Friday, July 3, 2009

Bahan awet dalam makanan

Di Malaysia industri makanan masih terkawal khususnya dari segi penggunaan bahan pengawet dalam makanan. Namun begitu kita sebagai pengguna perlu peka serta tahu serba sedikit tentang jenis-jenis pengawet yang digunakan dalam makanan yang disajikan kepada kita saban hari!-
1) Asid benzoik dan benzoat _ Asid benzoikdikenali dengan nama kimianya sebagai karboksibenzena atau asid benzena karboksilik atau asid fenilfromik. Asid ni wujud secara asli dsalam tumbuhan; pokok styrax dalam bentuk damar (resin). Banyak terdapat di Asia Tenggara serta Sumatra.. Selain itu asid ni boleh juga didapati tetapi dalam jumlah yang kecil dari pokok kranberi, prun, kayu manis, bungacengkih, plum greengage,epal, dan plum Reine-clude. asid bernzoikjuga ditemui dalamkeju yang berpunca dari pencemaran daripada bahan bungkusan dan asid hipurik yang wujud secara asli dalam keju. Sebenarnya nya asid ini telah lama digunakan dalam makanan, sejak seawal tahun 1900 lagi.. Kesan sampingan asig ini jika dimakan dengan banyak boleh menyebabkan loya, sakit perut, dan juga memeri kesan alahan.
Terdapat 5 jenis atau kumpulan makanan yang boleh mengandungi asid benzoik saaja tanpa awt lain. Contohnya ialah (dalam kandungan ialah jumlah maksimum dlm mg/kg yang dibenarkan).
a) Rempah kari (350)
b) Pes ikan, belacan,cencaluk, otrakudang,, pekasam (750)
c) Cili sluri atau cili boh (750)
d) Hasil kacang soya fermentasi (1000)
e) Pekatan minumanberperisa yg memerlukan pencairan lebih 50 kali
dan penambahan gula (1000)
Hanya 2 jenis makanan yang dibenarkan mengandungi asid benzoik dan
sulfur dioksida, iaitu:
a) Sos lain (750)
b) Sos kacang soya, sos protein sayuur hidrolisis
sos protein tumbuhan hidrolisis, sos tiram
dan sos ikan (1000)

Had maksimum yang diberikan ini hanya jika asid benzoik sahaja digunakan tanpa sulfur dioksida. Jika kedua-dua digunakan amaun ini akan kurang mengikut peratusan tiap-tiap bahan awet yang digunakan tidak boleh melebihi 100%.
Hanya satu jenis makanan yang boleh mengandungi gabungan asid benzoik serta asid sorbik, iaitu marjerin dalam kadar 1000mg/kg. Has maksima inidiberikan jika asid benzoik sahaja digunakan tanpaasid sorbik. Jika gabungan kedua-dua bahan awet digunakan, amaun ini akan berkurangan mengikut peratusan yang digunakan.
Terdapat 14 kumpulan makanan yang boleh mengandungi gabungan asid benzoik,sulfur dioksida dan asid sorbik,iaitu:


Makanan Kadar maksimum(mg/kg)jika
asid benzoik shj

1. Jus buah uth diminum terus 350
2. Buah-buahan diawet yang tidak dinyatakan
selainnya dalam jadual ini 550
3. Minuman ringan untuk diminum terus
(tidak termasuk airmineral) 350
4. Sayur-sayuran kering,asin,jeruk asin kering
jeruk kering 750
5. Esen dan emulsi perisa 350
6. Buah-buahan yahng dibuat halwa kering,
(termasuk kundur,kulit dan buah pala
bersalut gula. 350
7. Jeruk buah (termasuk dalam bentuk ditoskan) 550
8. Jem,jeli buah, marmalad 450
9. Jem,jeli buah, marmalad sebagai makanan tenaga
rendah 450
10.Jus buah pekat 800
11.Minuman ringan yang memerlukan pencairan 800
12.Toping 800
13.Pulpa buah untuk pengilangan 1000
14.Pulpa buah 1000
15.Jeruk selain jeruk buah dan jeruk sayur 350

20 comments:

  1. Boleh tak saya tahu contoh nama produk dalam pasaran untuk mengawetkan makanan. Contoh jeli kelapa agar lebih tahan lama, apakah nama bahan pengawet yang sesuai digunakan dan kadar penggunaannya. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. sy pengusaha kuih tradisional yg byk menggunakan santan.. bole ke sy guna asid sorbik dlm santan utk memanjangkan lg hayat dan kualiti kuih2 sy?? atau ada cara lain selain dari menggunakan asid sorbik??

    ReplyDelete
  3. Assalam...dimana sy bleh dptkan bhn pngawet ni..sy pengusaha sambal goreng...

    ReplyDelete
  4. Assalam....sy ingin bertanya...apakah bahan pengawet yang sesuai digunakan jika saya ingin membuat pes seperti pes asam pedas dan etc

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih Bukitbemban.blogspot.com
    Saya salah seorang pengusaha Produk makanan,amat penting mendapat pengtahuan ini.

    ReplyDelete
  6. Nak tanya mcmn nk bg mee kuning tahan lm cth tahan 1minggu

    ReplyDelete
  7. saya peniaga sambal ikan bilis dan minuman herba kunyit asam..bole tolong saya utk mendapatkan info untuk sukatan berkaitan bahan pengawet yg sesuai bg product sy ini tahan lama dan selamat..thanks utk semua info yg dpat membantu saya..
    disini sy sertakan no wshap saye 01125765759

    ReplyDelete
  8. Saya baru nak menceburkan diri dlm perniagaan pes..apa bahan pengawet yg sesuai saya gunakan dan berapa kandungan yg diperlukan..mohon bantuan ini ni whsp saya 01125158589

    ReplyDelete
  9. Saya ingin mengetahui,seberapa byk di letak bahan pengawet untuk pembeuatan sambal tumis.Agar tahan lamaTerima kadih.

    ReplyDelete
  10. Sya nk tanya bahan apa yg sesuai utk bg pes dan sambal kekal tahan lama. Dan kat mana nak beli BHT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nk tau samada bawang goreng memerlukan pengawet.. Jika ada apakah bhn pengawet yg di perlu kan.. Pls wasap 0132679808.. tq in advance

      Delete
  11. Saya pembuat tahu.. macam mana cara dan apa nama pengawet yang perlu saya gunakan..0143702358


    ReplyDelete
  12. Mohon suggest pengawet dan sukatan betul utk masakan sambal bilis dan perapan ayam. terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Mohon suggest pengawet dan sukatan betul utk masakan sambal bilis dan perapan ayam. terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Mohon suggest pengawet dan sukatan betul utk masakan sambal bilis dan perapan ayam. terima kasih.

    ReplyDelete
  15. mohon bertanya tuan..saya pengusaha sos keropok secara kecil kecilan.Bahan pengawet apa yg perlu saya masukkan dalam sos keropok supaya lebih tahan lama contohnya tahan sehingga 3 hingga 6 bulan. Terima kasih tuan atas pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pengusaha soscili.pengawet yg saya gunakan sodium benzoit.utk lebih lanjut hubungi saya 0195672802.

      Delete
  16. Sy pengusaha sambal belacan.di mn sy blh dptkan pgawet ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sodium benzoate... Kedai barang kek selalu jual..

      Potassium sorbate pun ada..

      Delete
  17. Saya dpt info dr pegawai di mardi... X boleh sebarangan guna bahan pengawet ni. Kene betol sukatan dia. Kontek mardi terdekat anda

    ReplyDelete