Friday, February 27, 2009

Peria Katak

Nama herba/sayuran yang sering disebut-sebut dalam masyarakat Melayu Malaysia. Juga dikenali sebagai peria laut, Bitter gourd, Bitter Melon, African cucumber dan balsam apple. Nama botaninya pula ialah Momordica charantia.
Pokoknya seperti pokok peria yang kita gunakan untuk masak sayur, cuma buahnya lebih kecil. Semua bahagian buah peria katak pahit, termasuk buahnya! Khasiat perubatan ialah pada buahnya. Buah peria katak atau pun jus buahnya boleh menyembuh kencing manis, gout, rheumatik, masalah haid, demam, kecacingan, angin, penyakit hati, selsema, demam selsema, kanser, ketumbuhan kolestrol tonggi, prostat, psoriasis dan banyak lagi. Namun begitu penggunaannya harus berhati-hati kerana dos yang berlebihan boleh menyebabkan antaranya hypoglycaemia, termasuk juga memberi kesan terhadap kesuburan, radang hati dan juga keguguran

No comments:

Post a Comment