- Bahasa kebanyakan ialah kebas-kebas kaki. Biasanya warga-warga tuan, emas yang lama mendengar ceramah agama sambil duduk bersila atau pun bertahlil sambil bersila akan mengalami gejala ini. Taklah memudaratkan, tapi seksa juga dibuatnya sebelum boleh betul bangun dengan stabil. Adalah beberapa petua yang sering diamalkan untuk mengatasinya: 1) Picit ibu jari kaki sekerap mungkin semasa mengikuti ceramah, 2) ' dan apabila serban kaki (sengal-sengal atau merasa semut-semut) maka hendaklah menyebut akan yang terlebih kasih kepadanya, iaitu katanya." Muhammad Rasullullah Shallalahu 'alaihi wasallam". di petik dari Al Jauhar Al Mauhub Wa Munabbihat Al Qulub
Thursday, October 8, 2009
S E R B A N K A K I
Wednesday, October 7, 2009
B I S U L
Bisul
Walaupun kebanyakan masalah kulit tidak membahayakan nyawa tetapi ia boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan mengganggu emosi pesakit. Lebih-lebih lagi jika keadaan itu berinflamasi seperti bisul dan karbunkel – ketulan sakit dan bernanah yang terbentuk di bawah kulit apabila bakteria menjangkiti satu atau lebih folikel rambut anda.
Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.
Menurutnya, bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel
Walaupun sesiapa sahaja boleh menghidap jangkitan yang menyakitkan ini, mereka yang mempunyai diabetes, sistem imun tertekan, akne/jerawat atau lain-lain masalah kulit lebih berisiko tinggi. Selalunya, pesakit boleh menjaga seketul bisul di rumah sahaja tetapi anda dinasihatkan tidak memicitnya kerana ia akan merebakkan jangkitan. Antibiotik atau penyaliran surgikal diperlukan untuk membuang jangkitan itu.
Simptom-simptom
Bisul selalunya timbul seperti ketulan menyakitkan yang berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya juga akan kelihatan merah dan bengkak. Dalam masa 24 jam, ketulan ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah. Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit.
Karbunkel merupakan satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih-lebih lagi di kalangan lelaki dewasa. Ia menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk daripada bisul tunggal. Ia juga berkembang dan sembuh dengan lebih perlahan serta meninggalkan parut. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku.
Punca-Punca
Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus.
Bakteria-bakteria ini selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung.
Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda.
Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan ‘meluru’ ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk – satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati.
Faktor-Faktor Risiko
Walaupun sesiapa sahaja termasuk mereka yang kelihatan sihat boleh dijangkiti bisul atau karbunkel, faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko anda:
- Jika anda mempunyai kesihatan yang lemah, ia bertambah sukar untuk sistem imun anda melawan jangkitan.
- Diabetes menyukarkan tubuh melawan jangkitan. Malah, bisul yang sering timbul semula kadangkala menunjukkan tanda-tanda diabetes, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun.
- Pakaian yang ketat atau melecetkan. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.
- Keadaan kulit yang lain. Disebabkan ia merosakkan lapisan kulit anda, masalah kulit seperti akne dan dermatitis menjadikan anda lebih senang dijangkiti bisul dan karbunkel.Ubat-ubatan sistem imun yang tertekan. Penggunaan jangka panjang kortikosteroid seperti prednisone atau ubat-ubat lain yang akan menekan sistem imun anda yang boleh meningkatkan risiko terkena jangkitan bisul atau karbunkel ini.
Bila Perlu Mendapatkan Rawatan Perubatan
Selalunya, anda boleh menjaga seketul bisul dengan sendiri. Tetapi anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika bisul itu timbul di muka, tulang belakang atau jika anda mempunyai:
- Bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan
- Bisul yang besar dan tidak sembuh dalam masa dua minggu atau diiringi demam panas
- Bisul yang kerap timbul
- Terdapat garisan merah daripada bisul anda, yang merupakan tanda jangkitan telah memasuki salur darah anda
- Keadaan yang menekan sistem imun anda, seperti transplan organ atau jangkitan HIV. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai satu atau lebih bisul dinasihatkan untuk mendapatkan penjagaan perubatan.
Penyaringan Dan Diagnosis
Para doktor selalunya akan mendiagnosis bisul hanya dengan melihat kulit anda, tetapi kadangkala mereka akan mengambil sampel nanah untuk memeriksa jenis bakteria. Jika mempunyai jangkitan berulang, anda dikehendaki menjalani ujian untuk diabetes atau lain-lain penyakit yang boleh melemahkan sistem imun anda.
Rawatan
Doktor mungkin akan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar atau karbunkel dengan membuat insisi/torehan kecil di hujungnya. Ini akan mengurangkan rasa sakit, mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengurangkan parut. Jangkitan yang dalam tidak boleh dihilangkan secara keseluruhannya. Ia akan ditutup dengan kain kasa yang telah disteril agar nanah boleh terus dikeluarkan. Kadangkala, doktor akan menetapkan antibiotik untuk membantu menyembuhkan jangkitan yang teruk atau berulangkali.
Pencegahan
- Bersihkan luka-luka dan geseran kecil dengan sabun serta air dan sapukan ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi.
- Pakaian ketat mungkin nampak anggun tetapi pastikan ia tidak melecetkan kulit anda.
- Pilihlah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sejumlah kecil protein tidak berlemak. Elakkan makanan berlemak atau bergula.
Tip Penjagaan Sendiri
- Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.
- Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut.
- Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan.
- Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti.
Rawatan Alternatif
- Minyak tea-tree. Minyak asas ini telah digunakan untuk berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Minyak ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan. Berhenti jika masalah timbul.
- Ubat homeopati. Ubat homeopati untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris dan silica.
- Herba. Teh herba seperti dandelion dan red clover dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria. Ubat salap lain yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan.
- Tumbuk ubi keledek, dan tempek dibisul
- Ambil kulit mempelan (dari batang), asah di pasu atau tempat yang kasar. Ambil air/hampasnya dan bubuh di bisul
- tumbuk bawang merah dan tampal di bisul tu
- beli bunga rumput (ada dijual di kedai ubat Tionghua) basahkan dan tampal di bisul (seelok2nya dilakukan pada waktu malam.)
- sapu dengan kapur sirih
- upar dengan daun bunga raya dan tampal di bisul
- tampal bedak sejuk
- ambil daun cili, lumatkan dan tampal dibisul
- Ambil botol kaca yang sederhana besar. Nyalakan sekeping kertas di dalamnya. Biarkan sehingga semua kertas terbakar. Kemudian tekupkan betul-betul di atas punat bisul. Tekan kuat sikit. Tahan sakit. Nanah akan keluar seperti orang berbekam!
Tuesday, October 6, 2009
D E M E N T I A
Dementia (nyanyuk)
Pengenalan
Dementia adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Ia boleh membawa kepada penurunan dalam menjalankan aktiviti harian dan boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan masa panjang.
Sebahagian dari pesakit dementia kurang/tidak berupaya melakukan aktiviti-aktiviti harian. Mereka juga sukar untuk menyelesaikan masalah atau mengawal emosi.
Berapa kerap berlakunya dementia?
Kadar kekerapan dementia berlaku adalah di antara 2% hingga 20%. Ianya berganda setiap 5 tahun peningkatan usia bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Lebih dari separuh pesakit dementia mengalami penyakit Alzheimer.
Siapakah yang mempunyai lebih tinggi risiko mendapat dementia?
- Setengah jenis dementia lebih tinggi di kalangan wanita.
- Mereka yang mengalami masalah tekanan darah yang tak terkawal, penyakit kencing manis, penyakit jantung, paras lemak dalam darah yang tinggi
- Pesakit yang mengalami penyakit Parkinson.
- Mereka yang terencat akal atau tahap pembelajaran yang rendah.
Ada juga terdapat fakta genetik/ keturunan yang didapati meninggikan risiko tanpa menyebabkan penyakit berlaku.
Tanda-tanda dan gejala
- Hilang daya ingatan yang menyebabkan masalah dalam pekerjaan atau perjalanan kehidupan harian.
- Masalah dengan aktiviti yang biasa dilakukan, seperti memasak, mandi dan mengenakan pakaian.
- Sukar mencari perkataan yang mudah, sukar menerangkan sesuatu, atau kerap mengulangi percakapan (echolalia).
- Masalah dalam orientasi, contohnya kerap hilang arah walaupun di kawasan yang biasa dilalui
- Hilang keupayaan membuat penilaian
- Masalah dalam pemikiran abstrak, misalnya mengalami masalah menentukan apa yang ingin di beli semasa keluar membeli belah.
- Meletak barang di tempat lain atau kerap tertinggal barang.
- Perubahan emosi secara tiba-tiba, biasanya dengan tidak bersebab. Mereka mungkin mengalami perubahan dalam tingkah laku.
- Perubahan dalam perwatakan, daripada seseorang yang peramah kepada seseorang yang cepat marah, cemburu atau penakut (timid)
- Hilang minat dan kecenderungan dalam pekerjaan dan hobi mereka.
Anda boleh mencuba ujian ini (SDS, Mundt et al,) untuk mendapati adakah anda atau mana-mana ahli keluarga anda mungkin mengalami dementia
Komplikasi
Jika dementia tidak dikesan awal, beberapa akibat mungkin terjadi, seperti:
- Peningkatan dalam penyakit fizikal atau penyakit mental
- Peningkatan dalam kadar kematian.
- Dementia boleh membawa kepada kemasukan dalam institusi penjagaan dengan lebih awal.
- Ia boleh menimbulkan tekanan kepada penjaga dan menimbulkan penyakit fizikal dan mental di kalangan penjaga.
- Ia boleh menyebabkan penderaan ke atas pesakit.
Bolehkah dementia dirawat?
Pada masa ini dementia tidak boleh diubati, tetapi pembelajaran dan sokongan kepada pesakit dan penjaga pesakit dementia dapat membantu dalam mengawal sesetengah gejala penyakit.
Ada terdapat beberapa jenis ubatan yang boleh menolong dalam mengawal gejala dan meningkatkan fungsi kognitif. Ada juga ubatan yang digunakan untuk merawat psikosis, kemurungan dan masalah emosi.
Pencegahan
Kajian mendapati bahawa aktiviti yang merangsang intelek seperti bermain catur, membaca dan sebagainya dapat mengurangkan risiko berlakunya dementia. Amalan cara hidup sihat boleh juga mengurangkan risiko mendapat dementia.
Rehabilitasi
Terdapat banyak terapi psikososial yang memberi manfaat kepada pesakit dementia. Ini termasuk memberi sokongan kepada pesakit dalam menjalani aktiviti harian mereka, menggalakkan aktiviti yang merangsang fungsi mental dan pancaindera mereka serta banyak lagi
Kumpulan sokongan yang berdekatan anda dapat membantu anda dalam memberi cadangan tentang aktiviti yang berkesan.
Kumpulan sokongan
Alzheimer's Disease Foundation of Malaysia
Johor Bahru Alzheimer's Disease Association (JOBADA)
Dementia (nyanyuk)
Pengenalan
Dementia adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Ia boleh membawa kepada penurunan dalam menjalankan aktiviti harian dan boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan masa panjang.
Sebahagian dari pesakit dementia kurang/tidak berupaya melakukan aktiviti-aktiviti harian. Mereka juga sukar untuk menyelesaikan masalah atau mengawal emosi.
Berapa kerap berlakunya dementia?
Kadar kekerapan dementia berlaku adalah di antara 2% hingga 20%. Ianya berganda setiap 5 tahun peningkatan usia bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Lebih dari separuh pesakit dementia mengalami penyakit Alzheimer.
Siapakah yang mempunyai lebih tinggi risiko mendapat dementia?
- Setengah jenis dementia lebih tinggi di kalangan wanita.
- Mereka yang mengalami masalah tekanan darah yang tak terkawal, penyakit kencing manis, penyakit jantung, paras lemak dalam darah yang tinggi
- Pesakit yang mengalami penyakit Parkinson.
- Mereka yang terencat akal atau tahap pembelajaran yang rendah.
Ada juga terdapat fakta genetik/ keturunan yang didapati meninggikan risiko tanpa menyebabkan penyakit berlaku.
Tanda-tanda dan gejala
- Hilang daya ingatan yang menyebabkan masalah dalam pekerjaan atau perjalanan kehidupan harian.
- Masalah dengan aktiviti yang biasa dilakukan, seperti memasak, mandi dan mengenakan pakaian.
- Sukar mencari perkataan yang mudah, sukar menerangkan sesuatu, atau kerap mengulangi percakapan (echolalia).
- Masalah dalam orientasi, contohnya kerap hilang arah walaupun di kawasan yang biasa dilalui
- Hilang keupayaan membuat penilaian
- Masalah dalam pemikiran abstrak, misalnya mengalami masalah menentukan apa yang ingin di beli semasa keluar membeli belah.
- Meletak barang di tempat lain atau kerap tertinggal barang.
- Perubahan emosi secara tiba-tiba, biasanya dengan tidak bersebab. Mereka mungkin mengalami perubahan dalam tingkah laku.
- Perubahan dalam perwatakan, daripada seseorang yang peramah kepada seseorang yang cepat marah, cemburu atau penakut (timid)
- Hilang minat dan kecenderungan dalam pekerjaan dan hobi mereka.
Anda boleh mencuba ujian ini (SDS, Mundt et al,) untuk mendapati adakah anda atau mana-mana ahli keluarga anda mungkin mengalami dementia
Komplikasi
Jika dementia tidak dikesan awal, beberapa akibat mungkin terjadi, seperti:
- Peningkatan dalam penyakit fizikal atau penyakit mental
- Peningkatan dalam kadar kematian.
- Dementia boleh membawa kepada kemasukan dalam institusi penjagaan dengan lebih awal.
- Ia boleh menimbulkan tekanan kepada penjaga dan menimbulkan penyakit fizikal dan mental di kalangan penjaga.
- Ia boleh menyebabkan penderaan ke atas pesakit.
Bolehkah dementia dirawat?
Pada masa ini dementia tidak boleh diubati, tetapi pembelajaran dan sokongan kepada pesakit dan penjaga pesakit dementia dapat membantu dalam mengawal sesetengah gejala penyakit.
Ada terdapat beberapa jenis ubatan yang boleh menolong dalam mengawal gejala dan meningkatkan fungsi kognitif. Ada juga ubatan yang digunakan untuk merawat psikosis, kemurungan dan masalah emosi.
Pencegahan
Kajian mendapati bahawa aktiviti yang merangsang intelek seperti bermain catur, membaca dan sebagainya dapat mengurangkan risiko berlakunya dementia. Amalan cara hidup sihat boleh juga mengurangkan risiko mendapat dementia.
Rehabilitasi
Terdapat banyak terapi psikososial yang memberi manfaat kepada pesakit dementia. Ini termasuk memberi sokongan kepada pesakit dalam menjalani aktiviti harian mereka, menggalakkan aktiviti yang merangsang fungsi mental dan pancaindera mereka serta banyak lagi
Kumpulan sokongan yang berdekatan anda dapat membantu anda dalam memberi cadangan tentang aktiviti yang berkesan.
Kumpulan sokongan
Alzheimer's Disease Foundation of Malaysia
Johor Bahru Alzheimer's Disease Association (JOBADA)
Sunday, October 4, 2009
Herba Pahit Membantu Membersihkan Darah Anda
Artikel asal ' Bitter herbs help purify your blood' ditulis oleh
Datuk Dr Rajen M, dalam Sunday Times, Oktober 4, 2009.
Anda mungkin pernah mendengar terafi warna, bunyi dan terafi sentuhan. Adakah 'terafi rasa' satu perkara yang baru bagi anda? .Sebenarnya terafi rasa sudah lama wujud. Sejak zaman berzaman. Sebenarnya 'pelbagai rasa' boleh membantu mencuci serta menyembuh badan kita.
Contohnya, jika kita makan makanan yang sedap kita akan merasa puas serta sihat. Disebaliknya makanan yang tidak sedap menjadikan kita geram dan pastinya menyekat selera makan kita..
Lidah kita dapat membezakan lima jenis rasa; manis, masam, masin dan pahit. Ada satu lagi yang ditulis dalam kitab-kitab kuno.
Pada tahun 1908, seorang penyelidik Jepun bernama Kikunae Ikeda mendapati sejenis 'glutamate' yang terkandung dalam sos lumutlaut mencetus satu rasa baru yang dipanggil ' umami' (istilah Jepun). Dapatan ini mengukuhkan lagi kepercayaan mengenai lima rasa ini.
Rasa baru ini sukar digambarkan. Ada yang mengatakan ia seolah-olah ' sedap, berperisa dan seolah-olah ada rasa 'daging'. Sebenarnya lebih dari itu........ ia adalah satu rasa yang sukar dibandingkan dan ada pula yang mengatakan bahawa ia ada persamaan dengan nikmat seks.hebat. Penyelidik di Universiti Miami berjaya membuktikan bahawa reseptor rasa untuk 'umami' memang wujud. ini bermaknan teori lima rasa akan mendapat pengiktirafan antarabangsa. Dibandingkan dengan rasa lain, pahitlah yangkitapaling tidak gemari. Tetapi, sebenarnya rasa inilah yang paling penting sekali_ terutamanya jika kita kaitkan dengan fungsi mencuci darah serta penyembuhan.
Rasa pahit yang asli menjadi ciri utama sistem pengubatan tradisional.Perubatan serta diet Cina dan India sentiasa mengutamakan sayuran pahit serta herba pahit. Sebab itulah jugalah makanan India yang amat terkenal , disebut 'thali' memerlukan semua hidangan/sajian mempunyai kelima-lima rasa.
Perubatan Eropah tidak terkecuali menggunakan rasa pahit dalam perubatan mereka; contoh yang baik ialah ' Swedish bitters'
Herba yang pahit juga dikenali sebagai ' pembersih darah'. Mereka membantu menguatkan hati yang kebetulanny sejenis organ yang bersifat pahit. Saya pasti ramai yang pernah merasai hati.
Herba pahit menguatkan hati. Peranan hati ialah mencuci darah yang mengalir menerusinya sambil membuang toksin di dalamnya. Pada dasarnya, pencuci darah mengandungi sejenis 'sabun asli' yang dikenali sebagai 'saponin'.
Begitu juga, banyak larutan pembersih darah biasanya akan membentuk buih seperti sabun bila digoncang. Saponin membantu hati mengeluarkan racun. Di samping itu, saponin juga berfungsi menyerap nutrein melalui dinding usus. Kita boleh menanggap saponin sebagai sabun pencuci untuk darah kita.
Kadangkala kita sebut pencuci darah sebagai 'alternatif' kerana mereka mengubah kandungan kimia dalam darah.
'Alternatif' membantu kebolehan badan kita menyingkir toksin melaui buah pinggang.
Di sebaliknya mereka tidak menunjukkan apa-apa tindakan laksatif..
Dr Henry Binder menulis dalam bukunya ' Food Is Your Best Medicine' ' tentang hati, menerangkan bahawa organ hati bersifat alkali. Hati mengeluarkan hempedu, sejenis cecair/rembesan yang amat pahit. Hati bertindak menutralkan racun/toksin menggunakan sifat alkalinya dan seterusnya ,menyingkirkannya melalui cecair hempedu. Cecair hempedu amat pahit, bersifat alkali tinggi yang akhirnya membantu memecahkan lelemak menjadi larut supaya kita dapat menghadamkannya.
Sabunmencuci pinggan mangkuk bersifat pahit/alkali yang membantu memecahkan lemak pada pinggan mangkuk supaya mudah dibersihkan dengan air. Begitu jugalah caranya kandungan pencuci darah yang pahit membantu hati membasuh toksin dalam darah kita.
Kita perlu ingat bahawa apabila kita mengambil pencuci darah mereka akan menyebabkan badan kita memproses dan menyingkir toksin. Maka dengan sebab itulah kita sering dapat mengesan air kencing kita berbau lebih busuk (pungent) dan warnanya kelihatan lebih gelap. Najis kita pun akan kelihatan tidak seperti kebiasaannya.
Kesan sebegini seolah-olah seperti memburukkan lagi keadaan sedangkan kita sedang mencuba mengubati 'penyakit' kita. Sebenarnya kita boleh menanggap keadaan ini sebagai satu proses badan kita seang mencuci segala kesan-kesan negatif dalam badan. Lebih banyak toksin di singkirkan maka badan kita akan merasa lebih cergas dan bersemangat. Oleh itu, jangan sekali-kali menyerah diri.
Daun mambu di kenalpasti sebagai salah satu pencuci darah ayurvedik yang terbaik ketika ini. Ia membiak dengan mudah di negara kita. Orang Cina menyebutnya sebagai 'chin sou chin, dan bagi orang India ia dikenali sebagai veeplai. Ia kerap digunakan untuk mengubat sakit demam campak dan ruam-ruam. Orang India menggunakannya untuk mencuci darah dan racun dalam badan.
Herba pahit memang sesuai untuk penyakit ruam-ruam serta campak. Ia juga berkesan untuk merawat panau dan gatal-gatal badan. Pengidap kencing manis juga boleh menggunakan daun ini untuk menstabilkan kandungan glukosa dalam badan. Daun mambu didapati mempunyai sifat antibakteria, antifungus dan antivirus.
Herba pahit bersifat alkali. Ia membantu mengurangkan kadar asid dalam darah. Makanan sekarang banyak mengandungi gula (manis) yang menyebabkan darah lebih berasid. Ternyata kesan alkali dalam herba pahit bertindak menutralkan atau mengurangkan tahap keasidan dalam darah.
Makanan segera yang banyak terdapat dalam pasaran dewasa ini mengandungi banyak unsur tumbuhan dan haiwan yang tercemar dengan hormon, antibiotik, perasa dan pewrana tiruan serta preservatif. Tugas hati memproses segala racun-racun ini ternyata amat berat sekali. Berpuasa, meminum jus buah segar serta rawatan dengan cara mengambil herba pahit amat membantu fungsi hati menyingkirkan bahan-bahan toksin ini.
Bila mengambil daun mambu kita harus berpandukan kepada norma-norma tertentu kerana biokimia tumbuhan berbeza dari satu pkok ke satu pokok, dari satu tempat ke satu tempat malah dari bahagian pokok yang sama. Musim juga mempengaruhi kekuatan 'pahit' daun mambu.
Justeru ,kita perlu tentukan piawai yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa sebelum kita mengambil ubat 'pahit' dalam bentuk pil atau kapsul. Pada kebiasaannya piawai yang telah ditetapkan ialah 3 peratus jumlah kepahitan. Ini bermakna pil/tablet 100mg daun mambu yang dipiawaikan kepada 3 peratus jumlah kepahitan mempunyai kesamaan dengan 1 tablet kepahitan yang didapati dalam buah peria.
Ubat dos detok ialah 1 tablet, diambil 3 kali sehari; menyamai mengambil 3 biji buah peria sehari.
Walau bagaimana pun bukanlah banyak mana daun mambu yang diambil setiap hari, tetapi yang terlebih penting banyak manakah kepahitan itu dapat diserapkan ke dalam hati dan darah kita.
Wednesday, September 2, 2009
Get Fishy and stay healthy
Significantly it found its waays into the pages of one of the most prestigious medical journals in the world. _ Journal of the American College of Cardiology..It happened late last month.
It conforms what scientists have been thinking all along: fish and omega-3 oils are the most powerful defence against heart disease.
It seems that fish oils active component- eicosapentanoic acid (EPA) acids, and docosahexanoic (DHA) - can prevent a fatal heart attack in people with existing heart problem, even if they've had one attack already.
Eating oily fish such as salmon, sardine, trout, and herring, and supplementing with omega-3 oils can dramatically reduce your risk of developing a heart of heart problem such as artherossclerosis, arrhythmia, heart attck, cardiac failure.
And if you have had a heart attack , you reduce your risk of second one by 30 percent by increasing your fish oil intake. A reduction of 30 per cent - by just taking more fish oil. It is safe and cheap.
More importantly , it goes back to what Hippocrates famously said," let food be thy medicine and thy medicine be food."
These findings are based on a major review of previous studies going back 30 years.
Head researcher arl Lavie, of Oschner Medical Center in New Orleans, recommends that healthy people consume 500g of omega-3 fish oil, which contains EPA and DHA, everyday, while those with an existing heart problems should double their daily intake to 1000 mg.
In fact, in April 2007, other leading journal _ the lancet _ reported that omega-3 fatty acids were just as effective as statin drugs, and offered a similar level of protection.
The study was referred to as Japan EPA Lipid Intervention Study (JELIS). It is interesting on several counts. It exclusively involves Japanese people, whose fish intake is on average far higher than that in West, and the researchers were testing at far higher levels of supplementation than have ever before been monitered. They found that those who ate around two servings a week of fish were getting all the protection they needed against fatal heart attack. In fact, taking suplementation on top didn't offer up anymore benefits.
But those who were also supplelementing with 900 mg of EPA and DHA daily reduced their chances of developing non-fatal heart problems by around 19 percent.
The study which involved 18,645 participants with high cholestrol levels who were randomly given either a supplement or a statin (cholestrol lowering drugs), is the first to confirm that high dosages have a protective effect against heart disease.
It seems that omega-3 fatty acids work best when there are adequate circulating blood levels. So you need to take it regularly.
Just a few hints on choosing a good fish oil:
High dose
You need to take oils with a high percentage of omega-3.Omega 3 is very safe.It has been part of human nutrition from the beginning of time.The more the better.
Molecular distillation
Toxins are on the rise in oceans all over the world. Fish which live in the oceans unfortunately concentrate these toxins in their bodies.That is why you should look for fish oilsupplements that are toxin free.
Good supplements are produced under a process caleed molecular distillation where toxins are gently removed without destroying the very sensitive omega 3 fatty acids.
New processes like ometech distillation are even more superior in their outcomes.
Less Fish taste and colour
High quality fish oils are alsosuperior in taste and effect. They smell less.There is a lesseer chance of a "fishy burp".
The writer;
Datuk DR Rajen M
is a pharmacist with
a doctorate in holistic
medicine. Email him at
health@po.jaring.my
Sunday, August 23, 2009
H a l i t o s i s
yang terasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini. Ada juga yang merasa tersinggung apabila ditegur kerana mempunyai masalah ini oleh orang yang rapat dengan mereka. Ada juga merasa rendah diri dan malu untuk bercakap dengan orang.
Apa penyebab mulut anda mengeluarkan bau yang kurang enak?
1. Bakteria
Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Kemudian bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds -VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak.
Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi , di karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan pada lidah.Kawasan-kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen.
Apabila anda mendapat selsema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus anda akan menjadi likat .Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau di tonsil anda dan melekat disitu (post-nasal drip). Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.
Jika anda mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik (periodontal disease), ia juga menyebabkan mulut anda berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi anda menurun dan mengakibatkan poket gusi anda dalam dan susah dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.
2. Mulut kering kerana kekurangan air liur
Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi. Semasa tidur, prembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur. Selian itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat , susah untuk membilas mulut , menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa.
Punca kekurangan air liur
- mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather) : angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut
- bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual etc): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur
- berpuasa : mengurangkan perembesan air liur
- pengambilan ubat untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan etc : kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut
- pengambilan minuman alkohol : mengeringkan mulut
- penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol : mengeringkan mulut
- kekurangan air dalam badan (dehydration) : mengurangkan pengaliran air liur
- stress : mengurangkan pengaliran air liur
Bagaimana nak tahu yang anda mempunyai masalah mulut berbau?
Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut. Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti suami, isteri, kawan rapat, ibu bapa atau anak-anak. Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang yang rapat dengan anda sebaliknya anda perlu berterima kasih kerana anda boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, ada juga sejenis alatan yang digunakan oleh doktor gigi ( halimeter) untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.
Apa patut anda lakukan sekiranya mempunyai masalah ini?
1. Membersihkan gigi setiap hari
Pastikan anda memberus dan juga menggunakan benang flos dengan betul setiap hari kerana ini akan membuang bakteria dan juga lebihan makanan yang digunakan oleh bakteria untuk hidup. Dengan ini bakteria tidak akan menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau. Pastikan juga anda tidak tergesa-gesa memberus dan flos gigi anda kerana ianya tidak akan menghilangkan semua bakteria tersebut. Ambillah masa paling kurang 2 atau 3 minit untuk memberus gigi anda. Jangan lupa untuk menggunakan benang flos kerana memberus gigi tanpa menggunakan benang flos seperti anda membersihkan 70% sahaja gigi anda..selebihnya masih kotor.
2. Membersihkan lidah setiap hari
Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah semasa menggosok gigi. Ingatlah bahawa banyak bakteria bersembunyi di rekahan pada lidah dan juga di bahagian belakang lidah. Anda boleh membersihkan lidah dengan menggunakan pembersih lidah (tongue cleaner). Ada juga berus gigi jenis mempunyai pembersih lidah di belakang kepala berus gigi. Selain itu, anda juga boleh menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus lidah anda secara perlahan-lahan dengan menggerakkan berus dari belakang lidah ke bahagian hadapan berulang kali sehingga bersih.
3. Minumlah air
Anda memang disarankan untuk meminum air paling kurang 2L sehari. Adalah lebih baik jika anda mengisi air di dalam botol dan sentiasa meneguk air dengan kerap sepanjang hari. Dengan ini mulut anda akan sentiasa dibasahi air sepanjang hari. Untuk mereka yang mengalami masalah kekeringan mulut disebabkan ubat atau mereka yang selalu bercakap, cara ini paling bagus untuk memastikan mulut anda sentiasa berair. Meminum air boleh merangsang pengeluaran air liur, membilas lebihan sisa makanan pada gigi, dan juga melembabkan mulut yang membuatkan ia kurang sesuai untuk di diami oleh bakteria anaerob.
4. Elakkan guna pencuci mulut yang mempunyai alkohol
Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara. Dan jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut. JIka hendak menggunakan ubat kumur, pastikan ia tidak mengandungi alkohol.
5. Mengunyah gula getah tanpa gula
JIka anda tidak dapat memberus gigi selepas makan ( terutamanya makan tengah hari ataupun snek), anda boleh mengunyah gula getah tanpa gula. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang.
6. Memeriksa gigi anda jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang ( gingivitis, periodontal problem)
Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi dan juga pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah
- gusi yang bengkak dan merah
- gusi yang senang berdarah apabila disentuh
- gusi yang sakit
- nanah keluar dari gusi yang bengkak
- gigi bergoyang
- gigi sensitif
- sakit pada gigi ketika mengunyah
- terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kehitaman atau kekuningan di leher-leher gigi)
Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.
7. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk pemeriksaan paling kurang setahun sekali
Selalunya anda tidak menyedari yang anda mempunyai masalah gigi dan gusi sekiranya tidak berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan. Jika anda telah berasa sakit, maka selalunya tahap kerosakan atau penyakit gusi telah serius. Doktor gigi boleh mengesan dengan awal sekiranya anda mempunyai masalah dan segera mengatasinya sebelum ia menjadi teruk.
Selamat mencuba… dipetik dari laman Dr Leen

