Wednesday, June 16, 2010

Petua Pantang Larang Penyakit Batu Karang

 Di sebelah Utara kalau kena `kidney stones' dan lain-lain batu kerap 
disebut sebagai kena batu karang. Siapa yang pernah kena tentu 
mempunyai banyak cerita yang terlalu menarik, terutamanya dari 
segi kesakitannya. Aduh. memang sakit yang amat sangat..
(Saya pernah menderita kerananya_ pembedahan melalui saluran
kencing di Pantai Hospital, Sg petani. Tapi tak sampai 6 bulan  
kena lagi. Saya sempat berubat dengan seorang dukun, Ustaz Jamil
di Kampong Gangsa, Dirian Tunggal Melaka. Alhamdulillah! Tiga biji
batu berjaya dikeluarkan dalam tempoh tak sampai lima minit).
       Memang banyak pantang bila dah kena batu karang ni. Tak 
pantang pun tak apa kalau mau sikit lagi. Segala makanan serta minuman
yang sedap-sedap dah tak boleh dijamah lagi. Senarai berikut boleh 
dijadikan panduan:


Minuman :  Tidak boleh minum      :   Kopi, teh, milo, koko
                  Boleh minum/amalkan  :  Air barli, air masak, air buah-buahan
                                                        Seelok-eloknya  3 liter setiap hari.
                                                        Minum segelas seawal sebelum subuh, 
                                                        sebelum gosok gigi.

Makanan :  Tak boleh makan       -   semua jenis sayuran  sejuk seperti
                                                        taugeh, kubis, kangkung, bayam, 
                                                        kacang panjang, tomato.
                                                        Belacan, cencaluk, budu, ikan pekasam,
                                                        udang, ikan kering/masin, 
                                                        sotong,lobak merah, strawberi,  kerang, 
                                                        ketam, pulut  (termasuklah  
                                                        semua jenis kuih yang diperbuat   drpd pulut).
                                                        Daging serta  ayam 
                                                        boleh  dimakan tetapi dalam kuantiti 
                                                        yang sedikit saja.  Kurangkan 
                                                        pengambilan gula dan garam.  Cuba kurangkan 
                                                        mengambil makanan 
                                                        dari  sumber protein haiwan   Elakkan atau 
                                                        hentikan terus memakan 
                                                        buah-buahan  jeruk.
                                                        Jauhi amalan kencing berdiri.






Tuesday, May 11, 2010

SILAP MASAK MEE SEGERA TU

Di Malaysia ni siapa yang tak kenal mee magee. Satu jenama yang menjadi ikon kepada mee mee ramen atau mee segera yang pada awalnya dicipta oleh seorang Jepuni. Kecil, besar, tua, muda semua sudah pasti pernah makan sebungkus mee segera. Yang malas masak, yang tak sempat masak yang nak jimat wang, yang tak cukup wang pasti mee segera jawapannya.

Ok. Tapi memasak mee yang kita dok amal tu betulkah.Selamatkah. Kalau dilihat pada iklan di kaca TV memang mudah , tentu selamat. Belum tentu! Pada kebiasaannya kita memasak mee segera cukup mudah. Masak air sampai mendidih.Ambil gunting, potong, keluarkan mee, Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air panas. Gunting bungkusan serbuk perasa atau supnya.Tuang ke dalam mangkuk tadi. Tunggu 3 atau 4 minit. Balik-balikkan beberapa kali untuk meratakan serbuk perasa.Makan. Kenyang!
Itu cara lama. Dan mengikut kajian para pengkaji makanan, tidak betul. Tidak berfaedah kata mereka. Malah memudratkan pula kepada tubuh badan kita. Mengapa begitu?Ini dia jawapannya.
Memasak mee begini khabarnya akan menukarkan struktur molekul MSG atau Aji no moto (memang tidak dapat dielakkan lagilah) dan menyebabkannya menjadi toksik! Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa mee segera ni sebenarnya disaluti lapisan luarnya dengan lilin semasa pemprosesan di kilang. Dan khabarnya kesan lilin ini memerlukan 4-5 hari barulah ia boleh disingkirkan melalui sistem perkumuhan badan kita. Lamakan!

Cara memasak yang betul:

1. Rebus terlebih dahulu mee segera tu dengan air panas
2. Bila mee masak, keluarkan mee dan sejatkan air. Tuang/buang air rebusan mee tu. (mengandungi lilin).
3. Rebus sekali air hingga mendidih.. Masukkan mee. Tutup api. Pada ketika inilah kita memasukkan perencah sup dan lain-lain bahan penyedap. Lepas tu barulah boleh makan. Susah dan lambat jugak nu. Kalau nak mee tu sedikit kering, atau tidak basah, keluarkan mee tersebut, taburkan perencah sup, kacau rata-rata dan makan. Kalau nak kering lagi, tos mee tu terlebih dahulu.

Sunday, May 9, 2010

ANTOSIANIN UNTUK MATA

Tanpa mengira usia , kesihatan mata perlu dijaga kerana semua dari kita amat memerlukan khidmatnya seumur hidup kita. Bilberi banyak dicadangkan untuk kesihatan mata kerana kandungan antosianinnya yang tinggi.
Kepentingannya kepada mata adalah kerana kebolehannya dalam merangsang peredaran darah dan oksigen yang lebih baik ke mata sangat diperlukan untuk mata yang sihat. Keadaan ini juga memberi kesan dalam melegakan simptom-simptom keletihan dan ketidakselesaan mata. Dengan sebab itulah mereka yang sering mengalami keletihan yang mungkin berpunca daripada penggunaan komputer atau sebarang kerja yang memerlukan penumpuan mata kan memperolehi manfaat daripada pengambilan ekstrak bilberi.
Antosianin merupakan pigmen berwarna merah ungu yang boleh dijumpai dalmtisu-tisu tumbuhan seperti daun, bunga atau buah. Selain memperbaiki penghantaran oksigen dan darah ke mata, ekstrak bilberri banyak disarankan atau kesihatan mata sifat antioksidannya. Antosianin juga melindungi sel endothelial pada membran daripada menjadi tegar dan menjadikan kapilari lebih fleksibel.
Ekstrak bilberi juga dapat mempercepatkan pemulihan rosopsin. (Rodopsin ialah pigmen peka cahaya yang terdapat pada rod retina). Justeru , pengambil supplemen ini membantu penglihatanwaktu siang dan malam. Untuk kesan terbaik, ambillah bilberi dengan kombinasi herba seperti eyebright, lycium dan lutein.
Kesemua makanan ini berfaedah untuk mata kerana mengandungi mineral dan nutrien.
Retina mudah terdedah kepada tekanan oksidatif kerana penggunaan oksigen yang tinggi, nisbah asid lemak poli tak tepu berantai panjang yang tinggi serta terdedah kepada cahaya.
Ambillak makanan yang mengandungi nutrien radikal bebas seperti beta karotena, vitamin A, C, E serta zink dan selenium untuk melindungi mata daripada radikal bebas. Vitamin dan nutrien ini tentunya sesuai untuk kesihatan mata , apatah lagi di kalangan golongan berusia.
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar adalah perlu untuk membekalkan vitamin dan mineral bagi mengekalkan struktur sel mata. Lobak merah, bayam, sayuran hijau serta buah-buahan dan sayur-sayuran perlbagai warna dapat membekalkan pigmenkarotenoid untuk kesihatan mata serta menutralkan radikal bebas.

Meringankan Simptom Kencing tak lawas

Risiko pertambahan saiz kelenjar prostat seringkali meningkat sejajar dengan usia seorang lelaki .
Pertambahan saiz kelejar ini seringkali menimbulkan petanda seperti kencing tak lawas. apayangpenting seseorang perlu membuat pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca yang sebenar.
Pembesaran saiz prostat yang bukan bersifat kanser ini banyak dikaitkan dengan perubahan hormon. Biasanya saiz prostat adalah sebesar saiz kacang walnut, namjn pembesarannya membesar apabila apabila selepas melewati usia 40an.
Pembesar saiz kelenjar ini boleh menjerut atau menyempitkan salur bagialiran air kencing, dengan itu ia memberi kesan kepada proses pembuangan air kencing. Keseriusan masalah kencing ni juga berbeza dan ia boleh dipengaruhi oleh tahap pembesaran.
Sekiranya ia didapati oleh sebab pembesaran kelenjar prostat tau dikenali sebagai benign prostatic hyperplasia (BPH) anda boleh supplemen herba tersebut. Herba tersebut, saw palmetto merupakan herba yang paling popular digunakan untuk melegakan simptom-simptom yang berkaitan dengan dengan pembesaran prostat. Saw palmetto mengandungi fitosperol dan banyak digunakan sebagai herga tradisi untuk meringankan simptom-aimptom kencing tak lawas.
Baji labu pula digunakan oleh ahli herba dan ahli naturopati untuk merawat masalah prostat. Manfaat herba ini adalah dikaitkan dengan kandungan asid-asid lemak perlu, zink dan sterol tumbuhannya.
(dipetikdari Majalah pancaindera)

Tuesday, April 27, 2010

Batu Karang

Punca batu karang

Terbentuk kerana tabiat pemakanan dan kurang minum air

ZAMAN berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Banyak faktor boleh mempengaruhi perubahan air kencing kita seperti keturunan, pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan. Semuanya memberi sumbangan tertentu kepada pembentukan batu karang.

Faktor risiko

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:

Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Jenis

Batu karang ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:

> Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.

> Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

> Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.

> Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Gejala

Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.

> Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

> Air kencing berdarah.

> Air kencing keruh dan berbau busuk.

> Mual dan muntah.

> Sentiasa terasa hendak kencing.

> Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

Saturday, April 24, 2010

SEDIKIT PANDUAN KESIHATAN

1. Peka terhadap perubahan dalam diri kita- jika anda sedang mengangkat atau membawa sesuatu yang berat, tiba-tiba anda merasa sakit.Anggap ini satu amaran.
Anda sedang berkebun, tiba-tiba tersa sakitbelakang. Anggap ini satu amaran. Lebih anda biarkan anda akan hadapi masalah yang serius; seperti kereta!

2. Jika anda secara tiba-tiba muntah-muntah serta cirit birit, tanpa ada simptom lain. Anda mungkin menghadapi penyakit gastro-intestinal infection.

3. Jika anda batuk, pastikan luahkan semua. Jangan telan.

4. Jika anda gatal/ruam, berkemungkinan anda terkena `irritant'. Tindakbalas kulit untuk melawan dengan mengeluarkan bahan kimia.

5. Begitu jua jika anda tiba-tiba `cramp', kemungkinanpengaliran darah tersekat.

6. Silap makan mungkin menyebabkan `indigestion' keadaan yang selalu dikaitkan sebagai angin.

7. Jika anda kerap kemalangan kemungkinan anda sedang mengalami tekanan.

Simptom-simptom yang sesuatu tidak kena!

  1. sakit kepala
  2. ruam-ruam
  3. ketidakhadaman, `indigestion'
  4. cirit
  5. sakit dada
  6. sukar lelap mata
  7. mudah tersinggung
  8. kerap berdebar-debar
  9. semput
Tanda-Tanda Bahaya
Anda perlu jumpa doktor segera , sekiranya'

  1. Sakit yang anda tidak tahu puncanya dan berulangkali lebih daripada lima hari
  2. Pendarahan yang pelik
  3. Perlu mengambil ubat di rumah (home medicine) lebih dari 5 hari
  4. hilang berat badan
  5. tambah berat badan, bengkak, lumpuh
  6. benjol-benjol, ketuat,kecacatan kulit yang bertambah membesar atau mengecil, atau bertukar warna atau berdarah
  7. simptom baru timbul walau pun anda telah mengambil ubat
  8. simptom mental : keliru, gila atau sewel,hilang arah, muram/sugul yang keterlaluan
Belajar relaks!

1. Genggam jari kuat-kuat (kiri).Lihat otot yang menegang. Lepaskan. Lakukan berbanyak kali dalam 15 minit

2. Bengkokkan lengan kiri. Cuba buatkan otot lengan timbul! Relax. Lepaskan tangan anda serta rehat di sisi peha

3. Lakukan pula dengan tangan kanan

4. Ketatkan otot kaki kiri. Bengkokkan jari kaki. Bila anda rasa kaki nada tegang, relaks.

5. Tegangkan otot betis kiri. Anda boleh bengkokkan kaki di pergelangan kaki.Relax

6. Betulkan kaki (tolak kaki). Anda akan rasakan otot peha tegang

7. Relaks kaki kanan

8. Relaks bahagian bawah kaki

9. Relaks peha kanan

10. Sambil duduk, cuba angkatkan punggung anda Anda mungkin 1 cm atau lebih. Relaks

11. Tegangkan dan kecutkan otot perut. Cuga sedutotot perut sedalam-dalamnya. Relaks.

12. Ketatkan otot dada. Tarik nafas panjang, tahan selama mana yang mungkin. Lepaskan.

13. Tolak bahu anda ke belakang sejauh-jauhnya dan ulangi ke depan dan ke belakang semula. Kemudian tolak ke atas. Pastikan kepala anda tegak dan cuba sentuh telinga\ anda dengan bahu anda. Mungkin sukar. cuba. Relaks.

14. Ketatkan otot belakang, tegak kepala, pusing kiri dan ke kanan. Relaks. Pastikan otot leher relaks.

15. Angkat kepala, pusing kepala ke kiri dan ke kanan. Relaks.

16. Gerakkan bulu kening ke ats dan ke bawah. Relaks.

17. Pusingkan bebola mata seketat-ketat yuang boleh, seolah-olah anda yang mencuba membuka/mencungkil maya anda. Relaks.

18. Gerakkan tulang dagu anda ke kiri dan ke kanan serta ke depan. Ketatkan gigi anda.Senyum selebar-lebar mungkin (semua gigi kelihatan)

19. Tolaklidah anda keluar ke atas dan ke bawah sejauh-jauhnya yang mungkin. Relaks

Semasa melakukan aktiviti di atas, cuba nafas yang dalam, lambat-lambat dan berterusan.


Saturday, April 10, 2010

Leptospirosis

Hairan jugak nu. Di Vietnam orang tangkap, jual dan makan tikus. Di negara kita pula semua orang kecut bila sebut Leptospirosis atau kencing tikus. Apatah lagi nak jual atau tangkap serta makan tikus. Itulah dunia. Memang bahaya kencing tikus ni. Seingat saya sahabat lama saya, meninggal dunia tak sampai dua minggu selepas dijangkiti kuman leptospirosis ini. Khabarnya sistem badan gagal dengan cepat.
Leptosprosis berlaku di seluruh dunia tetapi lebik kerap berlaku di negara-negara beriklim sederhana dan tropika. Ia adalah satu wabak zoonosis berpunca daripada jangkitan beberapa spesis dari jenis genus leptopira berbentuk lingkaran. Terdapat dua spesis yang didapati di Malaysia setakat ini iaitu leptospira hardjo dan leptospira pomona. Tanda-tanda klinikal ialah kekuningan dan kencing berdarah dalam jangkitan yang berpunca oleh leptospira pomona. Walau bagaimana pun jangkitan oleh leptospiran hardjo tidakmenunjukkan tanda-tanda tersebut menyebabkan diagnosis penyakit agak sukar.
Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit weil, demam Icterohemorrage, demam pesawah, deman swamp, atau demam lumpur.
Jangkitan berlaku kepada manusia secara kebetulan apabilamereka terdedah kepada kencing haiwan seperti tikus, lembu, kambing, khinzir, anjing dan sebagainya. Penyakit ini tidak berjangkit dari manusia kepada manusia. Zoonosisitu sendiri bermaksud jangkitan yang berasal hari haiwan. Kuman leptospirosis memasuki badan manusia melalui lukadi badan atau terminum air yangtelah dicemari dengan kuman leptospira.
Banyak haiwan boleh menjadi perumah kepada kuman leptospira ini. Ia boleh menjangkiti haiwan liar atau peliharaan terutamanya tikus, lembu, anjing, kambing, khinzir dan sebagainya. Perumah yang paling utama ialah rodent dan tikus. Penyakit ini jarang berlaku pada kucing. Jika haiwan dijangkiti oleh kuman ini haiwan tersebut ada yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda jangkitan sehingga menyebabkan kematian kepada haiwan tersebut.
Haiwan yang dijangkiti oleh kuman ini akan mengeluarkan kuman tersebut melalui air kencingnya secara berkala atau berterusan sepanjang hidup haiwan tersebut. Ini menyebabkan pencemaran kepada persekitaran dan organisma ini boleh hidup dari hari hingga berbulan lamanya di dalam tanah dan air.
Langkah Pencegahan:
  • Orang ramai perlu mengelakkan diri daripada menggunakan air semula jadi seperti air sungai dan tasik yang telah tercemar
  • menjaga kebersihan rumah serta persekitaran adalah langkah pencegahan yang utama untuk membendung populasi tikus
  • penjagaan kebersihan makanan juga penting dengan sentiasa memastikan bahawa makanan bersih dan ditutup
  • tin mengandungi makanan seperti sardin dan sebagainya perlu dicuci semula sebelum ia dibuka. Ini bagi mengelakkan kuman leptospirosis memasuki makanan ketika dibuka.
  • membaiki sistem saliran dan kemudahan tandas agar sentiasa bersih dan tidakmudah menjadi sarang tikus
  • sekiranya orang ramai melakukan aktiviti sukan air, maka adalah perlu untuk mereka mandi dengan air bersih selepas melakukan aktiviti tersebut.
  • pengambilan ubat antibiotik doxycycline dengan dos 200 miligram setiap minggu selama dua hingga tiga minggu boleh membantu mencegah penyakit ini terutama kepada mereka yang berisiko tinggi seperti tentera yang akan menjalani latihyan hutan atau veterinarian yang terkena air kencing haiwan yang dijangkiti kuman leptospirosis. rawatan sebegini hanyalah untuk jangka pendek sahaja