Thursday, October 8, 2009

S E R B A N K A K I

Aiii... serban apa pula dikaki? Sebenarnya istilah ini kerap digunakan di Kelantan dan juga Baling ( pelusuk2 kampung yang mana penduduk asal dari Patani). Serban di sini bermaksud kebas-kebas atau semut-semut di kawasan tapak kaki.
  1. Bahasa kebanyakan ialah kebas-kebas kaki. Biasanya warga-warga tuan, emas yang lama mendengar ceramah agama sambil duduk bersila atau pun bertahlil sambil bersila akan mengalami gejala ini. Taklah memudaratkan, tapi seksa juga dibuatnya sebelum boleh betul bangun dengan stabil. Adalah beberapa petua yang sering diamalkan untuk mengatasinya: 1) Picit ibu jari kaki sekerap mungkin semasa mengikuti ceramah, 2) ' dan apabila serban kaki (sengal-sengal atau merasa semut-semut) maka hendaklah menyebut akan yang terlebih kasih kepadanya, iaitu katanya." Muhammad Rasullullah Shallalahu 'alaihi wasallam". di petik dari Al Jauhar Al Mauhub Wa Munabbihat Al Qulub

No comments:

Post a Comment