewa, am akar, akar biak, kelemai merah, bai bing coa, ngokilo (jawa), beluntas cina, She Juan Jao. Nama botaninya pula GYNURA PRECUMBENS BLUME. Famili: Compositae.
Namanya saja sudah mengundang satu kefahaman yang cukup jelas. Hebatnya herba ini. Mudah ditanam. Mudah hidup. Tidak perlu penjagaan yang rapi.
Di Malaysia, bagi mereka yang tahu; disamping berperanan sebagai ubat, ia sedap dimakan dengan nasi sebagai ulam. ( Tetapi, tak boleh makan banyak2).
Dengan hanya mengambil 3 helai daun SN ini setiap hari sudah cukup untuk membantu meringankan kencing manis serta menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit kepala serta migrain. Air rebusan daunnya boleh meredakan disenteri serta demam dan batuk. Manakala air rebusan keseluruhan pokok SN membantu ibu selepas bersalin _ kurang bengkak payu dara, hilang darah beku serta pendarahan selepas bersalin. Kutil atau ketuat boleh dihilangkan dengan memupuk lumatan daun SN dan dibalut seharian. Dipercayai juga pes atau lumatan daun SN dapat membantu mengurangkan kesakitan bisa patukan ular.
Bahan kimia yang terkandung dalam daun SN terdiri dari flavonoid(7,3,4 trihidroksi-flavon), glikosida kuersetin, fenokat asid, asid kafeat, penta kumarat, asid vanila triterpenoid, alkaloid saponin dantannin.
Keseluruhannya ia bersifat dingin serta nutral.Lain2 khasiat: antifineoplastik, menurun panas badan, ubat sakit limpa,, sakit ginjal, sakit kulit, turun tekanan darah, turun kadar gula dalam darah antimicrobial, antikasinogenik, sitotoksik terhadap sel kanser, hipertensi, strok, sakit jantung, kadar kolestrol tinggi, diabetes, gangguan lambing, radang pita suara, radang tenggorok, , batuk sinutusis.
DAUN : membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam, darah, rawat darah tinggi, rawat sembelit, kencing manis, kanser.
BATANG: mereda demam, penyakit ginjal, disenteri, infeksi kerongkong, henti pendarahan, atasi ketidaksembangan putaran haid, lancarkan fungsi ginjal, gigitan ular berbisa.
UMBI/AKAR: Hilang darah beku, patah tulang
Jika menggunakan daun ini sebagai ubat minum, gunakan 7-12 helai , rebus dengan 3/4 gelas, sejat sampai 1 gelas.




1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete