Sejenis sayuran/ulam yang tidak asing lagi di sebelah utara semenanjung. Laksa utara tanpa daun selom tak sah.
Pokoknya hidup subur di kawasan berair.Daunnya sedap dibuat ulam makan dengan sambal belacan ditumbuk bersama buah binjai yang masak. Kerabu daun selom dengan udang padang pun amat sedap.( Mungkin generasi sekarang dah tak kenal pokok atau buah binjal). Keseluruhan pokok selom mampu `mencuci organ-organ utama' dan berupaya mengurangkan demam (febrifuge). Pokoknya yang dilumatkan boleh ditempek/tampal untuk melegakan selsema, demam, demam kuning, haematuria ( darah dalam air kencing). Keseluruhan pokoknya mempunyai ciri antioksidan serta tonik kesihatan. mlah ekstrak minyak dari bijinya berkesan melaway fungi patogenik.
Friday, February 27, 2009
Peria Katak
Nama herba/sayuran yang sering disebut-sebut dalam masyarakat Melayu Malaysia. Juga dikenali sebagai peria laut, Bitter gourd, Bitter Melon, African cucumber dan balsam apple. Nama botaninya pula ialah Momordica charantia.
Pokoknya seperti pokok peria yang kita gunakan untuk masak sayur, cuma buahnya lebih kecil. Semua bahagian buah peria katak pahit, termasuk buahnya! Khasiat perubatan ialah pada buahnya. Buah peria katak atau pun jus buahnya boleh menyembuh kencing manis, gout, rheumatik, masalah haid, demam, kecacingan, angin, penyakit hati, selsema, demam selsema, kanser, ketumbuhan kolestrol tonggi, prostat, psoriasis dan banyak lagi. Namun begitu penggunaannya harus berhati-hati kerana dos yang berlebihan boleh menyebabkan antaranya hypoglycaemia, termasuk juga memberi kesan terhadap kesuburan, radang hati dan juga keguguran

Tuesday, February 3, 2009
Kemunting Cina
Pokok bunga pun jadi ubat.
Pokok ini walau pun banyak tumbuh di Malaysia, sebenarnya ia adalah berasal dari Madagaskar. Bunganya walau pun kecil, tetapi menarik. ada terdapat hampir 6 jenis warna bunga KC. ) Nama lain - Periwinkle, Cape Periwinkle, Madagascar periwinkle, Pose periwinkle, Botanical name: catharabthus roseus L). Khabarnya daun KC ni digunakan secara tradisional di Eropah sebagai teh untuk menyembuh penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi. Manakala di India getahnya digunakan untuk merawat gigitan/sengatan serangga berbisa. Di Hawaii puladaunnya tang telah direbus dijadikan poltis untuk menghentikan pengaliran darah. Di Amerika Tengah dan Selatan, ia dianggap sebagai ubat kampong untuk merawat selsema, khususnya sesak nafas, dan sakit tengkuk. Dadah untuk chemo yang digunakan untuk merawat kanak-kanak yang menghidap kanser kononnya di ekstrak dari pokokkemunting cina. Ia juga boleh digunakasn untuk merawat penyakit Hodgkin ( kanser tisu limfa)

Subscribe to:
Posts (Atom)