Wednesday, January 26, 2011

Lagi petua kencing tak lawas

Cuba petua ini:

1.    Ambil 2 potong nenas yang kurang masak. Kisar dengan 2 gelas air bertapis menggunakan  blender yang bersih (tanpa ada kesan makanan lain).  Tapis dan minum  2kali sehari.

2.    Ambil secekak daun pegaga. Bersihkan. Rebus menggunakan air bertapis.. Biarkan sejuk. Minum.

Lagi Petua rawatan Batu Karang

Ambil sebiji kelapa muda yang masih hijau. Buang kulitnya. Bakar  selama lebih kurang 15 minit..  Ambil air  bersama isinya lalu dibancuhkan dengan 3 biji telur ayam kampung.. Minum sampai habis. Boleh cuba.

Habbatussauda

Apa itu Habbatussauda?

Nama biologinya adalah Nigella Sativa. Di Eropah ia dikenali sebagai “black seed” atau “black cumin”. Di Malaysia dan Indonesia pula, ia dikenali sebagai “jintan hitam”. Manakala di Mesir, ia lebih dikenali sebagai “Habbah Barakah”(kerana keupayaannya mengubati berbagai jenis penyakit, Barakah di dalam bahasa melayu bermaksud rahmat). Ramai yang mengatakan habbatussauda adalah penawar bagi segala penyakit di mana ia boleh merawat lebih daripada 50 jenis penyakit. Ia juga telah digunakan secara meluas sebagai ubat untuk merawat berbagai jenis penyakit semenjak 2000 tahun yang lalu.
Benarkah Habbatussauda merupakan penawar bagi segala jenis penyakit?Terdapat banyak kajian perubatan lama dan moden telah dibuat untuk mencari sejauh mana kebenaran kenyataan ini. Di dalam Kitab At Tibbun Nabawi (Pengubatan Cara Nabi yang ditulis oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah), menyebut bahawa habbatussauda dapat mengubati 50 jenis penyakit tanpa memberi kesan sampingan.The Journal of American Scientist melaporkan Habbatussauda bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotic (pembunuh kuman), antimycotic (antikult) dan bancho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan. Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati habbatussauda atau Habbah Sauda mengandungi betasitosterol iaitu bahan untuk anti kanser yang berkesan.Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa habbatussauda berfungsi untuk mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid.
Seterusnya, terdapat sebanyak 14 hadis sahih yang menceritakan kehebatan dan kelebihan Habbah Sauda antaranya adalah: Dari kitab As Shahihain dari Abu Salamah RA dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “gunakan Habbah Sauda kerana di dalamnya terdapat ubat dari segala macam jenis penyakit kecuali As sam (maut)” HR Bukhari.“Sesungguhnya, Habbatussauda dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam. “Saya bertanya: “Apakah as-sam itu ?” Baginda menjawab: ‘As-sam iaitu maut !” ( Riwayat Bukhari )“Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasullah S.A.W telah bersabda : ‘Pada Habbah Sauda terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam.” Adakah Habbatussauda itu penawar bagi segala penyakit? Melalui pengalaman para pengguna pula yang menggunakan habbatussauda sebagai ubatan tambahan, mereka mendapati habbatussauda dapat mengubati bermacam-macam penyakit antaranya :-
• anticancer (pencegah kanser yang berkesan)
• antihistamine (pencegah alahan)
• antioxidant (pencegah kerosakan sel)
• antibiotic (pembunuh kuman)
• antimycotic (antikult)
• bancho-dilating effect (pengembang saluran pernafasan)
• masalah buah pinggang - batu karang, bengkak buah pinggang
• memperlancarkan keluarnya kencing
• memperlancarkan darah haid
• melancarkan pengeluaran susu ibu.
• masalah angin ahmar - merawat penyakit stroke / lumpuh sebelah badan
• mengeluarkan angin dari perut
• menambahkan ghairah seks
• masalah seksual - mati pucuk, kurang ransangan seks
• masalah dalaman wanita - fibroid, menopause, keputihan, jangkitan kulat
• masalah penafasan - asma, batuk berkahak, bronchitis
• masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi / rendah
• masalah mental - meningkatkan kecergasan minda
• masalah tulang / sendi - gaout, arthritis dan reumatima
• kencing manis, alergi, migrain dan lain-lain
Rasulullah S.A.W telah mengesahkan kehebatan dan keajaiban habbatussauda dan menyarankan kita menggunakan habbatussauda untuk merawat bermacam jenis penyakit. Pembongkaran yang dilakukan oleh ahli ilmuwan dan ahli perubatan juga mengesahkan keajaiban dan kebaikan habbatussauda.  Oleh itu, tidak perlu untuk kita mempertikaikan lagi tentang kebenaran dan kesahihan bahawa habbatussauda adalah penawar segala penyakit.  

Petua minum air.

Ini petua saja. Janganlah diguna pakai dengan anggapan bahawa ia amalan sejagat. Tak rugi tak cuba. Ini pun saya dapat dari  satu web TimurTengah.
Amalan meminum air yang baik untuk memaksimumkkan keberkesanannya terhadap tubuh kita:


1)     Minum segelas air 30 minit sebelum makan adalah baik untuk penghadaman


2)     Miunm segelas air selepas bangun  tidur membantu merangsang organ-organ dalaman   kita


3)     Minum segelas air sebelum masuk tidur dapat membantu mengurangkan  atau mengelakkan strok atau 
        serangan jantung lewat tengah malam


4)     Minum segelas air selepas mandi dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

        SELAMAT MENCUBA

Thursday, September 30, 2010

Lagi Petua Kencing Tak lawas

Orang muda mungkin tak kisah nak baca artikel-artikel macam ni. Badan masih kuat antibodi pun jugak masih utuh. Tapi bila usia melewati 50 an maka macam-macam penyakit datang bertandang. Antaranya penyakit kencing tak lawas(KTL). Yang serius tu nak solat pun susah, kerana kejap keluar. Setaip penyakit ada ubatnya. begitulah jua dengan KTL ni. Banyak-banyak ubat ini  sering terdapat di sekeliling rumah kita. Malah pokok bunga pun jadi. Berikut diperturunkan serba sedikit pokok/bunga yang boleh dijadikan ubat  KTL.


1)   Agav amerika (pokok hiasan daun berduri  - cecair daunnya diminum 
2)   Akar sebiak,kelemai merah, kacang akar atau juga dikenali sebagai sambung nyawa.
      Rebus daunnya yang segar atau kering. Boleh merawat KTL dan juga batu karang.
3)   Banat, atau colok cina - minum air rebusan eizomnya
4)   Besaram/daun ulat sutera atau bebesaram - minum air rebusan buah .ranting atau kulitnya.
5)   Bunga butang - minum air rebusan jambak bunganya.
6)   Bunga cina, bunga susu, sang kelapa - minum air rebusan buahnya  yang dikeringkan.
7)   Bunga matahari - minum air rebusan biji bunganya!
8)   Bunga raya - (yang berwarna putih)-  Tumbuk lumat akarnya, masukkan ke dalam air mendidih,bila sejuk  
      minum.
9)   Bunga telang/bunga biru/kacang telang/Kelang/kembang telang - Minum air rebusan akarnya
10) Ekor kucing/buntut kucing - minum air rebusan bunganya
11) Kemunting cina/Kembang tapak dara/Kembang tembaga/bunga serdadu - minum air rebusan daun dan 
       rantingnya .
12) Bunga kerak nasi - minum air yang direndam dengan daun bunganya.(air mendidih)
13) Kiambiang/kambiang - Seluruh bahagian pokok direbus. Minum airnya.
14) Laki pukul bini/Bru landak/botan/bunga waktu besar/mati laki mati bini - air rebusan dan bunganya boleh 
       membantu mengurangkan sakit semasa buang air kecil dan  tidak boleh buang air kecil
15) Mawar/ros -  buahnya direbus atau diremdam dalam air mendidih dan kemudian diminum.
16) Misai kucing/kumis kucing -  Rebus daunnya yang muda atau masukkan daunnya kedalam air yang 
       mendidih. Minum airnya.
17) Pokok Mondo - Minum air rebusan ubinya.
18) Bunga ramat emas - minum air rebusan daunnya.
19) Seri pagar jalar - Bunga, daun, serta rantingnya direbus. Minum airnya.
20) Setawar/Setawar padang/sedingin/kerencong/Raja bangun/tumbuh daun - minum air rebusan daunnya
21) Setawar kampung/Sedingin/Cakar bebek/cakar itik/Tapak itik - cecair yang diperah daripada daun boleh 
      merawat baru karang
22) Siku keluang     -   air ebusan daunnya diminum untuk  menyingkir batu karang/KTL
23) Tasbih/daun tasbih/pisang  tasbih /pisang sebiak/sebih/sigi-sigi   -  minum air rebusan rizomnya.
24) ubi garut/ubi sakut/berolu/sagu belanda -  minum air rebusan ubinya
25) Ubi gereda - minum air rebusan rizomnya
26) Tinjal tasik/timba tasik/Tambun tasik/lampin budak/mata kesang-  minum air dari daunnya yang direbus 
       atau pun direndam di dalam air mendidih

Tuesday, August 24, 2010

LAGI PETUA BATU KARANG

1.    Baca ayat 60. surath al Baqarah,  ' wa iziztaskho Musa likhaumihifakholnadhrib b i' aso kal hajar ... mufsidin
       hembus kepada segelas air dan minum sekerap mungkin.
2.    Minum air buah belimbing yang masih hijau (starfruit)

Friday, August 20, 2010

Kenapa Susu Kambing

Banyak kajian tentang khasiat susu kambing yang telah dijalankan dipelbagai uinversiti serta beberapa orang pakar seluruh dunia. Secara kolektifnya, semua kajian membawa kepada penemuan yang memeranjatkan tentang betapa berkhasiatnya susu kambing untuk kesihatan dan keseimbangan badan manusia.

KANDUNGAN PROTIN TERBAIK SELEPAS SUSU IBU
Kandungan protin dalam susu kambing hampir menyamai susu ibu .Ia mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino essential.

MENGUATKAN TULANG
Gabungan kalsium dan fosforus yang membentuk kalsiam fosfat yang terdapat dalam komponen susu kambing penting untuk membentuk  struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubug yang lain.

MENGURANGKAN RISIKO PARU-PARU
Susu kambing juga mengandungi selenium ayng dikatakan paling tinggi berbanding susu lembu dan prosuk tenusu lain. Selenium merupakan elemen efektif dalam melawan kanser. Hasil daripada kajian Dr Larry Cark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan tambahan selenium dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG KORONARI
Kajiajn yang dibuat di Universiti Reading , Cardiff  dan Bristol mendapati mereka yang mengamalkan meminum susu kambing  berkesan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan strok sebanyak 15-20%.
Selain dari  itu ia terbukti mengandungi probiotik

MEMUDAHKAN PENCERNAAN DAN PENGHADAMAN
Mungkin ramai yang tidak mengetahui v=bahawa probiotik atau bakteria baik seperti Lactobasillus bermanfaat dalam merangsangkan kesihatan saluran usus. Bukti terkini menunjukkan bahawa Lactobasillus  sebagai probiotik yang berpotensi besar untuk kesihatan imun. Probiotik juga menghasilkan bahan anti mikro, iaitu nutrien yang terdapat menentang jangkitan akibat patogen dalam salur pencernaan.

KAJIAN UMUM
Kajian saintifik juga mendapati yang susu kambing kaya dengan protin, enzim, dan mengandungi faktor anti penuaan, artheritis, serta anti barah. Ia juga mengandungi antibodi untuk merawat  penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, sakit jantung peringkat awal, ulser perut, serta membantu pembentukan tulang dan gigi.

Selain dari itu berbanding dengan susu lembu, susu kambing adalah  lebih berkhasiat. Ia dapat menolong mencegah anaemia, tulang rapuh dan mencerdaskan minda kanak-kanak.
Fakta yang paling menarik  tentang susu kambing ialah  komposisinya yang mengandungi 13% lebih kalsium, 25% lebih vitamin B-6, 27% lebih antioksida selenium, 47% lebih vitamin A, 1.34% lebih kalium, 3.5% lebih niasin dan bersifat alkali.. ini bermakan ia dapat membantu  mengatasi masalah gout atau kandungan asid yan tinggi dalam badan.