Wednesday, October 21, 2009

Pokok Ajaib.

Fruit number 2

Wah. Nama-nama pokok sekarang ni memang cukup glamour. Yang ni ajaib pulak tu. Tapi sememangnya nama dalam bahasa Inggerisnya di gelar bermacam-macam. Peliknya dipangkalnya mesti ajaib( magic) _ Miraculous berry, buah ajaib, miracle fruit, miraccle berry, magic berry. Di Malaysia ada orang sebut jugak pokok 1000 manis disamping nama yang popular iaitu pokok ajaib. Nama botani pokok ni ialah synsepalum dulcificum. Berasal dari Afrika barat (tengah - tropika).

Yang ajaibnya tentang pokok ini ialah buahnya. yang kelihatan seperti buah ceri kampung tapi berbentuk bujur merah . Ia bersifat mampu menutralkan kesan asid (rasa masam) walau pun buah nya rasa tawar . Selepas makan buah ini, setiap makanan lain akan terasa manis ( ni berkesan sehingga 45/60 minit. Boleh menggantikan gula. ( Tapi khabarnya syarikat pengeluar gula terbesar dunia tidak menggalakkan maklumat buah ini tersebarv luas). Mengikut kajian kesan manis berpunca kandungan protin bernama miraculin. Di Jepun buah ni amat popular di kalangan mereka-mereka yang mengalami penyakait kencing manis dan mereka yang giat melangsingkan badan.

Khasiat perubatannya ialah seperti :

  • rawat demam
  • kencing manis
  • malaria
  • buasir
  • batuk.


No comments:

Post a Comment